Monday, March 21, 2011

Hot Air Balloon yang tak berapa nak Hot Air Balloon..

Macam poster drama korea tak? Haha!

Sabtu, 19 March 2011. Aku, Tasha and Azmi pergi ke Putrajaya sebab ada Hot Air Balloon Fiesta. Berlangsung selama 4 hari, kitorang decide nak pergi hari Sabtu memandangkan masing-masing free masa tu..

So, dengan menaiki kereta Azmi, kitorang pun gerak la menuju ke Putrajaya dengan harapan dapat la menaiki belon panas tu. Tak pun, tengok dari jauh pun jadi lah. Alih-alih, sampai je kat sana, satu belon pun tak nampak..! Punye la hampa..

Tapi kitorang tak putus asa! Still lagi tunggu kat situ semata-mata nak tengok belon tu.. Sambil-sambil tu ade gak la ambil gambar sekeping dua sambil tiup bubble sabun yang Tasha beli kat gerai2 jual merchandise everything. Macam seronok je bila tengok kanak-kanak ribena main bubble-bubble tu kan. Tasha yang paling excited nak beli bubble tu.. Dapat beli yang tiup-tiup tu pun jadi la..

Sejam lebih kat sana, tetiba hujan!! Patah hati terus.. Akhirnya, Alamanda menjadi destinasi berteduh.. Perut lapar, hati sakit, so kitorang pergi ke KFC untuk menjamu selera.

Hari yang kecewa akhirnya menjadi happy semula masa nak balik. Tasha berjaya membuatkan aku ngan Azmi sakit perut ketawa terbahak-bahak dalam kereta..! So, I wanna say THANK YOU ANNIE NATASHA sebab ko buat aku batuk tak henti-henti pada malam itu ye..! Huerhuerhuerhuer..


p/s: next time aku upload gambar-gambar kitorang. Malam ni malas, aku nak tido, esok kerja..

3 comments:

  1. ni mesti sampai situ lebih kul 10 ni...belon bese naik dlm kul 8am...ptg plak kul 5-6pm gitu...antara tu mmg xde belon...hampeh kan...hadui~

    ReplyDelete
  2. mane ade.. kitorang sampai lebih kurang pukul 2 macam tu la..

    owh, petang2 baru ada ke? ingat kan sepanjang masa ada belon panas tu.. salah timing la ni.. adeyh..!

    ReplyDelete
  3. mmg nampak macam korea...hehe..

    zati arifin,
    Jom saksikan gambar terANEH LADY GAGA tahun ini Di www.awan-fantasia.blogspot.com :-)

    ReplyDelete