Thursday, September 2, 2010

Kenangan lama bertandang kembali


31.8.2010


Hari ni sepatutnya aku dan Faisal (my bestfriend) teman Nurin pergi ke Taman Rama-rama kat KL sebab dia mintak tolong aku amek gambar rama-rama untuk assignment dia. Tapi tak jadi coz hujan la pulak. So, kitorang pun pergi la jenjalan kat Times Square. Sempat gak la aku beli kasut untuk raya ni.. Ngee..~



Then, Nurin, Naim, Hayat,and Pawi tengok Step Up pulak tapi aku taknak sebab aku taknak mungkir janji ngan Tasha.. haha..!! So, aku dengan Faisal pun gerak balik shah alam.


On the way ke Shah Alam, memang kita akan lalu kat Petaling Jaya kan? Tetiba, aku teringin pulak nak singgah ke tempat aku membesar sejak kecil. Anda tau Sungai Way? Ha..!! Kat situ la aku tinggal dulu sebelum aku dan family berpindah ke Negeri Sembilan. Banyak kenangan aku kat situ. Walaupun dah lama meninggalkan tempat tu, tapi Alhamdulillah aku masih ingat jalan dengan baik skali. Aku ajak Faisal pergi sana and dia kata ok.



Aku tunjukkan sekolah cina yang aku pernah study masa sekolah rendah dulu kat Faisal. Haha..!! Dah banyak perubahan yang berlaku. Sekarang, aku tengok kawasan tempat tu dah jadi macam penempatan Indonesia dah. Agak menyedihkan gak la.. T_T



 jalan yang aku pernah berlari2 masa kecik2 dulu.. T_T

nama jalan tu..

Faisal parking kereta jauh sikit dari tapak rumah aku sebab jalan nak masuk kena blok sebab ada cina mati. So, kena menapak sikit la. Dari jauh, aku nampak tapak rumah aku tu. Sikit-sikit, kenangan masa aku kecik2 dulu terimbas kembali. Rasa sebak pun ada. T_T




Then, aku nampak seseorang yang masih aku kenali walaupun wajah dah dimamah usia. Cik Cah. Then nampak pulak anak dia, Kak ngah. Bila Cik Cah nampak aku, aku terus memberanikan diri untuk dekat dan salam dengan dia. Muka dia masa tu memang muka pelik la sebab tiba2 je aku datang salam. Haha..! Then, aku perkenalkan diri aku.


“Cik Cah kan? Saya Zaty. Anak Arifin. Dulu masa kecik2 duduk sini. Ingat?”


Alhamdulillah, dia kenal aku. Kakngah pun sama jugak. Diorang terkejut tengok aku datang. Then Cik Cah panggil Cik Shaari and Nadia. Nadia dah besar dah. Dulu kecik je budak tu. Haha..!! Mula lah diorang tanya macam2 kat aku pasal family aku. Tanya pasal mak, ayah, adik2 aku, atuk aku. Cik Cah cakap dah lama sangat tak jumpa mak aku. Kakngah siap nak tengok gambar adik aku, Fazira. Haha..!
cik cah


dulu ada tembok kat bawah pokok tu, tempat aku selalu main time petang2 tapi sekarang dah runtuh



Macam2 kitorang borak. Serius aku rindu diorang. Diorang taknak tinggalkan rumah tu sebab kenangan, sayang nak tinggalkan tapak tu. Bukannya tak ada rumah yang diperuntukkan untuk diorang, cuma tempat tu agak sentimental untuk ditinggalkan. Kalau aku jadi diorang pun aku taknak tinggalkan tempat tu.


meow..


Tapak asal rumah aku dan penghuni2 lain termasuk Cik Cah


kat atas bahagian ni lah dulu rumah aku



Lebih kurang pukul 6 petang, aku mintak kebenaran untuk beransur dari situ. Cik Cah and Cik Shaari kirim salam kat family aku. Diorang ajak aku datang raya nanti. InsyaAllah aku akan datang.

Ok, Faisal.. Ko x payah la nak tunjukkan ko happy dengar cerita time aku kecik2 dulu.. huhu..

satu yang xpernah berubah, kawasan ni banyaj kucing.. (^_^)







P/s: Rumah yang aku maksudkan ni terbakar pada April 1999, setahun setengah lepas aku berpindah ke Negeri Sembilan. Tapi masa tu ayah aku masih tinggal kat rumah tu sebab bekerja. Punca kebakaran disebabkan kecuaian salah sorang penghuni kat rumah tu. Rumah2 yang diperuntukkan untuk mangsa2 kebakaran adalah di Subang. Ada yang dah berpindah ke sana, ada yang masih tinggal di kawasan sekitar. Yang tinggal hanyalah tapak rumah dan dan saki baki rumah yang terbakar tu Cik Cah and family bina balik untuk jadikan tempat diorang satu family tinggal.







2 comments:

  1. uit2 kmpung ak nih,sg way.ingat lg ptg2 kite penah main sama2 kat situ,mandi pon sama.sbb umah nenek aku dekat situ.kenangan lama mmg best!ahahha:)

    ReplyDelete
  2. yeke? haha! tak sangka.. tapi kau ni sape ek? aku tak tau la.. sory..~

    ReplyDelete