ads

Wednesday, March 30, 2011

Aku teringin nak berenang-renang di sana..!!!!

Tengah aku membelek-belek Pakcik Google ketika sedang membuat kerja, tiba-tiba terfikir "macam dah lama je tak swimming". Aku pun taip la kat Search -Swimming Pool at Selangor. Then cari gambar-gambar swimming pool yang cantik-cantik kat Image. Tiba-tiba aku ternampak sesuatu.. "The Deepest Swimming Pool In The World". I was like..~~ seriously?? 




Meh aku nak share dengan korang tentang kolam renang paling dalam di dunia. Hohoh..




 Ada bran kah mau swimming di sini?? Heheh..~

Nemo 33 adalah sebuah Pusat Rekreasi Menyelam di Brussels, Belgium. Kat sini terdapatnya kolam renang terdalam didunia yang terdiri daripada pelbagai peringkat kedalaman. Ada dua level kat dalam kolam renang ni. Level pertama, ada dua stage, berkedalaman 5 meter (16 kaki) dan 10 meter (32 kaki). Level kedua pulak, lubang besar berkedalaman 33 meter (108 kaki).

Nampak macam best kan?

Kalau tak berani nak berenang dalam-dalam pun, pengunjung still lagi boleh melihat kedalaman kolam renang ni. Ada tingkap-tingkap dari setiap kedalaman yang membenarkan pengunjung melihat ke dalam kolam renang. Ala, macam akuarium tu. Tapi bukan tengok ikan berenang la, tengok manusia berenang.. Haha!

Pergh, dalam gila.. -.-"

Kompleks ni direka oleh seorang pakar menyelam Belgium, John Beernaerts. Tujuan dia ialah sebagai kemudahan untuk pelbagai aktiviti rekreasi, dan jugak sebagai kemudahan produksi filem kalau ada shooting dalam air. Nemo 33 ni mula dibuka pada tahun 2004.

Kalau nak berenang disini, you are not allowed to practice any skills unless you have an instructor in your group. Understand?

So, nak story banyak-banyak pun tak best jugak. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh klik kat sini. Kat sana, korang boleh baca lebih lanjut tentang kolam renang terdalam di dunia ni. Gambar pun banyak. Peace!!




p/s: Ada sesiapa nak bawak aku pergi Nemo 33 kat Belgium tak? Teringin la nak swimming kat sana.. :p






All pictures and info, credit to Anvari.org

No comments:

Post a Comment