ads

Monday, February 28, 2011

23 feb 2011, 6.30 pm

(Entry ni ditulis pada tarikh 23 feb 2011 kat umah, disebabkan takde internet, tulis siap2 kat Words dulu.. Huhu..)


Hari ni, hari yang paling pressure bagi aku. Don’t know how to explain. I feel bad today and just wanna cry.

Today, Vitagen team kena mengadap our boss, Melinda, and Tony’s son, Hsieng Long. They found out that we were arrived late at kindies because all the kindies principle called office so many times. So, Melinda want to know why we late. 

Me, Vivian and Othman are the Vitagen team yang tinggal coz the others have to separate from us to do the nutrition research at schools. So, bila Vitagen team tinggal 3 orang, memang will be sooooo damn tired coz we have to angkat2 all the presentation stuff, beratus2 Vitagen kena angkut, set up dlm masa 10 minit, berkejar sana sini.. Nak-nak lagi lelaki ada sorang je, aku dengan Vivian pulak perempuan. Kalau presentation stuff tu ringan2 je, tak pe la jugak. Just imagine the speaker yang beratnya lebih kurang seberat 1 tong gas memasak kat dapur tu, aku sorang2 yang angkat WITHOUT any trolley or such..!! Kalau tadika tu bertangga.. just imagine.. 

Minggu ni, dah 3 kali berturut2 kitorang lewat sampai tadika. Isnin hari tu sesat kat Alam Megah sampai aku terpaksa mintak no.fon Fahmey (my classmate kat Unisel) kat Jia (also my classmate) sebab nak cari tadika yang kitorang nak pegi tu. The first kindy, supposedly we start our session at 9.00 am, but we arrived at 9.30. SALAH ALAMAT..! Bila tadika yang first dah lewat mcm tu, akan effect tadika2 yg seterusnya. And tadika yang last skali hari isnin tu terpaksa tunda hari lain coz kitorg dah betul2 lewat. Balik office je, Hsieng Long terus meeting dgn Vitagen team, ask why we were late. And again TODAY, meeting jugak. Kali ni, dengan our BOSS.. T_T

After meeting, aku bincang dengan Vivian. She look sad. Bila aku tanya nak lunch tak, then dia cakap “I kenyang la.. perut I penuh angin” Aku pun memang xde selera nak makan. Last2, kitorang just beli roti dengan tuna kat kedai runcit depan office, then makan kat office je. Malas nak keluar office, lagipun kerja melambak2. Kena call other kindies, dengan kena marah lg, wrong number plak tu. Ada kindies yang layan dengan baik, ada yang sampai nak maki2 but i still have to say “ yeah, it’s ok madam”, “i’m sorry..” ect.. 

Aku dapat rasa sejak kebelakangan ni aku hilang semangat. After meeting tadi, lagi la hilang semangat. Tapi, thank God, Melinda and Hsieng Long tak marah2. They are so professional. Bila terserempak kat tangga, Melinda sempat tanya “Have you lunch yet?” and i just cakap “Not yet, maybe just buy some food outside and eat at office” and she smile. Pergi pantry pulak terserempak dengan Hsieng Long and dia tanya the same question and i asnwered the same answer. Tu agak relief the pressure in my head la. Nasib baik aku beli Panadol masa pergi beli roti tadi, so hilang sikit la pening kepala. 

See, aku dah susahkan korang baca karangan aku yang panjang ni. Aku tak tau nak luahkan macam mana so aku terpaksa la tulis panjang2 nak keluarkan semua pressure kat kepala ni. Siapa yang dapat baca sampai habis entry aku kali ni, Thanks So Much aku ucapkan.. :”)

Monday, February 21, 2011

Kemurungan, Schizophrenia dan Terapi Kerusi Kosong

Kali ni aku nak jadi pakar psikologi pulak. Haha! Ok, post kali ni aku akan serius sikit ye, sebab ni pasal kesihatan. Entry kali ni ialah tentang satu penyakit mental yang dikenali sebagai Schizophrenia. How to pronounce? Ski - zo - fre - nia. Got it? Great..!

 Tolong..! Pakcik ni terlepas dari hospital mental..! 
 
credit to google

Aku baru je tau pasal benda ni, tu pun kawan office aku, Eika yang ceritakan pasal penyakit ni. Asalnya, kitorang bercakap pasal habit aku yang kadang-kadang suka bercakap sorang2. (-.-") Eika pun suka gak cakap sorang2. Then, dia cakap, itu adalah satu terapi yang bagus untuk melepaskan tekanan.

Nama terapi tu ialah Terapi Kerusi Kosong. Terapi ni memang pakar2 psikologi ade buat kat pesakit2 mereka.

Ni lebih kurang steps yang Eika ceritakan kat aku laa..~

  • Pesakit akan ditinggalkan di satu bilik sorang2, then kat depan dia ada satu kerusi kosong.
  •  Then dia luahkan kan perasaan dia kat kerusi tu seolah2 ada orang kat kerusi tu. And maybe orang yang dia imagine kat kerusi tu ialah orang yang dia tak puas hati or what ever la.
  •  After dia luahkan apa yang dia pendam dalam hati dia selama ni, then pesakit perlu duduk kat kerusi depan dia and imagine plak diri dia sebagai org yang dia tak puas hati tu. 
  • And dia perlu membalas balik apa yang dia luahkan sebentar tadi.
  • Perkara ni diulang2 sampai “kedua-dua” pesakit ada kata sepakat.
  • Dan pesakit akan rasa lega sebab masalahnya dah selesai.
 
Tapi dalam situasi yang lain, ada juga orang yang suka bercakap sorang2 tetapi dalam keadaan yang tidak normal. Ia dipanggil Schizophrenia iaitu satu penyakit mental dimana pesakit seolah2 mempunyai “kawan halusinasi”. Ciri2 pesakit ni ialah, dia mempunyai kawan halusinasi, emosi tak terkawal, bertindak keterlaluan, selalu mendengar suara2 ghaib, dan mampu mencederakan diri sendiri dan orang lain. Bayangkan, pesakit tengah makan sorang2 kat sebuah restoran, tetiba dia tergelak seolah2 ada seseorang tengah buat lawak depan dia. Then dia bercakap sorang2. Huhu..  =_="

credit to google

Punca penyakit ni ialah salah satu nya daripada kemurungan. Aku baru dapat tau bahawa hampir 90% masalah mental berpunca daripada kemurungan. Golongan yang berisiko biasanya berumur 20-30 tahun. Punca kemurungan pulak ialah kegagalan dalam sesuatu, penceraian ibu bapa, putus cinta, dan apa2 sahaja yang menyebabkan seseorang putus harapan, tertekan dan hilang semangat. Menurut Eika, kemurungan susah untuk dirawat tapi insyaalah boleh.

Sokongan daripada keluarga, kawan-kawan dan orang sekeliling amat diperlukan supaya kemurungan boleh pulih. Ketenangan juga amat diperlukan kepada sesiapa yang tertekan. Pergi la ke tempat2 yang jauh dari kesibukan kota, contohnye ke tepi pantai...

 Owh tenangnya bersantai sambil melihat sunset ni..! <3 <3 <3

credit to google
 
atau perkampungan sawah padi untuk menenangkan fikiran.

 Sambil2 tengok pemandangan tu, pergi la tuai padi jugak.. Nanti balik rumah, boleh terus masak nasi..
 

Nak buat yoga macam kat bawah ni pun boleh.. Senang.. Kat rumah pun boleh buat..

Gelak la... Gelak la.. Penat aku lukis ni kat Paint tau.. T_T



Aku tak banyak tau pasal Schizophrenia, Terapi Kerusi Korong dan Kemurungan ni. Apa yang aku tulis ni sekadar pengetahuan aku je la. Kalau nak lebih tepat lagi tentang perkara ni, boleh la cari sendiri kat Google or tanya pada yang pakar. Senang cerita, jangan kusutkan fikiran atau terlampau memikirkan sesuatu sampai nak telan panadol sampai 5 papan. Bak kata Tasha, Chill La..! Hehe..






p/s: Aku suka bercakap dengan kucing. Rasa seronok bila kucing balas “meow meow” kat aku. Macam kucing tu bercakap balik dengan aku.. Haha!!

Thursday, February 17, 2011

Aku pun nak tiru tajuk Annie Natasha "Pertunangan Siti Nabilah".. hehe..

Thanks Annie Natasha sebab ajak aku pergi majlis pertunangan kawan sekolah dia kat Meru. Kalau kau tak ajak, aku tido je la kat umah tu.. Huhu..

Tasha dah buat entry pasal pertunangan kawan dia (click here to see), so aku pun nak gak buat pasal ni gak. hehe..!

Pada tanggal 15 February 2011, berlangsung lah pertunangan antara Siti Nabilah dan.. errr...errr....  jap ek..! ngee~ (klik blog Tasha, check name tunang Nabila siapa) ok..! Pertunangan Siti Nabila dan Mohd Azmi Ridzuan.. hehe.. sory, lupe..~

Sweet je aku tengok pasangan ni. hope diorang akan bahagia hingga ke anak cucu. Tarikh nikah pun dah dekat, InsyaAllah pada 1 Mei 2011, just around the corner. Dah start busy la ni nak settle kan hantaran, kad kawin and what so ever..


Ini antara gambar-gambar yang aku sempat ambil hari tu.





Tasha pakai spect, aku pun nak pakai gak.. haha!


Tetibe ternampak lori Vitagen depan kereta, cepat2 tangkap gambar.. Haha! Memang jodoh aku dengan vitagen la..


Pose teleng kepala..


 Sesi sarung cincin



Bersalaman dengan bakal mak mertua..


Dah sah jadi tunangan orang dah..


Sesi amek gambar dengan barang-barang hantaran.


Suasana selepas majlis pertunangan.


Kiri, bestfren Tasha time skolah dulu, Kiah nama panggilannya, Tasha ditengah dan aku dikanan.


Bye, nak balik.. Lepas ni, aku nak pergi majlis pertunangan Annie Natasha plak.. Haha!!






Monday, February 14, 2011

Day After Day, Time Pass Away..

Hello peps!

Apo kabar? Ado baik ko? Ngee~
Rindu aku tak?? Hehe.. Yang rindu tu, sayang anda! Yang tak rindu tu, anda boleh click tanda pangkah warna merah kat bahagian kanan atas screen lptop/pc anda sekarang.. Oops, kejam plak.. hehe

Ramai gak yang tanya, "kenapa deactivate FB..?", "merajuk ke?", "x pernah2 deactivate, pahal?", "ni mesti ade ape2 ni", dan tak kurang juga ade yang tanye "ko dah benci sangat ke kat aku weh..? T_T".. Adeyh! kelakar betul la..! 

Kepada yang prihatin tu, Thanks So Much! Ingatkan takde orang yang sedar, rupa2nya ade gak yang still ingat aku ni ek.. Owh terharunya..! T_T

InsyaAllah, aku akan active balik my FB account tapi HANYA selepas aku dah ready dan ada gambar baru yang nak di upload and gambar tu plak ialah the new me laa.. ngeh ngeh ngeh.. Gambar2 lama dah bosan, banyak kenangan.. huhu,,~ Tapi tak bermaksud aku dah taknak tengok lagi gambar2 lame k.. ^_^

Dua minggu deactivate, aku sekarang rasa lebih tenang dan mempunyai lebih banyak masa untuk blogging and blog walking. Walaupun aku bukan lah seorang yang blog addicted, tapi aku suka jugak lah berblogging. hehe..

So far, kehidupan aku sekarang ni, aku lebihkan perhatian kepada kerja. Azam tahun baru yang aku buat awal tahun baru ni aku dah tukar kepada lain.. So, sekarang, azam aku ialah kumpul aset. Hah..? Apa azam yang lama? Hehe.. Mane boleh bagitau.. Azam lama dah tak relevant dengan aku dah sekarang ni..

Bila pergi ke tadika2, jumpa dengan kanak2, sedikit sebanyak hati aku terhibur dengan gelagat diorang.. Ada yang panggil aku Teacher, Aunty, chie chie (sister - in chinese) and if i'm lucky, they'll call me Kakak. Tapi panggilan Kakak tu mmg rarely la dapat.. (T_T) Bila chicken dance tu, ada yang menari dah macam hape dah, ada yang bila tengok aku menari tu just staring me sambil berkata-kata dalam hati "apa pompuan gila ni buat..?" Tapi dah tu tugas aku, aku just jalankan apa yang dah dipertanggungjawapkan. Dan aku seronok tengok diorang have fun, so terubat sikit la jiwa lara aku ni.. haha!

siapa makan tak basuh tangan..?? fuiyoo, ramainya.. =_="


i know, i know!! (ecxited terlebih la pulak budak2 tu)


"Captain Vitagen, nanti U menari, U jangan terpijak kaki the children lagi ye.."
"Baiklah.. T_T"


menari style bengkok kaki

Bayang kan, almost everyday lakukan benda yang sama. Pergi office awal pagi sebelum start office hour, mengangkut barang2 yang berat untuk presentation, mengejar masa, happy facial expression walaupun tengah sedih, 1 day sampai 3 to 4 kindies kena kejar.. Lepas kindies, ke sekolah2 pulak utk research.. Nampak senang je kerja aku kan? But actually, memang penat sampai tertidur dalam kereta. Even lunch pun just beli set McD and makan dalam kereta je.. Namun, ada yang tidak memahami kepenatan dan komitmen yang aku hadapi. Takpe, u are not in my world, so u can't feel it. (^_^)

Owh, lupa nak cakap.. Kat office aku ada anak kucing, Tony (my boss) punya, named FattFook. So, bila tension2, boleh la bermanja2 dengan dia.. Hehe..

Ok, rasa nya sampai sini je la aku nak cakap.. InsyaAllah i will active back my fb bila aku dah ready. And thanks to my cousin, Zarul yang banyak bantu aku untuk ceriakan aku balik dan memastikan aku dalam keadaan happy and thanks coz sentiasa caring kat sepupu dia yang sorang ni.. HukHukHuk! Bulan depan aku beli Diana F+, kita g photoshoot ek..!






peace..!
(credit to google)

Tuesday, February 8, 2011

***American Idol Season 10 - Chris Medina




banyak kali aku dok ulang video ni.. banyak kali gak la mengalir air mata tengok video ni.. adeyh..!

She's the luckiest gurl.. Chris Medina is one in a million guy in the world. Masih menyayangi julie even her condition sangat teruk.. Perasaan yang tak berubah even sikit pun walaupun keadaan dia macam tu.. Sangat susah untuk jumpa a guy yang macam ni kat dunia ni.. Aku bagi standing ovation sambil meleleh2 air mata kat Chris Medina!!


"Thats why he sings so good because he sings to you.."
:")

Monday, February 7, 2011

Owh, i'm in love!!!

Yes, i'm in love.. Tiap2 hari aku terbayang dia.. Owh, suker~


Sejak pertama kali aku mengenali dia, aku dah jatuh cinta~ <3 <3 <3


Start mengenali dia awal tahun lepas.. Bila mula2 aku tengok dia, bila tengok body dia, perghh... memang smart.. Tetibe aku rasa cair.. Sejak tu, aku cari gambar2 dia.. Kalau teringat je, aku tatap gambar2 dia..



Warghhh!! Aku x sabar nak memiliki dia..!! Aku nak sentuh body dia yang hot+comel tu!! OMG, really fall in  love..!



Salah satu faktor kenapa aku jatuh cinta dengan dia ialah dia memberi satu emosi yang mysterious  kepada sesiapa yang menatapnya.. Dan aku seolah2 macam kena pukau.. (@_@)



Ok, aku nak perkenalkan si dia yang aku tengah tergila2 kan tu.. hiks~
First, aku nk introduce nama.. Nama dia Diana.. haaa... Mesti ada diantara korang yang tengah menganga mulut skrg bila dengar nama Diana tu kan..? Dah, tutup mulut tu.. 



Nama dia je Diana, tp I consider it as Male.. Haha! Mesti korg lagi menganga kan?? Tomboy kah Diana ni? Ok2, lets continue..



Senang cite, meh aku tunjukkan gambar dia supaya korang tak confuse..~ (^_^)





*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ini la dia Diana! Amacam, cun gila kan..? Hahaha!! Dengan dia la aku jatuh cinta.. Meh aku tunjukkan gambar dia lagi..~


Smart kan? Comel macam ala2 camera mainan kan..? hihi..!
Ni baru camera.. Belum tengok hasil picture dia lagi..















Hasil2 gambar yang misteri dan menyimpan banyak maksud.. Tapi all the pict ni aku amek dari google.. Insyaallah akan beli Diana F+ dan akan try bereksperimen.. Lagi pun, dah ade geng yang minat lomography ni.. hehe~
.
*all pictures, credit to google

Tuesday, February 1, 2011

again..

Hahah! Again.. Aku teringat arwah atuk aku yang genap 1 februari ni, 2 bulan meninggalkan kitorg semua.. Ya, 1 Februari.. Sedih gile bile kehilangan orang yang tersayang.. Tak pe, yang pergi tu, tetap akan pergi.. Kita tak tau dugaan apa yang akan menimpa lagi masa akan datang.. Mungkit lagi hebat dugaan.. Aku harap, aku akan lebih tabah pada masa akan datang.. Mungkin aku akan menghilangkan diri untuk sementara waktu ni.. Aku akan deactivate facebook aku sampai lah aku rasa aku dah sedia nak teruskan hidup balik. Just nak cari ketenangan. Siape2 yang nak contact aku, just msg or call ek.. Sebab, maybe lama aku akan deactivate facebook. Hahaa!! Aku nak lawat kubur arwah atuk aku kat kampung..Rindu plak kat dia..



bukan mata aku pun.. curik kat google.. thanks google..!