Friday, December 16, 2011

Rock The World - Adrenaline 2011

Salam..

10 Disember lalu, aku pergi ke Rock The World - Adrenaline kat Stadium Merdeka. So, kat bawah ni ada beberapa gambar yang aku tangkap sewaktu aku kat sana. So, aku malas nak cerita panjang-panjang. Apa kata kita tengok gambar-gambar ni ok? ^_^

My outfit for that day.. 

Dengan Syamim sebelum perform..

"Hafal nota"

Hip Hip Horrey!!! =.="

"cepat amek gambar aku cepat!!" sungguh perasan dia ni.. =.="

Start perform.


"Hai Bertepuk tepuk tangan! Bertepuk jangan segan! mari kita berjoget lambak!!"

"Korang semua jangan dengar cakap Syamim!!!!!"



"WE WANT MORE JOGET LAMBAK!!!"

Sesi fotografi di khemah artis.

"uishh! ada orang mintak otograp! kena sain ni!"

Ada game Guitar Hero skali.. Menang, dapat Notebook. Bukan Notebook laptop tu, tapi Buku nota.. =.="



Siapa-siapa yang nak romantik2 dengan awek tu, boleh la naik Hot Air Balloon ni.. RM50 je.. Aku tak naik pun, sebab RM50 tu boleh beli makanan selama seminggu..

Daarchlea pulak yang perform.

Last band, Massacre Conspiracy, yang memang ditunggu semua orang.









Tu je buat masa ni. Malas nak edit banyak-banyak la.. Hehehe.. Ok, bye!








Saturday, December 3, 2011

Quick Review

Salam

(Aku akan cuba tulis entry ni seringkas dan secepat mungkin!)

First of all, I’m sorry sebab lama x update blog di atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan. Antaranya, kebizian yang tak dapat dielakkan, ketiadaan internet buat sementara waktu, tak boleh online kat office disebabkan kebizian melampau. actually, fb twitter blog kena block kat office) =.=”

Next. Aku dah bekerja di Cyberjaya, dah pun menjalani training about 10 days period, and now in probation.

Third. Sekarang Baby (my sugar glider) dah ada husband. Nama dia Piko (sugar glider Jia). Jia decide nak satukan Piko dengan Baby sebab dia rasa Piko macam dah tak sabar nak berbini. So, sekarang ni Piko dah tinggal dengan aku, bersama-sama dengan Baby. Serius Piko aktif gila! And kuat makan.. =.=”

Seterusnya. 10 Disember ni bakal berlangsungnya Rock The World – Adrenaline di Stadium Merdeka. Ballad For Layla antara band yang bakal mengadakan persembahan di sana. So, jom datang beramai-ramai menyaksikan band-band rock kegemaran korang semua perform kat sana. Antara yang membuat persembahan selain Ballad For Layla ialah Massacre Conspiracy, Daarchlea, The Azanders, Monoloque & Atilia, Bittersweet, Pesawat, dan ramai lagi! Tiket just RM30 je!!! More info, boleh click kat sini : http://rocktheworld.com.my/ Jom support music Malaysia! Sampai bila korang nak support artis luar je kan. =)

Lepas tu..


Err. Dah habis dah kot. Tu je la buat masa sekarang ni. Bye.

Thursday, November 3, 2011

Ayah saya..

Salam..


Hari ni aku terbaca satu artikel ni, so aku nak share dengan korang.. Jom kita sebak sama-sama..! Aku taknak sebak sorang-sorang.. =.="











APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..













Ayah..




Ni pasal ayah aku..


Aku selalu tak sekepala dengan ayah aku.. Kadang-kadang aku geram dengan ayah aku, and sampai pernah terfikir yang dia tak sayang aku langsung. Even aku naik pentas masa convo hari tu pun dia cakap "elehh, tak heran.." Grrr..! 


Sampailah suatu hari, mula-mula mak call.. Mak tanya pasal kewangan aku sekarang ni. Al maklum la, baru bekerja.. So, my first month sangat-sangat la tak stabil financial aku. Bila mak call and tanya, aku boleh lagi buat muka baru bangun tidoq, jawap soalan mak aku supaya mak tak risau dengan keadaan aku kat sini. 


Lepas tu, mak call lagi.. Tapi kali ni suara ayah pulak kedengaran. "Alamak! Ayah la pulak.." And ayah tanya pasal financial aku.. Aku ni pulak jenis tak pandai nak menipu.. Adehh... Ni yang den lomah ni.. Ayah tanya duit tinggal berapa, dah makan ke belum.. And dia mintak nombor akaun bank aku. Time tu, sumpah aku sebak tapi still pretend tak ada apa-apa yang berlaku..


"Esok ayah bank-in duit. Duit yang ada sekarang tu, akak pergi turun bawah, pegi beli makanan untuk makan malam ni.."


Akhirnya... Empangan yang aku pertahankan tertumpah juga di mata.. 


Kira, aku ni ikut perangai ayah aku jugak la.. Ayah aku sayangkan aku dan anak-anak dia yang lain, cuma dia ego tinggi, taknak bagitau.. Aku pun macam tu jugak.. Ego tinggi. Hahahahah~~


























P/S : Sayangilah ayah kita. Walaupun macam mana perit sekalipun dia pernah pukul kita, maki kita, maafkanlah.. Sebab tanpa dia, kita tak lahir didunia ni.. :")

Monday, October 31, 2011

Entry Untuk Kali Kedua Pada Hari Ini!

Salam..



Muka aku buruk.. Yea, aku sedar hakikat tu.. T__T







Ni la tandanya kalau aku dah betul-betul dah tak ada kerja nak buat.. Macam mana nak buat phone call nak follow up prospect kalau semua nombor and borang kaji selidik kat Kak Wan and Kak Wan cuti demam hari ni..? @_@


Jadi, aku hanya mampu mencari prospect kat Facebook dan kebanyakan prospect tidak menepati ciri-ciri yang aku cari. sedangkan segan nak tegur


Maka, terbantut la pencarian dalam Facebook. Facebook dah bosan la sekarang. =.=


Jadi, blog jugak yang menjadi mangsa aku untuk menghilangkan bosan dan menghabiskan waktu office untuk pulang ke rumah dan untuk impress bos aku supaya kelihatan aku busy mencari prospect dengan tangan yang sibuk menaip. =_="


Sekarang ni aku sedang berkira-kira untuk membuat satu perniagaan online. Yea.. Perniagaan online.... Nak tunggu dapat gaji (tu pun kalau dapat) and aku akan gunakan sebahagian sebagai modal. Perniagaan apa? Aaaaaaaaaaaa.... Nanti aku promote dalam facebook. ^_^


Alaa, kecik-kecik je. Sebagai pendapatan sampingan. Takut kalau terjadi apa-apa kat kerja aku sekarang or aku dibuang kerja or company bankrup (aku tak doakan, just bersedia), so aku ada sesuatu untuk menampung kehidupan aku di kemudian hari. Hope dapat sambutan. Lagipun aku jual benda yang ramai gadis-gadis suka termasuk diri aku sendiri.. Hehe..


Kejap lagi nak balik. Tapi kat luar hujan lebat.. Boleh nampak dari tingkap bilik bos aku dan boleh dengar bunyi guruh kat luar yang kemain kuat lagi kedengaran. Macam mana ni, dah berapa hari aku dok redah hujan je, sampai je kat rumah, basah kuyup. Kang demam kang.. T_T


Dah la.. Nak sambung buat pengiraan untuk modal business aku and kemas-kemas untuk balik rumah..












P/S : Sakit tengkuk tak elok-elok lagi.. Namun tekak semakin baik dari luka.





Halaaaaaaaaaaaaa.... @_@



Salam..










O
k, sempena Monday Blues ni, aku nak buat sesi melepaskan perasaan jap..




Sebenarnya aku kurang suka bekerja di bawah orang. Lebih-lebih lagi bila dah bekerja bidang marketing and sales ni. Mengharapkan commission sebagai gaji bulanan. Agak berat pada bulan pertama untuk mendapat closing walaupun sorang. Yes, aku lebih suka bekerja sendiri. 






Haihh.. Apalahh nasib.. T_T


Meminjam kata-kata Chicken Little dalam movie Chicken Little (macam pelik je ayat ni), Today Is A New Day. Tapi macam mana kalau hari-hari sama je? Hari-hari asyik muka yang sama je lalu lalang depan kaunter, dah tentu-tentu la taknak walaupun hanya nak buat kaji selidik.. T__T 


Ada tu pulak, nampak je aku berdiri depan kaunter, terus lari taknak lalu depan aku.. Takut kena sain and bayar macam-macam.. Hello, kalau aku ni kerja MLM boleh la kau lari, dah tentu-tentu la MLM tu haram.. =.=


Tapi aku kerja Takaful kot! Kalau dah ada takaful, xpe lagi.. Ni, kalau takaful pun korang tak tau ape kebenda lepas tu nampak agen takaful berdiri depan kaunter, terus korang tutup pemikiran korang pasal benda baik tu. 


Nanti, bila dah masuk hospital, jangan baru nak rasa menyesal tak ambil takaful masa korang masih sihat dulu.


Bila dah sakit tenat, jangan baru nak rasa menyesal tak ambil takaful masa masih sihat dulu.


Bila dah ada anak and anak perlukan kewangan untuk sambung belajar, jangan baru nak rasa menyesal masa anak korang masih kecil dulu.


Bila dah meninggal dunia, jangan sampai waris korang ditinggalkan tanpa ada apa-apa untuk menanggung kehidupan diorang.


Bila dah meninggal dunia, jangan sampai segala amal jariah korang tergantung sebab hutang-hutang yang korang buat masa hidup dulu.


Senang cerita, Jangan dah HUJAN baru nak MENYESAL TAK BAWAK PAYUNG!!  (mentang-mentang sekarang musim hujan.. =.=")




Ada faham???





















P/S: Actually just nak cakap, baik korang amek Takaful demi masa depan korang yang lebih terjamin. Anything, just contact me on Facebook : search = Zaty Arifin  atau Twitter : @zatyarifin

P/S: Ingat masa depan korang, mak ayah korang, dan orang-orang tersayang.. :3

Thursday, October 27, 2011

Relax, Zaty..

Adakah kemungkinan...?
























Don't Worry Zaty.. Selagi belum medical check up, selagi tu jangan risau apa-apa.. ^_^ 
Live my life to the max till the end!

Wednesday, October 26, 2011

M Y C O N V O C A T I O N D A Y

No words can describe my feelings.. :") 


Let the pictures tell more then thousand words.. 












Thanks Mak, Ayah, all my friends, my future-fiance InsyaAllah, and all of my reader.. And of course, my Arwah Atuk.. Al-Fatihah for him.

Tuesday, October 18, 2011

Emasss..!!! Emaaaaaaaaaasssssssss!!!!!!!!

Salam..

Pergh!!! Sangat-sangat lama aku x update blog aku ni kan? Sorry sangat-sangat bagi yang sudi baca blog yang tersangat-sangat picisan ni yang dok tunggu lama gila nak baca my new entry. ada ke yang nak baca.. T_T


Lately ni banyak sangat kejadian-kejadian yang berlaku sampai tak ada masa nak update blog sampai dah bersawang bagai dah ni.. =.="


Ok, nak cerita satu persatu memang payah, so aku cerita yang mana penting dulu k.. 


Sekarang ni aku bekerja di Raudhah Agency sebagai Islamic Financial Consultant. pergh nama positioan nak gempak je.. =.=" Start kerja 3 Oktober 2011 yang lalu. Kerja lebih kurang macam agen insuran jugak tapi I'm not Agen Insuran ok! 


Ok, lets straight forward. Aku nak mengajak pembaca2 belog aku ni untuk menyimpan demi masa depan anda dan insan2 tersayang! ^_^ 


Meh aku promote :


Etiqa Takaful

Dengan menyertai Etiqa Takaful, korang bukan je dapat menyimpan duit korang, malah, korang akan melabur sekali dalam pelaburan yang halal. So, duit simpanan korang tu akan bertambah dari semasa ke semasa. Contohnya, kalau korang simpan sendiri dalam bank sebanyak RM200 sebulan selama 30 tahun, jumlah yang korang berjaya kumpul at the end ialah sebanyak RM72,000.  TETAPI, kalau korang menyimpan dengan Etiqa Takaful, jumlah RM72,000 tu akan menjadi lebih dari RM500,000!!!!! Lagi sekali, Ringgit Malaysia LIMA RATUS RIBU!!!! 


Terkejut?


Masa mula-mula kerja dulu pun aku agak terkejut dengan all of the calculation and ntah macam mana boleh cecah setengah juta ni.. 


Nak tau kenapa boleh jadi banyak macam tu? Meh aku bagitau. 


Duit yang kita simpan tu akan dilaburkan dalam Pelaburan Emas.. Aaaaaaaaaaa.... Pernah dengar pelaburan emas?? Siapa yang tak pernah dengar, korang sangat-sangat la katak bawah tempurung. Kalau korang pegi tanya orang-orang lama tentang pelaburan emas, diorang pun tau. 


Pelaburan emas adalah sangat2 menguntungkan. Setiap hari ada je kual beli emas, Dan harga emas setiap hari akan meningkat naik. Sangat2 jarang kita dengar harga emas turun kan? 


So, kalau korang sertai Etiqa Takaful, anda untung. Tapi kalau taknak join pun takpe.. Korang la rugi sebab tak ada jaminan untuk masa depan korang. ^_^ Aku InsyaAllah akan buat simpanan dengan Etiqa Takaful sebab aku yakin dengan pulangan yang telah terjamin ni.


Kalau ada sesiapa antara korang yang berminat untuk menyimpan dengan kami, boleh la terus berhubung dengan aku melalui email - kanata_310@yahoo.com.my. sertakan dengan no fon korang so aku boleh call korang terus and terangkan sikit2 tentang product kami and kalau perlu, boleh set an appointment dengan aku.. Ingat, Appointment ek, BUKAN Date.. =.=" 


Terima kasih atas kerja sama anda.. ^_^






















p/s: sempat mempromote kerja..

Friday, September 23, 2011

comewhore first time di mamak...!!!!

Salam..

Actually ni first time kitorang camwhore macam ni sama-sama.. Huahahahahahahahaha..!!!!



Mempersembahkan!!!

'Muncung Itik' Pose!!!

'Show Your Teeth' Pose!!

'Calm Face' Pose!!!

'Laughing Like Crazy' Pose!!!

'Syamim cakap entah' Pose!!!!!!

'Makang Budok' Pose!!!!

'Kena Marah Dengan Doktor Gigi' Pose!!!!
















Terima kasih.. =.="

Saturday, September 10, 2011

Harga Hantaran Pun Dah Ada Harga Tetap Ke..?

Salam..








Zaman sekarang ni, macam-macam hal yang berlaku kan? Nak beli topup pun dah ada 6% tax starting 15 september ni. Ni yang terlatest, harga hantaran perkahwinan pun dah ada harga tetap. 






Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000







Hmm... Bagi aku la kan, kalau hantaran sampai RM20,000 - RM30,000 tapi kehidupan lepas kawin tu tak pernah fikir langsung pun tak boleh jugak. 


Contoh nya:



  • Lepas kawin, mesti la nak duduk rumah sendiri kan? Takkan nak duduk dengan mak ayah lagi ye tak? (tak tau la kalau korang still lagi nak berkepit dgn parents lepas kawin or macam mana) Untung la kalau bakal suami dah beli rumah awal-awal sebelum kawin. Tapi kalau rumah sewa? Kalau nak sewa rumah pun pakai banyak duit jugak. Sekarang ni dah jarang nak jumpa rumah yang harganya below RM1,000 sebulan. Kalau jumpa pun, mesti rumah tu not furnished. Lepas tu deposit pun nak kena bayar jugak. dah susah nak jumpa deposit rumah 1+1 skrg ni. Paling selalu jumpa pun 2+1+utility. 

  • Bila dah dapat rumah, rumah  pun mesti la ada perabot semua-semua tu. Bahagian-bahagian rumah yang wajib dipenuhi ialah seperti ruang tamu, dapur, bilik mandi dan bilik tidur. (Takkan nak tido atas tikar mengkuang je kot.) Kalau semua duit dah habis spend kat hantaran saja, macam mana nak beli keperluan-keperluan harian untuk rumah..?

  • Ni yang penting. Hantaran tinggi, dah macam Wedding Of The Year. Tapi lepas dua tiga tahun, goyang la pulak. Ada contoh ye disini, contohnya Erra Fazira dengan Yusry KRU. Wedding diorang best, kat Tasik Titiwangsa (kalau tak silap) Wedding Of The Year lagi.. Berapa tahun je diorang bersama, lepas tu cerai. Duit habis macam tu je. Tak pe la, diorang kan artis, kaya. Habis kita orang biasa ni? Yang bukan artis, bukan anak orang berada, bukan anak datuk, tan sri, macam mana? Kan rugi je.

  • Ingat, yang lepasan diploma, degree, master dan PhD. Kita dah buat pinjaman pelajaran semasa kita belajar. Lepas tu korang buat pinjaman lagi untuk beli kereta, rumah dan sebagainya. Korang nak tambah hutang lagi ke dengan buat pinjaman untuk perkahwinan..? Kesian kat suami korang yang korang harapkan untuk bayar pinjaman pelajaran yang korang guna masa belajar dulu. Mana pergi nya quote "Susah Senang Kita Bersama" yang korang selalu lafaz masa bercinta dulu..?

  • Ada sesetengah orang cakap, kalau harga hantaran tinggi sangat sampai RM20,000, nanti tak laku. Kalau tak laku, nanti jadi anak dara tua. Bila dah tua, harga hantaran pun telah dikurangkan menjadi RM10,000. Bila dah kurang, orang kampung duk mengata lagi "dah tak laku la tu anak si Limah tu, sebab tu harga hantaran dia kurangkan.." Errr... =_="


Sekian sudah aku membebel pasal hantaran. Apa yang aku cakap ni berdasarkan atas pemikiran sendiri ya, bukan tiru dari sesiapa dan mengutuk sesiapa. Lagipun, dalam Islam pun kita tidak digalakkan untuk membebankan pihak lelaki. Betul tak..??



















P/S: Untung laaaa bagi yang dapat  suami yang kaya, ada sebiji rumah banglo hasil pemberian bapa, ada sebiji kereta Mini Cooper hasil pemberian ibu, dan perbelanjaan bulanan segala  kasut-kasut baju-baju handbag-handbag LV, Guess, Coach, Chanel, Prada dan sebagainya hasil gaji suami.. XDD

Sunday, August 28, 2011

Minal Aidil Walfa'izin. ^_^

Salam..


Sekarang aku berada di kampung halaman aku di Rembau, Negeri Sembilan. Balik hari rabu hari tu, sama hari dengan Fazira. Syamim hantarkan. ^^ 


Nasib baik sampai pukul 6.30, sempat jugak pegi bazar beli makanan untuk berbuka. Aku ajak Syamim berbuka sekali dengan kitorang satu family. Best! 


Thanks Syamim coz sanggup hantar aku balik sini. ^^


Bila dah balik sini, aku jadi kuat makan.. Asal bosan je, pegi dapur.. Bosan, pegi dapur. Nampaknya aku akan jadi gemuk balik la ni =.= Mana tak nya, senarai waktu makan di bulan puasa masa kat rumah sewa :-



  •  Berbuka : makan roti
  •  Makan Malam : Maggi Kari
  •  Sahur : Air milo, biskut gula

(kalau lucky, berbuka dengan Syamim kat luar)




Bila balik rumah, menu bertukar!! :-



  •  Berbuka : 3 jenis air, murtabak ayam, tepung pelita, popiah basah, bubur lambuk, badak berendam
  •  Makan Malam : Nasi putih, Ayam masak lemak cili api, sayur, Ikan keli goreng bercili, Sambal tempoyak (menu wajib aku!!!!)
  •  Sahur : Nasi putih, sambal kentang and ikan bilis, telur mata, sambal tempoyak (menu wajib aku lagi!!!!!!!!!!!!!)



So, jangan terkejut if aku menjadi bulat hanya selepas seminggu kita beraya.. T_T Mencik..
Nangis sambil makan kuih raya.. Tsk tsk~


Hope tahun ni meriah walaupun aku dapat rasa tahun ni agak sedih buat kitorang satu family sebab tahun ni ialah tahun pertana kitorang beraya tanpa arwah atuk. Tsk tsk tsk lagik~ T_T


Disini aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan..




raya tahun lepas.. -.-"


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam sama ada yang mengenali diri ni atau tak.Salah silap samaada yang sengaja atau tak sengaja, harap maafkan.. :")




Ok la, sat lagi nak sahur.. Makan lg.. =.=" So, goodnite to all readers and selamat menjalani ibadah puasa di akhir2 Ramadan ni.. ^_^

Monday, August 15, 2011

Iftar With The Bandshop Family

Salam..



Siap ada flyer..! 


According to the flyer above, tarikh Iftarnya ialah pada 13 Ogos 2011.. Namun, Iftar dalam flyer di atas, aku tak pergi pun.. Haha! Iftar yang aku maksudkan ialah Iftar pada hari sebelumnya iaitu 12 Ogos 2001, hari Jumaat. Bukan sebab Iftar dalam flyers tu tak jadi, cuma mereka memang suka bukak puasa ramai-ramai berulang-ulang kali. Hahaha! *memandai je aku buat teori.

Ini pengalaman pertama aku berbuka dengan Bandshop family. Mulanya aku tak pergi pun sebab malas nak ganggu Syamim dengan kawan-kawan dia. But last minute Fatma Shada tweet Syamim suruh bawak aku skali. Apa lagi, kelam kabut cepat-cepat mandi siap semua dalam masa beberapa minit sebelum Syamim sampai. Haha!

Hari tak selalunya cerah. Petang tu hujan agak lebat masa on the way ke studio. Jalan pun slow-slow je. Akhirnya sampai juga ke Bandshop Studio. Tak ada siapa kat studio melainkan OneJet and Ax. Sementara nak tunggu masa nak gerak ke tempat berbuka, aku and Syamim main PS3 jap, game Naruto. *Syamim yang terer tu pun boleh kalah dengan aku hahaha!

Hampir waktu berbuka, kitorang pun gerak pergi ke kedai Char Kuey Tiow sedap gila ouh kat  Cheras. Haha! Gila sesak la jalan lebih-lebih lagi time-time hujan. Kitorang sampai kedai tu pun betul-betul dah berbuka. 

Ok, penuh gila kedai tu, meja dah habis panjang dah boleh buat persidangan politik dah cite dia.

Tok ketua di meja persidangan itu ialah Ayed. Ada yang aku kenal, and ada jugak tak kenal. Aku masih baru lagi dengan diorang ni semua Tapi diorang ni semua ok. Nampak je macam ganas tapi baik-baik semua. ^_^

Aku kat hujung tu bertudung hitam sedang berfacebook dan bertwitter.. Haha!





Memang panjang gak la meja.. =.="


Kedai ni nampak je macam warung tepi jalan, tapi I'm promise you, Char Kuey Tiow dia sedap! Nasi lemak ayam dia aku belum pernah try, maybe one day aku akan try jugak.

Lepas berbuka, aku dgn Syamim balik studio sebab BFL akan jamming pukul 10 pm. 

Pada keesokan harinya, baru la Iftar yang sebenar berlangsung seperti dalam flyers di atas entry ini. ^_^





P/s: Gambar-gambar ni semua Syamim yang bagi, dia cilok dari Facebook sape ntah.. Hehe..