ads

Wednesday, March 30, 2011

Aku teringin nak berenang-renang di sana..!!!!

Tengah aku membelek-belek Pakcik Google ketika sedang membuat kerja, tiba-tiba terfikir "macam dah lama je tak swimming". Aku pun taip la kat Search -Swimming Pool at Selangor. Then cari gambar-gambar swimming pool yang cantik-cantik kat Image. Tiba-tiba aku ternampak sesuatu.. "The Deepest Swimming Pool In The World". I was like..~~ seriously?? 




Meh aku nak share dengan korang tentang kolam renang paling dalam di dunia. Hohoh..




 Ada bran kah mau swimming di sini?? Heheh..~

Nemo 33 adalah sebuah Pusat Rekreasi Menyelam di Brussels, Belgium. Kat sini terdapatnya kolam renang terdalam didunia yang terdiri daripada pelbagai peringkat kedalaman. Ada dua level kat dalam kolam renang ni. Level pertama, ada dua stage, berkedalaman 5 meter (16 kaki) dan 10 meter (32 kaki). Level kedua pulak, lubang besar berkedalaman 33 meter (108 kaki).

Nampak macam best kan?

Kalau tak berani nak berenang dalam-dalam pun, pengunjung still lagi boleh melihat kedalaman kolam renang ni. Ada tingkap-tingkap dari setiap kedalaman yang membenarkan pengunjung melihat ke dalam kolam renang. Ala, macam akuarium tu. Tapi bukan tengok ikan berenang la, tengok manusia berenang.. Haha!

Pergh, dalam gila.. -.-"

Kompleks ni direka oleh seorang pakar menyelam Belgium, John Beernaerts. Tujuan dia ialah sebagai kemudahan untuk pelbagai aktiviti rekreasi, dan jugak sebagai kemudahan produksi filem kalau ada shooting dalam air. Nemo 33 ni mula dibuka pada tahun 2004.

Kalau nak berenang disini, you are not allowed to practice any skills unless you have an instructor in your group. Understand?

So, nak story banyak-banyak pun tak best jugak. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh klik kat sini. Kat sana, korang boleh baca lebih lanjut tentang kolam renang terdalam di dunia ni. Gambar pun banyak. Peace!!




p/s: Ada sesiapa nak bawak aku pergi Nemo 33 kat Belgium tak? Teringin la nak swimming kat sana.. :p






All pictures and info, credit to Anvari.org

Monday, March 28, 2011

StoryBoard (story of bored)

Hari ni aku agak rajin sikit kerana enrty aku kali ini disertai gambar-gambar (eleh, webcam je kot..). Mungkin kerana boring, atau mereng sekejap, atau dah lama sangat blog aku ni tak dihias dengan gambar-gambar. Haha!

Mari kita mulakan penceritaan bergambar!
Kisah bermula di dalam bilik sewa baru aku ni. Hai! nama saya Nur Izzatti. Nama panggilan Zaty. Wink! Sorry la, muka saya muka baru balik kerja. Uhuk uhuk!


BUURRBB..! Ops, tersendawa pula. Alhamdulillah.. Saya baru lepas makan.. Hari ini, saya makan ala-ala Sabahan. Boleh tahan la..

Tak percaya?? Fuhhh..! Haa, ada bau tak? Enak kan?? Hohoh.. Tak senonoh perangai..

Saya nak memperkenalkan Pinky dan Bebear. Kedua-dua mereka adalah pemberian kawan-kawan saya as my birthday present. Walaupun kurang minat Teddy2 ni semua, tapi saya tetap menjaga mereka dengan baik. ^_^

Tapi yang paling saya sayang ialah my Dolphin! Sebab dia berwarna Biru, dan saya yang beli dia sewaktu melancong di Kelantan. Love You Dolphin! Muah muah!

Ahad lalu, (27 march) saya baru sahaja beli ballerina flat Tiamo. Packaging dia comel. 

Dan saya pun beli la ini ballerina flat. Saya tak tahu sejak bila saya suka kasut macam ni. Warna Pink plak tu..! (-.-") Ini semua Tasha punya pasal. Salahkan Tasha..!!!

Saya suka kumpul komik. Bukan Dragonball, bukan Crayon Shin Chan, bukan Doraemon.. Tapi saya suka kumpul komik-komik daripada komikus-komikus Malaysia. Contohnya, Kaoru, Ben, Slaium, dan banyak lagi.

Antara sebab-sebab saya suka kumpul komik ialah kerana saya boleh melukis watak-watak komik macam ni! Melukis adalah minat saya sejak kecil lagi. Ada orang tanya saya "kenapa kau tak ambil course Art & Design je?" Hehe.. Art Is My Passion, Not A Career.

Sama tak? Nama character ni Orange dari komik Le.Gardenie, karya Ben.

Eh, banyak cakap pulak saya ni kan?

Ok la, saya rasa sampai disini dahulu saya nak bercerita. Saya perlukan tidur yang cukup untuk bekerja esok. Tengok mata saya ni, dah macam panda dah.. -.-"


Hey, hey! Nak kena marah ke? This is not the end la, banyak lagi ceritas-ceritas yang saya akan update. So, jangan risau k? Haha!




p/s: Mesti korang ingat aku dah gila kan? Aku pun rasa macam tu. Tak tau kenapa.. Huhuhu..

Hari Berbahagiaku..

Haha! Ape punya tajuk daa. Macam tajuk orang baru lepas kawin je. Hohoh!

Hari ni, 27hb March, aku berbahagia dengan insan-insan tersayang. (Insan-insan tersayang? Gila banyak pakwe dia ni??) Salah!!! Bukan pakwe ok..  (-.-") Insan-insan itu ialah Annie Natasha, Hilmy Aslam, Sharul Nizam dan Azmi Hamid. Mereka telah menjadikan hujung minggu ku berbahagia.. Haha!


Tengahari, aku dan Tasha pergi ke Sunway Pyramid untuk teman Tasha pergi shopping. Dia nak beli ballerina flat Tiamo (click untuk ke page Tiamo) yang dia idam-idamkan tu. Aku pun teman la dia. Ingat nak teman je, sekali, aku pun terjebak shopping ballerina flat tu..! Nak-nak pulak time tu offer 50% plak kan.. Dari harga RM139.90, after offer turun RM69.90 (if i'm not mistaken la). Aku pulak baru je gaji.. So, apa lagi dikenang! Hohoh..!


Bila dah tershopping satu barang ni, nafsu membuak-buak bila masuk FOS pulak. Sudah..~ Nak tahan, nanti kempunan pulak. Alang-alang dah bersama Tasha, apa lagi. Aku pun tak tau la sejak bila aku pandai bershopping-shopping ni. huhu..

After lebih 2 jam di Pyramid, kitorang decide nak pergi ke Pak Li Kopitiam kat Seksyen 7, Shah Alam. Azmi dah tunggu kat sana. Dengan rasa kebulur lapar ketika itu, aku order la Nasi Ayam Lemon and Lemon Assam Boy (apahal lemon je ni..?). Dalam masa yang sama, my cousin Hilmy pun lepak sekali ditemani oleh Ijam. Kitorang punya borak, bising satu meja! Seperti biasa Tasha memang suka buat lawak. Penat aku ketawa. Kahkahkah!


Macam-macam aku cerita kat Hilmy (well, dah lama tak jumpa.. dia lah tempat aku mengadu.. T_T). Dari sesedih-sedih cerita, sampai lah sekelakar-kelakar cerita. Tapi still tak puas gelak lagi. Hahah!


After that, aku, Tasha, Hilmy and Ijam pergi ke Quality Hotel untuk karok. (lama gila tak karok..!!) Suara aku masih lagi dalam proses pembaikpulih akibat daripada batuk selama sebulan! Tapi peduli hape! Bukan nak masuk pertandingan pun kan.. Just nak lepas gian je, dah dua bulan tak nyanyi ni weh.. Hohoh! 

Tapi perkara yang aku baru tau ialah, HILMY BOLEH NYANYI LAGU AMUK DENGAN BAIK SEKALI! Gilo la abang medical officer ni. Aku rasa kalau dia jadi Vocalist band metalcore pun boleh ni.   Hiks! Part-part scream tu bagi kat dia. Haha! Dan yang aku lagi terkezutnya, TASHA JOIN VENTURE NYANYI LAGU AMUK DENGAN HILMY! Serius beb, aku menganga tengok diorang. Sempat jugak la aku rakam diorang nyanyi tapi kat camera Tasha la. Nanti aku ambik kat dia, aku bagi korang tengok. Haha!


Ok lah, panjang berjela pulak karangan SPM aku ni. Aku nak tidur dah, esok nak kerja. Anyway, Thanks sangat-sangat kat Tasha, Hilmy and Ijam sebab korang buat hari-hari suram aku kembali ceria! No body can replace u'olls.. Haha gedik sudah~


Siapa dapat baca entry aku kali ni sampai habis, credit untuk anda..






p/s: Banyak gambar nak upload tapi tak ada masa. 
Nanti-nanti la kalau masa tak mencemburui aku.. Huhu..

Tuesday, March 22, 2011

SSS = Saya Sangat Setuju!

Balik kerja, nampak katil, bantal. selimut.. Seolah-olah menyanyikan Bella's Lullaby kat telinga aku ni.. Ape lagi di kenang, tidor la..

Bangun-bangun tidur, dah makan dah cuci muka, on laptop, online seperti biasa.. Facebooking, blogging.. Sekali, nampak Hanis Zalikha (popular blogger) post entry baru. Aku pun click la kat link blog beliau.

(click untuk ke entry beliau)


Setelah baca, aku tersangatlah setuju dengan pendapat beliau, okengg! Nak nak dia guna gambar Lee Min Ho yang hensem nak ______ tu..

Ok, pendapat aku la kan, lelaki jugak harus jaga muka jugak. Tak perlu nak lengkap sangat sampai nak ber-mask, ber-scrub bagai la.. Cuci muka dengan facial foam je dah mencukupi. Punya la banyak jenama kat pasaraya tu, takkan RM5-RM7 tak boleh beli kot. Kalau rokok RM10 boleh beli everyday, mesti pencuci muka boleh beli sebulan sekali, betul tak? Eh, eh.. Jangan marah haa..~

Jaga muka ni  bukan sebab apa. Sebabnya nak jaga kebersihan jugak. Tak semestinya sebab nak dapat attention aweks-aweks je. Kalau muka bersih, nanti bila bos tengok, sejuk je hati bila terlihat wajah mulus pekerja-pekerja dia. Kalau discussion dengan client pun, sejuk je dia tengok muke ikhlas kita. Pastu naik pangkat sebab bawak keuntungan besar dalam syarikat. Tak ke bagus tu kalau kita jaga muka? Hehe..

Ok la, ape ape pun, I setuju dengan U, Hanis. Tak semestinya nak yang kulit cerah, pipi kemerahan je. Aku pun tak suka sangat muka jambu air macam tu.. (tapi kalau dah dapat, rezeki jangan ditolak..! kuikuikui..) Aku tak memilih pun soal hesem tak hensem. Peduli ape dengan semua itu! Dah tua nanti, kedut seribu jugak.. Yang penting, muka ada ikhlas, bersih, bebas dari sebarang jerawat jeragat kurap parut or what so ever yang menggangu pandangan mata aku. Ek eleh Zaty, macam la kau tu cun sangat..! Sedar la diri sikit..~ Yela, yela.. Aku sedar diri..
Ok, esok nak kerja. aku nak sambung balik tidur aku yang terhenti tadi. Pasal gambar Hot Air Balloon tu, nanti-nanti la aku upload. Kemalasan masih lagi melanda diri..

Sekian..





p/s: Ada kawan lelaki yang mempunyai kulit licin kalah perempuan. Sangat jeles tengok kulit dia.. T_T

Monday, March 21, 2011

Hot Air Balloon yang tak berapa nak Hot Air Balloon..

Macam poster drama korea tak? Haha!

Sabtu, 19 March 2011. Aku, Tasha and Azmi pergi ke Putrajaya sebab ada Hot Air Balloon Fiesta. Berlangsung selama 4 hari, kitorang decide nak pergi hari Sabtu memandangkan masing-masing free masa tu..

So, dengan menaiki kereta Azmi, kitorang pun gerak la menuju ke Putrajaya dengan harapan dapat la menaiki belon panas tu. Tak pun, tengok dari jauh pun jadi lah. Alih-alih, sampai je kat sana, satu belon pun tak nampak..! Punye la hampa..

Tapi kitorang tak putus asa! Still lagi tunggu kat situ semata-mata nak tengok belon tu.. Sambil-sambil tu ade gak la ambil gambar sekeping dua sambil tiup bubble sabun yang Tasha beli kat gerai2 jual merchandise everything. Macam seronok je bila tengok kanak-kanak ribena main bubble-bubble tu kan. Tasha yang paling excited nak beli bubble tu.. Dapat beli yang tiup-tiup tu pun jadi la..

Sejam lebih kat sana, tetiba hujan!! Patah hati terus.. Akhirnya, Alamanda menjadi destinasi berteduh.. Perut lapar, hati sakit, so kitorang pergi ke KFC untuk menjamu selera.

Hari yang kecewa akhirnya menjadi happy semula masa nak balik. Tasha berjaya membuatkan aku ngan Azmi sakit perut ketawa terbahak-bahak dalam kereta..! So, I wanna say THANK YOU ANNIE NATASHA sebab ko buat aku batuk tak henti-henti pada malam itu ye..! Huerhuerhuerhuer..


p/s: next time aku upload gambar-gambar kitorang. Malam ni malas, aku nak tido, esok kerja..

Monday, March 14, 2011

Masih Belum..

Masih Belum Sempurna.. Ceehhh, dah macam lagu Mantera Beradu la pulak.. Tiba-tiba terngiang-ngiang pulak lagu tu kat dalam kepala otak aku ni ha..


"Masih belum" ape, Zaty oii.. Jangan nak dok merepek la!



Ye, ye.. Nak cakap la ni.. Actually aku tak tau nak cakap pasal apa. So, aku just nak cakap tentang what I feel rite now je la.

Apa perasaan aku? Sejak dua menjak tiga menjak ni, kehidupan aku macam dalam satu tempat yang agak sunyi, mendung, agak gelap-gelap sikit macam terputus bekalan elektrik. Environment sekeliling aku macam dah jadi senyap tanpa gelak ketawa macam time study dulu.



 Boleh tak bayangkan perasaan aku kalau hanya tengok gambar ni?

(credit to Google)


Adeyh, apasal bunyi macam sedih plak ni?
 
"Zaty, you should never feel like this! 
You still have your family and friends. 
Every weekend kau boleh hang out dengan kawan-kawan kau, tiap-tiap hujung bulan kau boleh balik kampung jumpa family."

Yes, I know. But then, aku macam masih belum sedia lagi nak happy balik. Don't know why. Memang ambil masa nak recovery. Aku bukannya jenis hati batu yang orang hentam macam mana pun tak ambil kisah. Yes, aku memang agak kasar orangnya. Ajak lepak memang masuk air tepuk tampar perkara biasa dengan kawan-kawan. Tapi tu luaran je. Dalaman, siapa tau. 

Sebenarnya banyak perkara sedih yang berlaku sejak aku kecik lagi. Dan perkara yang paling menghiris perasaan aku berlaku pada tahun 2008. Hal tu, hanya orang tertentu saja yang tahu.

Kenapa aku bukan macam gadis-gadis lain yang sopan santun, lembut and manis je kalau bercakap? Kadang-kadang tu ada jugak aku try jadi sopan-sopan, cakap pun lembut-lembut. Tapi aku rasa macam aku ni hipokrit gila. Maybe sebab aku bukan seorang anak yang manja. Aku seorang anak yang degil. Mak ayah aku dah faham perangai aku. Even adik beradik aku pun kasar gak.  Fazira lagi kasar daripada aku. Haziq? Sama je dua kali lima dengan aku. Tapi dia lagi dahsyat la.. Hilmy, tak payah cerita la, siapa yang cepat touching tu balik rumah nangis.

Sedih jugak la, mungkin sebab kekurangan aku ni, sesetengah orang tak boleh nak terima. 

Yang rapat dengan aku je faham aku macam mana. Thanks to all yang memahami. Aku taknak mention nama, takut ada yang terasa kalau aku tak sebut nama. 

Cantikkan bunga ros biru ni? 

(credit to Google)

Sebagai penghargaan, aku bagi Blue Roses ni kat korang. Gambar je la, belum mampu nak beli bunga mahal-mahal.



Sorry, entry merapu.








p/s: Orang yang kasar suka bunga ke? Kenapa aku suka sangat bunga ek?

Sunday, March 13, 2011

Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing..!

Mari mari mari..!! Meh aku nak promote something ni. Haha..!


Tadaa..!!


Anda peminat Khairul Fahmi Che Mat dan Elia

Saya salah seorang daripada peminat-peminat walaupun bukanlah yang fanatik. Ingin menyertai pertandingan ini untuk mencuba nasib je. Tapi sesuatu yang ingin saya katakan ialah, saya lebih meminati Elia daripada KFCM. Haha!!

Baru saja tadi, Elia ada menge-post satu entry kat blog beliau yang bertajuk Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing. (klik untuk ke blog beliau)

Ok, Elia. sebab-sebab saya suka baca blog anda ialah saya suka kisah awak dan KFCM yang loving gitu.. Haha! Bukan tu sahaja, malah anda juga sekarang merupakan salah seorang blogger popular Malaysia! Jadi, kalau dah popular, mesti la ramai peminat yang nak tahu perkembangan terbaru anda dan KFCM. Jadi, saya ni adalah salah satu peminat Elia la nampaknya.. 

Saya dapat tahu blog Jejari Runcing ni daripada kawan baik saya yang sangat suka KFCM. Then, saya start to follow your blog awal tahun ni.

Memandangkan anda memberi kebenaran mengemukakan 3 soalan, di sini saya hanya ingin menanya 1 soalan sahaja. Elia pandai loghat Kelantan tak?

Ok, tentang blog Jejari Runcing, pendapat saya ialah blog anda best dan seronok untuk dibaca. bukan sahaja tentang kisah anda dengan KFCM, malah tentang fesyen pun ada! Jadi, cadangan saya ialah anda boleh promote blog-blog tentang online shopping memandangkan follower anda kebanyakkannya ialah perempuan. Baru cool..!



Ok, saya nak ajak semua kawan-kawan saya untuk join game ni yang dianjurkan oleh Jejari Runcing. Best jugak kalau sekali sekala join game-game macam ni.. !

CANCEL........!!!!! T_T

Tiket KTM dah reserved.. Cuti dah apply.. Tempat nak travel dah confirm..

Tapi...   CANCEL.....!!!!!!!!!


Atas sebab-sebab tertentu, niat aku terpaksa dibatalkan kerana hal-hal yang mempunyai alasan yang munasabah.

Perasaan? Ofcoz la sedih. Sedih sebab aku dah buat perancangan sebaik saja aku sampai je kat sana. Tapi takpe la, maybe next time aku akan sampai jugak kat sana.Nasib baik aku tak bayar lagi reservation ticket. 

So, cuti yang dah apply ni, macam mana aku nak penuhkan? Kena ganti dengan aktiviti lain la jawap nya.
 
Any Idea??

Thursday, March 10, 2011

Upcoming Event ~ Nutrition Month Malaysia "Healthy Living, Healthy Me"

Nutrition Society of Malaysia (NSM), Malaysian Dietitians’ Association (MDA) and Malaysian Association for the Study of Obesity (MASO) have been organizing the Nutrition Month Malaysia (NMM) this upcoming April. 

This year, our theme will be “Healthy Children, Healthier Nation – Start Young” and we have lined up a list of high-profile activities such as our NMM 2011 Carnival on April 23 & 24, 2011 at Mid Valley Exhibition Center (Hall 1), media launch, media interviews, educational press articles & NutriFun school roadshows. 


So, feel free to come our carnival at Mid Valley Exhibition Center and enjoy the healthy moment with us! 








Last year picture ~ just use for example









  
p/s: kalau korang datang, korang akan jumpa aku.. saja nak bagitau walaupun aku tau takkan ada yang datang nak jumpa aku pun.. ~

Monday, March 7, 2011

Do i need a vacation?

Ber’title’kan seperti diatas, aku translate dalam BM pulak. Adakah aku perlukan percutian? I’m planning a vacation. Aku nak pergi ke tempat yang menenangkan fikiran sambil menikmati kehijauan alam sekitar atau tempat bersejarah dan tak ada kebisingan kota. Hmm.. Aku dah fikirkan banyak tempat dan dah survey hotel or chalet. Just sekarang nak decide je mana nak pergi. 

Maybe aku akan ambil cuti beberapa hari sempena cuti sekolah ni memandangkan time cuti sekolah la masa yang sesuai untuk ambil cuti sebab tak ada program berkaitan dengan sekolah or tadika. Memang masa yang ditunggu2..! Hope sangat-sangat nanti kalau aku apply cuti, Boss akan approve. If he approve, i’ll really appreciate it!

Sebab-sebab aku perlukan percutian ialah aku dah stress dengan tekanan-tekanan yang berlaku sejak akhir-akhir ni. Contohnya komitment kerja dan sebagainya. So, bila dah hari2 tekanan, lama2 aku boleh jadi gila. So, sebelum aku jadi gila, aku perlu menghindarkan perkara itu daripada berlaku. Haha! Amacam ayat aku macam penasihat tak? Huhu. So, salah satu cara untuk menenangkan fikiran ialah dengan percutian. Maybe dengan pergi bercuti, aku akan happykan diri dan kembali bersemangat bila start kerja semula.

I’m planning to go for vacation alone. What? Tak caya ek? Apa, ingat perempuan tak boleh travel sorang-sorang ke? Haa, jangan pandang sebelah mata. Aku akan buat apa yang aku suka selagi tak menyalahi undang-undang. Aku rasa aku dah tau nak pergi mana. So, nanti just tunggu je la entry yang bakal aku postkan tentang percutian aku di masa-masa akan datang. InsyaAllah.. Daa..!!

Thursday, March 3, 2011

Faculty Communication And Media Gala Dinner

“Pada tarikh 28 february 2011, satu event telah berlangsung di De Palma Hotel Shah Alam, anjuran Semester 6, Fakulti Komunikasi dan Media, Unisel Shah Alam.” 

Haa, amacam? Ayat aku macam wartawan tak?? Hehe..

Alhamdulillah, aku sempat hadir jugak walaupun rushing gile balik kerja pukul 6.40, sampai rumah terus gelabah sebab Tasha nak jemput pukul 7.45..!!! Make up pun ala kadar je, baju pun simple. Maleh den nak shopping2. Takde mood nak shopping. 

Pergh, nasib baik sempat siap sebelum Tasha sampai. Akhirnya, Elantra pun meluncur laju memecut ke arah Shah Alam. 

Sampai jugak kat Gala Dinner kat Ballroom De Palma. Aku jumpa Dyn Amin yang sekarang tengah mengandung 4 BULAN..!! Tahniah, Dyn..!! Aku happy sangat2 dengar berita tu. Risau je bila tengok dia turun tangga, malang kan tak berbau plak. Huhu..

Melangkah masuk ke ballroom, terasa macam banyak mata memandang. Segan gilak! Nasib baik masuk dengan Tasha, Reen and Dyn. Tak la segan sangat. Se’table’ pulak dengan Mus and Fahmey. Hahah, rindu kat diorang! Dari jauh nampak Jia. Pergh, dah macam Hana Tajima Malaysia! Gua suspect lu beb! Nampak jugak Farahin and Yayang. Pergh, Yayang glamer habis..!! Nampak lagi muka2 yang aku kenal and ada yang tak kenal. Suasana dalam ballroom tu memang glamour habis, ok! Baju semua cantik2 belaka. Dah macam kat dalam Anugerah Bintang Popular rasanya. Dengar cerita ada yang pakai baju harga RM 2 000! Siapakah orang itu? Itu aku tak tau. 

Seronok dapat bersama balik dengan kawan2 seperjuangan time kat unisel. Walaupun ada yang tak join dinner tu, tapi at least dapat jumpa muka2 yang dah lama tak nampak especially junior. Acara malam tu agak menarik, especially Aci Aci Buka Pintu. Ketawa terkekeh2 aku tengok. Tak tinggal jugak junior junior aku yang dance lagu Gee (Girls Generation), Sorry-sorry (Super Junior) and Nobody (Wonder Girls). Boleh tahan la diorang menari. Dean List’s Award pun ada jugak. And kemuncak event tu, Jia menyanyi dengan classmate degree dia named Diana (if i’m not mistaken) dengan mengalunkan lagu Beloved, Betterman, and Sway. Tak silap ade lagi 1 lagu tapi tak ingat lagu apa.

Event habis kul 11.30pm. Tapi still ramai lagi kat ballroom sebab nak bergambar. Sama jugak la dengan aku, rindu nak bergambar dengan budak2 class. After puas bergambar, Jia ajak lepak. So kitorang pergi la ke Hailam Kopitiam seksyen 7. Tapi sayangnya aku tak boleh lama sebab aku dikehendaki bangun pukul 5 PAGI sebab kena meet up kat office pukul 6.15 am untuk Healthy Kids Program. So sorry u’olls sebab I tak boleh lepak, I kena fokus on my commitment now. Nak lepak, weekends ek. Hehe.

Akhirnya, sampai rumah pukul 1.30am dihantar oleh Annie Natasha, Reen Aminuddin dan Diyana Amira. Thanks so much u guys..! 



p/s- planning for a vacation..

Tuesday, March 1, 2011

Mereng Kejap

Hah.. hah.. Ni mesti ada yang ingat aku pesakit Schizophrenia kan? Jangan risau.. Aku tak gila lagi ok..~ Aku just ketawa je, melepaskan tekanan.. Hehe..

Inilah dia gambar-gambar yang kalau aku tengok, aku akan ketawa sorang2.. Hehe~ Sesuai dengan entry aku kali ni.. Memang mereng aku ketawa sorang2.. Kalau mak aku nampak aku sengih2 depan laptop, mesti dia akan cakap "kau dah buang tebiat??" Hehe.. Ada seribu satu cerita disebalik gambar2 yang aku letakkan dalam entry aku kali ni. That's why aku ketawa.. Kahkahkah..!

 After karok kat Redbox bersama Jia, Tasha, and Wan Nash.. Nampak patung2 besar, terus berhenti tgh2 jalan semata2 nak amek gambar.. haha..!


 Presentation Semester 4. Pura2 busy sedangkan sebelum tu dok bergurau sana sini tanpa menghiraukan presentation yang sedang berlangsung.. hehe..


 Teater Sultan Mahmud. Terkenangkan aku termarah2 mereka sebab tak puas hati dengan tarian mereka.. Sory guys..!

 
Role Play Semester 3. Kelakor sungguh masa ni.. !


Esso Section 7.. Mmg HotSpot untuk student2 wat study group kat sini.. Aku rasa, stesen minyak ni patut ditukarkan kepada stesen study.. Huhu..


 Jiran depan rumah masa duduk kat Pusat Komersial seksyen 7 dulu.. Adeyh, yang ni memang betul2 lawak..!


Gambar sebelum raya kat Sunway Pyramid dengan bestie, Tasha.. dah la naik skuter, tasha dgn tangan berbalut, aku plak muke berplaster (time ni, plaster tak nampak), warna baju sedondon plak tu masing2.. memang tak bley bla..!


Hari perkahwinan Ijun dengan Nina.. Ni stop kat perhentan Setia Alam.. Boleh pulak posing2 ala2 kanak2 main kawin2 gitew.. adeyh..!


Kat depan Rumah Hijau Unisel Shah Alam.. err.. Kami tak bermaksud untuk buat benda2 tak semenggah ye.. Just buat perkataan je.. peace2..~


Hahah..!! Time ni aku still teringat2 sampai sekarang.. Nak cite, tak boleh.. Nanti Annie Natasha ketuk kepala aku woo..


Role Play semester 3.. gambar ni memang kelakar.. hehe..


Role play semester 3. mirror mirror on the wall baru lepas shaving.. kahkahkah...!!


Ni adalah kerana tahap kebosanan kami yang melampau2, akhirnya buat aktiviti giller kat dalam faculty..~


 Semester 1. Group assignment. Kitorang ke Kuala Selangor untuk shoot gambar2 utk assignment Photo Communication, lecturer Madam Azian. Maaf, aku kena censored kan wajah2 kami sebab muka tak semenggah.. hehe..

 
Gambar semester 1, makan beramai2 selepas event Bowling Tournament kat plaza Alam Sentral, beberapa minit sebelum kejadian "Explorace Mencari Kereta Di Parking Lot PAS" hehe..


Gambar masa Joe dgn Jia ikut aku balik kampung. Kitorang pergi ke jeram kat Gunung Datok dan main2 celup2 kaki je sebab tak bawak baju..


Gambar ni paling best..! Ni gambar masa aku and Tasha balik ikut Jia ke Jerantut, Pahang. Memang basah kuyup la dibuatnye.. Sejuk woo..






Hanya ni je la yang aku nak bagi tunjuk. Sebenarnya banyak lagi gambar2 yang lain tapi tak termampu oleh ku untuk mengupload semua.. Sekian..~ ^_^