ads

Thursday, December 23, 2010

takut.. T_T

Semalam, 22.12.2010, aku pergi Unisel kejap dengan Tasha sementara nak tunggu Pecai habis class sbb nak pergi melawat Jia kat hospital. Then pada hari itu ade kempen menderma darah. Aku bab2 derma darah ni memang suka. So, aku pun menuju ke dewan serbaguna Unisel itu dengan Tasha. After isi form semua, aku pun menuju ke Medical Officer (MO) yg kat kaunter berhampiran utk buat Blood Test la.. 

Lepas jari tengah tangah kiri aku dicucuk jarum, MO pun amek la sample darah aku mcm biasa.. Then after beberapa ketika, dia kata aku xley derma darah. Atas sebab kekurangan sel darah merah.. 

Macam agak pelik, sebab selama ni aku derma darah, xde plak dia kata aku kekurangan sel darah merah. So, utk find out ape berlaku, aku google la pasal kekurangan sel darah merah ni.. 

And, ini hasil yang aku dapat..


"KEKURANGAN sel darah merah atau anemia adalah keadaan darah merah mempunyai kiraan sel darah merah yang rendah.
Ia juga berlaku jika kandungan hemoglobin sel darah merah tidak mencukupi.
Hemoglobin ini adalah protin kaya zat besi yang memberikan wana merah kepada darah.
Ia juga membantu sel darah merah untuk membawa oksigen dari paru-paru ke keseluruhan tubuh.

 sel darah merah 
 (credit to google)

 Oleh itu, seseorang yang mengalami anemia selalunya menunjukkan beberapa simptom dan tanda seperti
kelesuan, pucat, sejuk tangan dan kaki dan sesak nafas.
Anemia yang teruk dan berpanjangan boleh merosakkan jantung, otak dan organ tubuh yang lain.
Secara umumnya, anemia boleh dikategorikan mengikut tiga mekanisme utama iaitu
kehilangan darah, penurunan penghasilan sel darah merah dan peningkatan kadar pemusnahan sel darah merah.
Antara puncanya adalah pendarahan akibat
kemalangan,kekurangan vitamin dan mineral, kanser, penyakit buah pingang, penyakit keturunan dan ubat-ubatan.


Matlamat anemia dirawat adalah untuk meningkatkan jumlah oksigen yang boleh dibawa oleh darah.
Caranya adalah dengan meningkatkan jumlah sel darah merah atau hemoglobin.
Selain itu, punca atau keadaan yang menyebabkan anemia tersebut perlu juga dirawat.
Tindakan ini dapat menghalang berlakunya anemia dari berulang.

Kebanyakan jenis anemia adalah ringan, pendek tempohnya dan mudah dirawati.
Beberapa jenis dalam kumpulan ini boleh dicegah dengan pemakanan yang sihat.
Paras vitamin atau zat besi di dalam tubuh yang rendah biasanya boleh menyebabkan beberapa jenis anemia.

Paras rendah ini selalunya berkaitan dengan amalan permakaan yang kurang elok atau keadaan penyerapan pada usus yang menurun.
Untuk meningkatkan paras vitamin atau zat besi ini
selalunya ahli farmasi atau pengamal perubatan akan menasihatkan anda untuk mengubah corak permakanan dan mengambil
suplemen zat besi dan vitamin seperti vitamin B12 dan asid folik.
Ada kalanya, vitamin C juga diberikan supaya penyerapan zat besi dapat dipertingkatkan.

Badan kita memerlukan zat besi ini untuk membina hemoglobin. Zat besi ini biasanya diberikan sebagai suplemen mineral.
Ia dicampurkan dengan multivitamin dan mineral lain untuk membantu tubuh menyerap zat besi tersebut.
Vitamin B12 dan asid folik pula membekalkan komponen utama dalam pembentukan sel darah merah dan menghalang permusnahan sel darah tersebut.

Terdapat juga jenis anemia yang teruk, panjang tempohnya dan boleh menjadi bahaya kepada nyawa jika tidak dikenal pasti dan dirawat.
Dalam keadaan ini, pemindahan darah mungkin diperlukan. Anemia yang melibatkan keturunan pula tidak boleh dicegah tetapi terdapat rawatan yang dapat membantu keadaan ini.

Contoh anemia jenis ini adalah anemia sel sabit. Jika punca anemia adalah disebabkan oleh ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat sesetengah penyakit,
ubat tersebut mingkin diberhentikan dan digantikan dengan yang lain.
Ubat-ubat ini mungkin terdiri daripada beberapa jenis antibiotik,
ubat kanser dan segolongan kecil ubat darah tinggi.

Sebagai kesimpulan, biasanya, anemia boleh dirawat dan dikawal.
Jika anda mempunyai simptom atau tandanya,
dapatkan nasihat, diagnosis dan dapatkan rawatan dengan segera.
Dengan rawatan yang betul, kebanyakan jenis anemia adalah ringan dan pendek tempohnya."
 




Err.. adakah aku mengalami anemia? Sebab aku ada simptom2 yang macam artikel ni tulis: lesu, pucat, sejuk kaki dan tangan, and aku kadang2 sakit dada time nak tasik nafas. Adakah aku perlu jumpa doktor? Agak2, kalau betul aku anemia, anemia jenis ape ek? yg ringan ke, atau yang teruk? hmm.....