Monday, March 28, 2011

StoryBoard (story of bored)

Hari ni aku agak rajin sikit kerana enrty aku kali ini disertai gambar-gambar (eleh, webcam je kot..). Mungkin kerana boring, atau mereng sekejap, atau dah lama sangat blog aku ni tak dihias dengan gambar-gambar. Haha!

Mari kita mulakan penceritaan bergambar!
Kisah bermula di dalam bilik sewa baru aku ni. Hai! nama saya Nur Izzatti. Nama panggilan Zaty. Wink! Sorry la, muka saya muka baru balik kerja. Uhuk uhuk!


BUURRBB..! Ops, tersendawa pula. Alhamdulillah.. Saya baru lepas makan.. Hari ini, saya makan ala-ala Sabahan. Boleh tahan la..

Tak percaya?? Fuhhh..! Haa, ada bau tak? Enak kan?? Hohoh.. Tak senonoh perangai..

Saya nak memperkenalkan Pinky dan Bebear. Kedua-dua mereka adalah pemberian kawan-kawan saya as my birthday present. Walaupun kurang minat Teddy2 ni semua, tapi saya tetap menjaga mereka dengan baik. ^_^

Tapi yang paling saya sayang ialah my Dolphin! Sebab dia berwarna Biru, dan saya yang beli dia sewaktu melancong di Kelantan. Love You Dolphin! Muah muah!

Ahad lalu, (27 march) saya baru sahaja beli ballerina flat Tiamo. Packaging dia comel. 

Dan saya pun beli la ini ballerina flat. Saya tak tahu sejak bila saya suka kasut macam ni. Warna Pink plak tu..! (-.-") Ini semua Tasha punya pasal. Salahkan Tasha..!!!

Saya suka kumpul komik. Bukan Dragonball, bukan Crayon Shin Chan, bukan Doraemon.. Tapi saya suka kumpul komik-komik daripada komikus-komikus Malaysia. Contohnya, Kaoru, Ben, Slaium, dan banyak lagi.

Antara sebab-sebab saya suka kumpul komik ialah kerana saya boleh melukis watak-watak komik macam ni! Melukis adalah minat saya sejak kecil lagi. Ada orang tanya saya "kenapa kau tak ambil course Art & Design je?" Hehe.. Art Is My Passion, Not A Career.

Sama tak? Nama character ni Orange dari komik Le.Gardenie, karya Ben.

Eh, banyak cakap pulak saya ni kan?

Ok la, saya rasa sampai disini dahulu saya nak bercerita. Saya perlukan tidur yang cukup untuk bekerja esok. Tengok mata saya ni, dah macam panda dah.. -.-"


Hey, hey! Nak kena marah ke? This is not the end la, banyak lagi ceritas-ceritas yang saya akan update. So, jangan risau k? Haha!




p/s: Mesti korang ingat aku dah gila kan? Aku pun rasa macam tu. Tak tau kenapa.. Huhuhu..

4 comments:

  1. haha.. Le.Gardenie.... ske tgk watak dalam 2.. slalu lukis yg pompuan 2 je.. comel...

    ReplyDelete
  2. owh, suka Apple dgn Lemon ek..? hehehe~

    ReplyDelete
  3. Cantikk kasut tu .. XD
    By the wy tolong buang word verification tu . Xthu ? tengok entry Dayah tu pun kalau sudi :) http://dayahdanish.blogspot.com/2012/11/remove-word-verification.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks you Dayah! Dah buang dah. Thamks for the tips! <3

      Delete