Monday, February 21, 2011

Kemurungan, Schizophrenia dan Terapi Kerusi Kosong

Kali ni aku nak jadi pakar psikologi pulak. Haha! Ok, post kali ni aku akan serius sikit ye, sebab ni pasal kesihatan. Entry kali ni ialah tentang satu penyakit mental yang dikenali sebagai Schizophrenia. How to pronounce? Ski - zo - fre - nia. Got it? Great..!

 Tolong..! Pakcik ni terlepas dari hospital mental..! 
 
credit to google

Aku baru je tau pasal benda ni, tu pun kawan office aku, Eika yang ceritakan pasal penyakit ni. Asalnya, kitorang bercakap pasal habit aku yang kadang-kadang suka bercakap sorang2. (-.-") Eika pun suka gak cakap sorang2. Then, dia cakap, itu adalah satu terapi yang bagus untuk melepaskan tekanan.

Nama terapi tu ialah Terapi Kerusi Kosong. Terapi ni memang pakar2 psikologi ade buat kat pesakit2 mereka.

Ni lebih kurang steps yang Eika ceritakan kat aku laa..~

  • Pesakit akan ditinggalkan di satu bilik sorang2, then kat depan dia ada satu kerusi kosong.
  •  Then dia luahkan kan perasaan dia kat kerusi tu seolah2 ada orang kat kerusi tu. And maybe orang yang dia imagine kat kerusi tu ialah orang yang dia tak puas hati or what ever la.
  •  After dia luahkan apa yang dia pendam dalam hati dia selama ni, then pesakit perlu duduk kat kerusi depan dia and imagine plak diri dia sebagai org yang dia tak puas hati tu. 
  • And dia perlu membalas balik apa yang dia luahkan sebentar tadi.
  • Perkara ni diulang2 sampai “kedua-dua” pesakit ada kata sepakat.
  • Dan pesakit akan rasa lega sebab masalahnya dah selesai.
 
Tapi dalam situasi yang lain, ada juga orang yang suka bercakap sorang2 tetapi dalam keadaan yang tidak normal. Ia dipanggil Schizophrenia iaitu satu penyakit mental dimana pesakit seolah2 mempunyai “kawan halusinasi”. Ciri2 pesakit ni ialah, dia mempunyai kawan halusinasi, emosi tak terkawal, bertindak keterlaluan, selalu mendengar suara2 ghaib, dan mampu mencederakan diri sendiri dan orang lain. Bayangkan, pesakit tengah makan sorang2 kat sebuah restoran, tetiba dia tergelak seolah2 ada seseorang tengah buat lawak depan dia. Then dia bercakap sorang2. Huhu..  =_="

credit to google

Punca penyakit ni ialah salah satu nya daripada kemurungan. Aku baru dapat tau bahawa hampir 90% masalah mental berpunca daripada kemurungan. Golongan yang berisiko biasanya berumur 20-30 tahun. Punca kemurungan pulak ialah kegagalan dalam sesuatu, penceraian ibu bapa, putus cinta, dan apa2 sahaja yang menyebabkan seseorang putus harapan, tertekan dan hilang semangat. Menurut Eika, kemurungan susah untuk dirawat tapi insyaalah boleh.

Sokongan daripada keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling amat diperlukan supaya kemurungan boleh pulih. Ketenangan juga amat diperlukan kepada sesiapa yang tertekan. Pergi la ke tempat2 yang jauh dari kesibukan kota, contohnye ke tepi pantai...

 Owh tenangnya bersantai sambil melihat sunset ni..! <3 <3 <3

credit to google
 
atau perkampungan sawah padi untuk menenangkan fikiran.

 Sambil2 tengok pemandangan tu, pergi la tuai padi jugak.. Nanti balik rumah, boleh terus masak nasi..
 

Nak buat yoga macam kat bawah ni pun boleh.. Senang.. Kat rumah pun boleh buat..

Gelak la... Gelak la.. Penat aku lukis ni kat Paint tau.. T_T



Aku tak banyak tau pasal Schizophrenia, Terapi Kerusi Korong dan Kemurungan ni. Apa yang aku tulis ni sekadar pengetahuan aku je la. Kalau nak lebih tepat lagi tentang perkara ni, boleh la cari sendiri kat Google or tanya pada yang pakar. Senang cerita, jangan kusutkan fikiran atau terlampau memikirkan sesuatu sampai nak telan panadol sampai 5 papan. Bak kata Tasha, Chill La..! Hehe..






p/s: Aku suka bercakap dengan kucing. Rasa seronok bila kucing balas “meow meow” kat aku. Macam kucing tu bercakap balik dengan aku.. Haha!!

No comments:

Post a Comment