ads

Tuesday, March 22, 2011

SSS = Saya Sangat Setuju!

Balik kerja, nampak katil, bantal. selimut.. Seolah-olah menyanyikan Bella's Lullaby kat telinga aku ni.. Ape lagi di kenang, tidor la..

Bangun-bangun tidur, dah makan dah cuci muka, on laptop, online seperti biasa.. Facebooking, blogging.. Sekali, nampak Hanis Zalikha (popular blogger) post entry baru. Aku pun click la kat link blog beliau.

(click untuk ke entry beliau)


Setelah baca, aku tersangatlah setuju dengan pendapat beliau, okengg! Nak nak dia guna gambar Lee Min Ho yang hensem nak ______ tu..

Ok, pendapat aku la kan, lelaki jugak harus jaga muka jugak. Tak perlu nak lengkap sangat sampai nak ber-mask, ber-scrub bagai la.. Cuci muka dengan facial foam je dah mencukupi. Punya la banyak jenama kat pasaraya tu, takkan RM5-RM7 tak boleh beli kot. Kalau rokok RM10 boleh beli everyday, mesti pencuci muka boleh beli sebulan sekali, betul tak? Eh, eh.. Jangan marah haa..~

Jaga muka ni  bukan sebab apa. Sebabnya nak jaga kebersihan jugak. Tak semestinya sebab nak dapat attention aweks-aweks je. Kalau muka bersih, nanti bila bos tengok, sejuk je hati bila terlihat wajah mulus pekerja-pekerja dia. Kalau discussion dengan client pun, sejuk je dia tengok muke ikhlas kita. Pastu naik pangkat sebab bawak keuntungan besar dalam syarikat. Tak ke bagus tu kalau kita jaga muka? Hehe..

Ok la, ape ape pun, I setuju dengan U, Hanis. Tak semestinya nak yang kulit cerah, pipi kemerahan je. Aku pun tak suka sangat muka jambu air macam tu.. (tapi kalau dah dapat, rezeki jangan ditolak..! kuikuikui..) Aku tak memilih pun soal hesem tak hensem. Peduli ape dengan semua itu! Dah tua nanti, kedut seribu jugak.. Yang penting, muka ada ikhlas, bersih, bebas dari sebarang jerawat jeragat kurap parut or what so ever yang menggangu pandangan mata aku. Ek eleh Zaty, macam la kau tu cun sangat..! Sedar la diri sikit..~ Yela, yela.. Aku sedar diri..
Ok, esok nak kerja. aku nak sambung balik tidur aku yang terhenti tadi. Pasal gambar Hot Air Balloon tu, nanti-nanti la aku upload. Kemalasan masih lagi melanda diri..

Sekian..





p/s: Ada kawan lelaki yang mempunyai kulit licin kalah perempuan. Sangat jeles tengok kulit dia.. T_T

No comments:

Post a Comment