ads

Monday, January 24, 2011

love your tummy everyday!

Sejak kerja kat Versatrend as Event Assistant ni, banyak benda yang aku kena belajar. Aku kena menjadi lebih mesra dengan orang, berani bercakap, belajar menepati masa dan banyak lagi.

Event yang tengah berlansung sekarang ni ialah Vitagen Healthy Tummies Program which is Versatrend jd secretariat utk event ni. Program ni berlangsung sepanjang tahun dimana kitorg akan pergi ke tadika2 seluruh semenanjung Malaysia utk jalankan program ni. We have to educate children about healthy tummy and ajar diorg pemakanan yang sihat. 

Tentang belajar utk menjadi lebih mesra tu, memang sesuatu yang agak kekok bagi aku. Ye la, dalam kelas masa study dulu, aku ni mmg senyap je.. Aku ni memang pendiam dan hanya banyak cakap dengan org yang rapat dengan aku je.. Ramai org cakap aku sombong tapi sebenarnye aku ni pemalu.. Hiks..! Adeyh! Ok2, sambung.. Since aku kena pergi ke tadika2 ni, aku kena belajar menjadi lebih ramah dan mesra.. Means, aku kena jd kakak yang mesra..!! erk! (=_=")

Antara ayat2 yang selalu aku gunakan masa presentation.. (sila baca dengan nada yang mesra ala2 bercakap ngan kanak2 gitu ye?) :-

"Kids, you have to love your tummy everyday!! Show me where's your tummy..!!!!"

"Can you show me how to wash hand??"

"You're right..!! So clever..~"

"You can share Vitagen with your mummy, daddy, sister, brother, friends, even your teacher...!!!"

Err.. Tu antara ayat2 mesra yang aku perlu ucapkan almost everyday. Agak2, cukup mesra x? (=_=?) Memang x dinafikan, ade yang gelak dan tak percaya bile dengar cite aku ni time diorang tanye keje aku macam mane.. Antaranya ialah Jia and Pecai.. Grr~ (korang ni kan.. T_T) Tapi xpe.. As long as aku boleh belajar utk memberanikan diri dan bersuara. Kalau dulu masa bergelar student, aku sangat gugup bile turn aku utk presentation. Lebih2 lagi bile presentation in English. Lutut ni ketar2 beb..! So, now is my opportunity to improve my communication skill in English.. Aku rasa happy bila kanak2 tadika tu sume respon bile aku tanye soalan2 kat diorg. ^_^

So, ape yang aku boleh cakap buat masa ni ialah, aku mula suka dengan kerja aku dan aku enjoy bila dapat bermesra dengan budak2. Rasa best..! Patut la Tasha nak jadi cikgu tadika.. hiks..!



Captain Vitagen said:- Dont forget to drink Vitagen everyday!!




Thursday, January 6, 2011

Lunch for today : Ayam Penyet..

Today, my officemate and i going to lunch. Our team leader, Jean, ask me and Eika to join them to have lunch at Ayam Penyet Ria nearby my office. Quite surprised coz i thought they are not interested with Indonesian food, especially the Korean girl, Kim Hi. So, i just follow them la to Ayam Penyet Ria. 

After giving the order, then few minutes later, makanan pun sampai.. All of us order Ayam Penyet except Kim Hi, she order Gado-gado.

Ok, I have to eat the sambal belacan depan diorang.. T_T.. Very long-long time i haven't eat sambal belacan because of Allergic and resdung.. I will sneezing non-stop if I eat belacan and seafood. But hari ni aku makan gak sebab taknak malu depan diorang.. huhu..

Paling terkejut, that Korean girl boleh order lagi satu piring sambal.. Penuh..! Aku dah menganga dah tengok dia makan, and she able to finish satu piring sambal belacan yang pedas gila tu.. (o_O) Aku yang makan ni pun x sampai separuh.. huhu..

Then, after makan, kitorang pun balik la office utk siapkan kerja yang tertangguh tu.. ngee..~

Wednesday, January 5, 2011

Tagged by Jiapang

"once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random, things, facts or goal about you. at the end, chose 25 people to be tagged. you have to tagged the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. "

Dah lama dia ni tagged aku, tp aku baru perasan.. Sorry, Jia..!! Adeyh, si jiapang ni.. Tag aku plak suh wat bende ni.. Tapi xpe, demi Jia, aku wat gak.. ngee~ ^_^

1. Nama penuh : Nur Izzatti bt Arifin. Nama ringkas: Zaty Arifin. Nama yg slalu org panggil: Zaty, Tie, iejat (time skolah teknik), nama panggilan kat umah: kakak, err... xnk la bgtau..!

2. Pernah bersekolah di SRJK(C) Sungai Way, Petaling Jaya (smpai darjah 2); SK Telok Berembang, Melaka (sampai darjah 6); SMK Lubok China, Melaka (sampai tingkatan 3); SMT Dato' Undang Hj Mohamad Sharif, Rembau (sampai tingkatan 5); dan SMK King George V, Seremban ( form 6, hanya seminggu).

3. Sebelum masuk Unisel, pernah jd student untuk course Diploma in Business Study, UiTM.. tapi saje menggagalkan diri pada semester 1 sebab tak minat account.. (=_="). So, further study kat UNISEL, amek Dip in Communication and Media. Baru je tamat pengajian hujung bulan 10 yang lalu..

4. Lahir pada 3 Oktober 1989 kat Hospital Assunta, Petaling Jaya. Tahun lepas punye b'day celebration agak special, private n surprised.. ngee~

5. Love blue colour.. since darjah 1 sampai la habis sekolah, rumah sukan tetap rumah biru, ok.. selimut biru, bantal biru, cadar biru, pen biru, baju biru, shawl biru.. nasib muke je x biru.. Ros biru?? Sangat suka..!! Tapi susah cari.. T_T

6. Ade 3 org adik bradik, anak yang sulung. Yang second, Zira yang baru lepas habis SPM tahun ni, and Haziq yang dah masuk Form 2 tahun ni.

7. Mak dgn Ayah sekampung, asal dari Negeri Sembilan. So, den ni automatik la org nogori.Keturunan Minangkabau, suku Tanah Datar. Tak faham? Pandai2 la google sendiri.. hehe..

8. Suke cheese cake. And tergoda ngan New York Cheese Cake dari Secret Recipe. yummy..!!!

9.  Pernah wakil sekolah untuk Badminton and jadi President untuk Kelab Badminton time form 5. hehe.. 

10. Part time photographer..  So far, yg pernah jd officially customer aku baru je 3 wedding. Yang lain2 tu just saje2, untuk memantapkan skill photography aku.. ^_^

11.  Aku ade buat 1 plan dengan adik aku. Kitorang plan nak bukak business 1 day.. Fazira jd make-up artis, aku jd photographer. Siap buat budjet tu.. Tapi x tau la menjadi ke tak. Hope menjadi la plan kitorang ni..

12. Kalau aku cakap aku single, korang percaya tak?? haha..! Percaya la, please la percaya.. Tapi jangan la percaya sgt.. Kalau aku single pun, aku x available.. hehe..
 
13. Aku suka sesi photography.. Xkisah la aku jd photographer ke, model ke (layak ke?), tolong pegang lighting ke, aku suka.. hehe..

14. Masa aku kecik2 dulu, aku slalu kena rotan dgn mak ayah aku.. sebab aku nakal sangat2.. pernah kene rotan sampai tangan berdarah, mulut pernah kena cili, kena kurung dalam bilik air.. Tapi bila aku dah besar, diorang jadi sangat protective, everyday mak akn call aku tanya kabar, ayah tak lokek bg duit di saat aku memerlukan, sentiasa ingatkan aku supaya ingat Tuhan.. Baru aku tau kenapa diorang perlu garang gile time aku kecik2 dulu.. supaya aku jadi org yang berdikari, pandai bawak diri, x harapkan mak ayah sangat, dan ape2 je la yang berkaitan.. Love my parents so much..!!

15. Aku suka melukis. Pernah menjadi johan dlm pertandingan melukis poster anti dadah masa darjah 6.

16. Pernah bercita2 nak jadi pereka fesyen, dietitian dan pakar forensik. Tapi amek Masscomm.. Sesat.. =_="
17. Merupakan cucu pertama kepada arwah wan dan atuk aku.. Dan kehilangan Atuk baru2 ni betul2 terasa sampai hari ni..


18. Bercita2 nak travel mengelilingi Malaysia. Kalau rezeki lebih and ade peluang, nak g tempat2 yang menarik kat luar negara jugak.. Ngee~ tapi tak tau la bile.. hmmm....


19. Ape lg ek?.... Serius dah tak tau nak cakap ape lagi. errrrr....... ha..!!! Aku ni kadang2 blurr, kadang2 pelupa.. that's why korang kena selalu Tolong Ingatkan Aku.. hehe..~


20. Currently working as an Event Assistant at Versatrend. Termasuk hari ni, dah dua hari dah kerja. And sekarang aku tengah ngantuk.. (@_@)

21. Aku baru perasan satu benda.. Aku suka genggam tisu.  Kalau aku gi kedai makan ke, ape ke, bila aku ambil tisu, then aku akan pegang je tisu tu.. Bila dah balik rumah, baru aku perasan yang aku dok genggam tisu tu dari tadi.. pelik kan? (=_=)?


22. Aku tak tahan sejuk. Dulu time aku keje kat SACC, hari2 dok tahan sejuk, dah macam kat Alaska dah aku rasa.. hehe.. Sbb tu la aku tak suke sgt kerja yang full time duk dalam office je. Nasib baik la kerja aku yang sekarang ni banyak g outdoor and outstation. Suker2...!! And nasib baik la org2 dlm office aku ni x gile aircond yang tahap beku punyaaa~~.. 


23. Aku x bley nampak binatang yang comel2.. Kalau nampak, mule la berangan nak bela.. Contohnye..: "Aku sedang berjalan ditepian tasik.. Petang itu terasa nyaman sekali dengan kicauan burung2 yang berterbangan melewati angkasa.. Tiba2 aku terlihat sesuatu dari jauh.. Berwarna putih, berekor.. Aku cuba dekati.. Rupa2nya seekor anak kucing yang sangat2 comel..!!! Lantas cepat2 aku masukkan kedalam beg dan bawa lari, balik ke rumah aku.." Err.. ntah macam hape ntah cite ni.. huhu.. Abaikan.. =_="

24.  Aku susah untuk mengekspresskan feelings. Tak tahu la kenapa.. Contohnye macam... kalau aku rindu, tapi aku cakap aku x rindu.. Haha..!! Boley ke macam tu??

25. Yang terakhir skali... Aku sentiasa cuba untuk memperbaiki diri dari masa ke masa.. Aku tak perfect pun.. tapi akan cuba lakukan sebaik mungkin untuk masa yang akan datang. sekian trimas..!!!














ok, 25 orang yang aku rasa aku nak tag:

1- Teacher Annie natasha
2- Jiapang
3- Pecai
4- Ayn Sha'ari
5- Yayangz
6- Noorashikin Roslan
7- Kay Nisa
8- Fara Ismail
9- Faisal Awiengs
10- Niena.Neynot
11- Hyzry Famey
12- Belogkeneblock
13- PnG
14- Supiha
15- Nuryn Farhana
16- Amira farhana
17- Yeah Jamal
18- Fatma Shada
19- Farris Effendy
20- Fasihaa Shahron
21- Ariff Yusof
22- Hisham Noh
23- Anis Khalilah
24- Fais Fauzi
25- Abe Faiz Botak








Err.. ni aku tag suke hati je taw.. tu pun nak cukupkan syarat nak 25 org.. huhu.. Peace Yaww..!!
^_^ Y