ads

Thursday, April 21, 2011

Tengok RIo, Gelak.. Balik rumah, Nangis..

Rabu, 20 April 2011..

Aku diajak oleh Nurin Farhana untuk dating dengan dia hari ni. Memandangkan aku pun tak buat apa-apa kat rumah (memanjang aku tak buat apa-apa ni, pehal?), so aku pun ok je la..

Jumpa Nurin terus kat Mid Valley memandangkan dia practical kat sana, so aku pun pergi la sorang-sorang. Sampai di Mid Vally, aku pergi beli tiket movie dulu memandangkan Nurin kelewatan. Kitorang decide nak tengok RIO sebab aku nak gelak-gelak dan wanna watch something cute! 




Nama dia Blue


Cute tak?? Hehe..


Comment? SANGAT BEST! Kelakar habis! Gelak dari awal cerita sampai habis. But ending dia just like "la, ni je ke ending dia..?" Ending je la. But overall, BEST! Well, best for people who loves animation. Yang tak suka animation tu, sorry la..

Bila dah tengok RIO, tetiba aku ada keinginan baru. Nak bela burung kakak tua kaler BIRU. Hiks* Comel sangat-sangat tengok Blue dalam cerita tu. Hiks* Adeyh, aku memang tak boleh tengok haiwan comel-comel la..

After movie, kitorang terus balik. Masing-masing penat gelak. Haha! Sampai rumah lebih kurang pukul 10.00 pm. 

But then, aku menangis pulak bila kat rumah. Online FB, tengok wall orang.. Tiba-tiba aku rasa sedih. Sedih bila tengok wall orang lain, then aku sendiri rasa sakit hati. So bila dah sakit hati, apa lagi. Menangis la sorang-sorang dalam bilik.. (T_T)   No, tak ada siapa pun yang sengaja sakitkan hati aku. Jangan risau. Zaty dah gila, jangan layan dia.. -.-"

Maybe I'm not the lucky girl. So, it's ok la. :")

Btw, go watch RIO..! Penuh dengan gelak ketawa! <3

Monday, April 4, 2011

GEMPAR!! Gadis dibelit ular sawa!!

Tajuk bikin gempak je.. Hohoh~






Sabtu, 2 April yang lepas, aku dengan family pergi ke kenduri kahwin kat Taman Desa Rhu, Seremban. Dalam tengah hari macam tu, kitorang pun sampai. 

Maklong Ana, Dalia and Hilmy pun ada jugak. Kitorang makan semeja. Well, bila dah duduk semeja dengan Emy ni, apa lagi.. Aku memang suka menceritakan masalah aku kat dia. Uhuk uhuk uhuk.. T_T

Dah makan, aku dan Fazira ambil gambar pelamin. Hobi kitorang kalau pergi ke kenduri kawin, WAJIB ambil gambar pelamin. Lepas tu, balik rumah, simpan gambar tu dalam folder collection wedding. Haha! Tak tahu kenapa. 

Bila dah makan minum borak-borak, kitorang pun balik la. Emy ada hal nak diuruskan petang tu. Hal apa, tu aku taknak bagitau. Rahsia. Mak ayah aku pulak bawak kitorang adik beradik jalan-jalan kat Port Dickson. Well, aku pun dah lama tak jalan-jalan dengan family so aku pun ok je. 

Dah sampai PD, ingatkan nak jalan tepi pantai dengan Fazira and Haziq sambil menikmati pemandangan laut. Baru 10 minit aku menapak, tetiba ayah call..

"Kak, kau dah sampai mana dah? Dah jauh ke kau berjalan?"

Ek eleh, kejap je ke jalan-jalan kat sini?? T_T

"Tak jauh pun.. Kenapa?"

"Kat sini ada orang bawak ular sawa la! Meh datang sini cepat. Warna kelabu ada, kuning ada.. Copek!"

"Hah?? Ular????? Ok ok, akak datang sekarang!!!"

Cepat-cepat aku panggil adik-adik aku pergi kat ayah aku. Bayangkan dengan berbaju kurung berlari terkedek-kedek sampai selipar penuh dengan pasir. Hohoh~


Owh sungguh comel Ular Sawa Albino itu! Aku cakap dengan abang yang handle ular tu, "bang nak pegang!". Abang tu just nak bagi pegang sikit je sebab ingat aku takut. Then aku cakap "Nak pikul sekor ni boleh?" Haha! Abang tu terkejut gak tapi dia pun layan je.. Haha! 

Berat jugak la ular sawa albino ni. Then abang tu letak ular banyak2 kat aku.. Adeyh, berat sudah! Tak cukup ular, dia letak sekali Iguana kat atas bahu aku. Eh bang, sejak bila saya jadi model haiwan eksotik untuk abang ni?? Tapi takpe, aku dah bayar RM10, boleh ambil gambar sampai lebam. Hohoh~

Mak aku tak sanggup nak keluar kereta. Terjerit-jerit dia dalam kereta tu "Ya Allah, anak aku kena belit ular!!!!" Ahahahahahaahaa!! Kelakar la mak ni.. Fazira pulak taknak pegang sebab geli, tapi kalau tengok je, dia ok la. Hehe.. Ada bro-bro hensem tu, tak berani nak pegang ular. Then abang incharge ular tu cakap kat bro-bro tu, "eh bro, awek ni berani pegang ular, lu tak berani ke? Tak jantan la macam ni bro..". Haha!! Kombang dah den ni.. Uhukuhukuhuk..~


Ada sorang pakcik ni saja nak menguji aku.. "Boleh tau ke ular ni jantan ke betina?" Owh, nak uji saya ye, pakcik..? Aku check la ular tu. A few second later aku cakap "jantan, pakcik..". Pakcik tu tak percaya. Then aku tanya abang incharge tu. Sekali, betul la jantan..! See... Ingat aku tipu ke..? Urghh..~ -.-"

Puas dah amek gambar, aku pun balik.. Dalam kereta, mak aku cakap "Jangan la bela ular kak oii..! Mak takut la.. " Ye la mak.. Baru bercita-cita nak bela ular sawa.. T_T




Muka aku macam kena marah je.. T_T


Bodyguard kiri kanan aku.. Ada sesiapa berani nak sentuh aku lagi..? Grr~~


Zaty: Pegang je la.. Dia baik la..
Zira: Uiii, tak borani den doh.. Goli den!



Pandang camera tu.. Pandang la.. Eeiiishh, pandanglah camera tu!!



First time aku jumpa Iguana warna Orange macam ni.







p/s: Ular sawa albino mahal gila! RM2 700 ++. Ada sesiapa baik hati nak hadiahkan aku anak ular sawa batik tak?? Thee..heee.. :p

Saturday, April 2, 2011

Bila dah balik kampung, serta merta aku jadi tak betul!

Aku selamat tiba di kampung halaman petang tadi. Owh seronoknya! Tapi kejadian petang tadi memang menaikkan darah aku la. Petang tadi masa dah sampai di Terminal 1 Seremban, aku diganggu oleh satu mamat biadap, try nak sentuh aku, halang-halang aku jalan. Kurang ajar sungguh! Nasib baik la aku ni agak penyabar sikit petang tadi. Kalau tak, dah lama dah mamat tu kena penyepak + tumbukan aku. Grrrr...!!!!!




Esok ada kenduri kat Seremban, rumah sedara aku. Insyaallah, Hilmy ada sekali. Boleh story-story dengan dia sikit. Ada cerita aku nak luahkan kat dia ni. Nak mintak khidmat nasihat pun ok gak ni. Huhu. 




Bila dah balik kampung ni, terasa macam nak ber-webcam pulak dengan adik aku, Fazira. Yang dia ni pulak ok je aku nak ber-webcam. Apa lagi, perangai gilo masing-masing pun terkeluar la.. Hahaha..!!










Zie memperkenalkan Ojja, teddy buruk dia.. Hohoh~


Pakai inai, tapi tak merah.. -.-"


Ok, perangai gedik dah keluar.. Opsss..~


Padida dah mula menunjukkan perangai peliknya..


Try buat muka pelik tapi tak jadi..

Lepas tu tergelak pula..

Buat-buat tidur..

Ok, aku mengaku muka agak serabai.. So??






Ok, nak tidur dah.. Babai!