ads

Monday, March 28, 2011

Hari Berbahagiaku..

Haha! Ape punya tajuk daa. Macam tajuk orang baru lepas kawin je. Hohoh!

Hari ni, 27hb March, aku berbahagia dengan insan-insan tersayang. (Insan-insan tersayang? Gila banyak pakwe dia ni??) Salah!!! Bukan pakwe ok..  (-.-") Insan-insan itu ialah Annie Natasha, Hilmy Aslam, Sharul Nizam dan Azmi Hamid. Mereka telah menjadikan hujung minggu ku berbahagia.. Haha!


Tengahari, aku dan Tasha pergi ke Sunway Pyramid untuk teman Tasha pergi shopping. Dia nak beli ballerina flat Tiamo (click untuk ke page Tiamo) yang dia idam-idamkan tu. Aku pun teman la dia. Ingat nak teman je, sekali, aku pun terjebak shopping ballerina flat tu..! Nak-nak pulak time tu offer 50% plak kan.. Dari harga RM139.90, after offer turun RM69.90 (if i'm not mistaken la). Aku pulak baru je gaji.. So, apa lagi dikenang! Hohoh..!


Bila dah tershopping satu barang ni, nafsu membuak-buak bila masuk FOS pulak. Sudah..~ Nak tahan, nanti kempunan pulak. Alang-alang dah bersama Tasha, apa lagi. Aku pun tak tau la sejak bila aku pandai bershopping-shopping ni. huhu..

After lebih 2 jam di Pyramid, kitorang decide nak pergi ke Pak Li Kopitiam kat Seksyen 7, Shah Alam. Azmi dah tunggu kat sana. Dengan rasa kebulur lapar ketika itu, aku order la Nasi Ayam Lemon and Lemon Assam Boy (apahal lemon je ni..?). Dalam masa yang sama, my cousin Hilmy pun lepak sekali ditemani oleh Ijam. Kitorang punya borak, bising satu meja! Seperti biasa Tasha memang suka buat lawak. Penat aku ketawa. Kahkahkah!


Macam-macam aku cerita kat Hilmy (well, dah lama tak jumpa.. dia lah tempat aku mengadu.. T_T). Dari sesedih-sedih cerita, sampai lah sekelakar-kelakar cerita. Tapi still tak puas gelak lagi. Hahah!


After that, aku, Tasha, Hilmy and Ijam pergi ke Quality Hotel untuk karok. (lama gila tak karok..!!) Suara aku masih lagi dalam proses pembaikpulih akibat daripada batuk selama sebulan! Tapi peduli hape! Bukan nak masuk pertandingan pun kan.. Just nak lepas gian je, dah dua bulan tak nyanyi ni weh.. Hohoh! 

Tapi perkara yang aku baru tau ialah, HILMY BOLEH NYANYI LAGU AMUK DENGAN BAIK SEKALI! Gilo la abang medical officer ni. Aku rasa kalau dia jadi Vocalist band metalcore pun boleh ni.   Hiks! Part-part scream tu bagi kat dia. Haha! Dan yang aku lagi terkezutnya, TASHA JOIN VENTURE NYANYI LAGU AMUK DENGAN HILMY! Serius beb, aku menganga tengok diorang. Sempat jugak la aku rakam diorang nyanyi tapi kat camera Tasha la. Nanti aku ambik kat dia, aku bagi korang tengok. Haha!


Ok lah, panjang berjela pulak karangan SPM aku ni. Aku nak tidur dah, esok nak kerja. Anyway, Thanks sangat-sangat kat Tasha, Hilmy and Ijam sebab korang buat hari-hari suram aku kembali ceria! No body can replace u'olls.. Haha gedik sudah~


Siapa dapat baca entry aku kali ni sampai habis, credit untuk anda..






p/s: Banyak gambar nak upload tapi tak ada masa. 
Nanti-nanti la kalau masa tak mencemburui aku.. Huhu..

No comments:

Post a Comment