ads

Sunday, September 19, 2010

Harirayaaidilfitrimuliamuahahahaha...!


Assalamualaikum.. Selamat hari raya ye kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Aku nak share la sikit pengalaman raya tahun ni kat anda2 yang sudi baca blog aku yang x seberapa ni.

Hari khamis, sehari sebelum raya, aku balik Negeri Sembilan dengan Nurin. Bertolak pagi, lebih kurang pukul 9.30 dari Serdang. Sampai kat kampung aku pukul 10.30 pagi. First time Nurin datang rumah aku yang x seberapa ni. Hehe. Part yang best sekali time aku bawak Nurin jalan2 kat kampung aku tetibe topi dia terbang. Aku patah balik and nurin berlari2 seperti kanak2 riang ketika mendapatkan topinya kembali.. haha..!!! Yang lain2 part, tengah tengok skill ayah aku masak lemang, skill mak aku masak rendang, dan skill aku buat ketupat. Nurin akhirnya berjaya belajar membuat sebiji ketupat hasil tunjuk ajar sifu Zaty Arifin.. hahaha..!! ok, itu over.

 
Hari raya pertama: Tiada apa yang lebih indah daripada laungan takbir dari masjid dan kaca TV di pagi hari raya. Tapi sayang aku tak boleh pergi solat sunat raya..!! (T_T) Itu yang aku bengang sikit tu. huh..! Tapi xpe. Hehe. Lepas solat jumaat, aku, Zira, Haziq, Nazmi(cousin), cik Zai dan cik Nani gerak pergi ke Kundur untuk beraya. Kitorang pergi 5 buah rumah je tahun ni sebab tak larat nak raya banyak2 rumah. Lagipun mak cakap ramai yang datang rumah aku masa kitorang pergi beraya. Hari raya pertama tak ramai sangat yang datang. Still boleh layan lagi la..

 
Hari raya kedua: Pergh..!! Hari ni sumpah tak tipu ramai gilak yang datang aku penat nak layan..! Family wan chu, wan tam, wan chik, maklong fauziah, family2 belah ayah aku (x kenal). Hari raya kedua baru aku dapat camera daripada arip(classmate) sebab kampung dia dekat je ngan umah aku. Hari kedua ni baru la meriah. Then malam tu pulak aku pergi beraya ke rumah adik beradik ayah aku. Malam tu balik je rumah, terus main bunga api sebab baru beli kat Azim (cousin). Al maklum la, time dah bosa ni dah jarang main bunga api. Sekali dapat main, amek ko perangai budak2 kembali lagi..!

 
Hari raya ketiga: Aku pergi beraya ke Seremban. Mula2 rumah maklang. Ok, Ain dah kurus aku jeles.. (T_T) Dah lama aku tak datang rumah tu. Agak2 nye last skali aku datang time sekolah dulu kot..? hmm.. Lepas rumah Maklang, pergi pulak rumah Maklong Ana atau pun senang cite rumah abang aku ni lah, si Hilmy Aslam. Setelah sekian lama aku x menjejakkan kaki kat rumah Hilmy, akhirnya sampai gak. Seingat aku last skali aku datang masa aku darjah dua. Yang tak bestnye, Hilmy xde. Kojo kek spita Taiping. Yang ada maklong, paklong, Dalia and Faiz. Eleh Faiz malu2 plak. Hehe. Last2 aku pakse gak dia amek gmbar dengan Zira. Soo sweett..!! Lepas rumah Hilmy, rumah maklong Fauziah plak. Ala, rumah kak malziana yang wedding hari tu kalau anda2 ada baca entry aku yang lepas2. Lepas tu, baru la aku balik sebab Nurin datang beraya kat rumah. Nasib baik la ayah aku ni pandai melayan, tak la boring Nurin menunggu aku.. (sorry nurin, lame tunggu) petang tu, Hilmy call aku sebab aku x bagitau dia aku datang rumah dia. Haha..!!

 
Ok, tu je yang aku dapat cerita untuk korang2 semua. Panjang sangat lah pulak cerita aku ni. Siapa yang dapat baca sampai habis entry kali ni, tahniah la aku ucapkan..! 




Last word: Raya kali ni memang best..! selamat hari raya.. (^o^)/





No comments:

Post a Comment