ads

Wednesday, September 29, 2010

a night with Docs


28.9.2010

"Docs" yang aku maksudkan ialah Hilmy dan kawannye, Fad..  Thanks so much sebab singgah jenguk aku.. Mereka ondaway balik ke Taiping setelah cuti selama beberapa hari.


First skali, lepak Kamal's Corner sebab diorang nak bershisha dahulu. Tepat pukul 12, pergi karaoke kat Bintang Gemilang je. Malas nak pergi jauh2, lagi pun Fad masuk keje pukul 7 pagi tu. Karok selama 1 jam sahaja. Aku x puas nyanyi. (T_T)

Lepas karok, Hilmy ajak pergi jumpe ex-gf dia. haha..!! Date x hengat..!! Siap main kejar2.. Sampai aku dan Fad pun dilupakan.. Aku dok borak2 dengan Fad.. kira macam sesi suai kenal la ni.. Fad kata aku garang.. Apakah?? Bukan garang la, Fad.. kasar je.. tapi hati lembut maa.. ngee~ Nk dekat 1 jam gak la hilmy jumpa ex-gf dia. Agak2 dalam kul 2 mcm tu, baru la kitorg gerak balik.

Comel la ex-gf abg aku tu.. (^_^) 
Tapi sayangnya cinta tak kesampaian.. T_T 
Namun, dalam hati masing2, siapa yang tahu..
(tiba2 kedengaran lagu Masih Cinta dari kumpulan Kotak.. cewah2..!!)
Fad..! abg aku tu dah la hati lembut..
Kalau dia nangis, ko pandai2 la pujuk.. aku jauh nak pujuk dia.. haha..!!

Balik rumah, abg aku sanggup hantar sampai tinggat 7, depan pintu rumah aku. 
Nak jaga keselamatan adik la kononnye ni..
Aku nak panjat pagar belakang tu, tak bagi.. hehe..

Anyway, thanks you guys sebab sudi singgah shah alam walaupun fad keje beberapa jam kemudiannya.. 
Kerja elok2 ye..! Hospital Taiping meriah dengan kehadiran anda berdua.. 
Bertambah ramai aweks2 jatuh sakit hanya kerana mahu berjumpa anda..
hahaha..!! dah2, jangan nak perasan.. =_="

Fad sedang memilih lagu

Hilmy



ketinggiannya adalah tipu semata2 setelah pakai selipar aku.. huh..!

setelah dia berlalu, hilmy sempat lagi menoleh kebelakang sambil mengenang kenangan2 dahulu.. cewah..!!

ur so gay.. thanks a lot..!!

Sunday, September 19, 2010

wedding fatin & azrul..

gambar2 raya..

nazmi..!! hidung cover sikit....!!!!


makan nasi lemak di hari raya..

tersandar kekenyangan

maklong ana a.k.a mak hilmy

himly, aku tertarik sungguh dengan keindahan pokok kaktus ini.. nak boley..??

nurin farhana.. sampai jua akhirnya..

ewah2.. kenyit2 mata plak..

Harirayaaidilfitrimuliamuahahahaha...!


Assalamualaikum.. Selamat hari raya ye kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Aku nak share la sikit pengalaman raya tahun ni kat anda2 yang sudi baca blog aku yang x seberapa ni.

Hari khamis, sehari sebelum raya, aku balik Negeri Sembilan dengan Nurin. Bertolak pagi, lebih kurang pukul 9.30 dari Serdang. Sampai kat kampung aku pukul 10.30 pagi. First time Nurin datang rumah aku yang x seberapa ni. Hehe. Part yang best sekali time aku bawak Nurin jalan2 kat kampung aku tetibe topi dia terbang. Aku patah balik and nurin berlari2 seperti kanak2 riang ketika mendapatkan topinya kembali.. haha..!!! Yang lain2 part, tengah tengok skill ayah aku masak lemang, skill mak aku masak rendang, dan skill aku buat ketupat. Nurin akhirnya berjaya belajar membuat sebiji ketupat hasil tunjuk ajar sifu Zaty Arifin.. hahaha..!! ok, itu over.

 
Hari raya pertama: Tiada apa yang lebih indah daripada laungan takbir dari masjid dan kaca TV di pagi hari raya. Tapi sayang aku tak boleh pergi solat sunat raya..!! (T_T) Itu yang aku bengang sikit tu. huh..! Tapi xpe. Hehe. Lepas solat jumaat, aku, Zira, Haziq, Nazmi(cousin), cik Zai dan cik Nani gerak pergi ke Kundur untuk beraya. Kitorang pergi 5 buah rumah je tahun ni sebab tak larat nak raya banyak2 rumah. Lagipun mak cakap ramai yang datang rumah aku masa kitorang pergi beraya. Hari raya pertama tak ramai sangat yang datang. Still boleh layan lagi la..

 
Hari raya kedua: Pergh..!! Hari ni sumpah tak tipu ramai gilak yang datang aku penat nak layan..! Family wan chu, wan tam, wan chik, maklong fauziah, family2 belah ayah aku (x kenal). Hari raya kedua baru aku dapat camera daripada arip(classmate) sebab kampung dia dekat je ngan umah aku. Hari kedua ni baru la meriah. Then malam tu pulak aku pergi beraya ke rumah adik beradik ayah aku. Malam tu balik je rumah, terus main bunga api sebab baru beli kat Azim (cousin). Al maklum la, time dah bosa ni dah jarang main bunga api. Sekali dapat main, amek ko perangai budak2 kembali lagi..!

 
Hari raya ketiga: Aku pergi beraya ke Seremban. Mula2 rumah maklang. Ok, Ain dah kurus aku jeles.. (T_T) Dah lama aku tak datang rumah tu. Agak2 nye last skali aku datang time sekolah dulu kot..? hmm.. Lepas rumah Maklang, pergi pulak rumah Maklong Ana atau pun senang cite rumah abang aku ni lah, si Hilmy Aslam. Setelah sekian lama aku x menjejakkan kaki kat rumah Hilmy, akhirnya sampai gak. Seingat aku last skali aku datang masa aku darjah dua. Yang tak bestnye, Hilmy xde. Kojo kek spita Taiping. Yang ada maklong, paklong, Dalia and Faiz. Eleh Faiz malu2 plak. Hehe. Last2 aku pakse gak dia amek gmbar dengan Zira. Soo sweett..!! Lepas rumah Hilmy, rumah maklong Fauziah plak. Ala, rumah kak malziana yang wedding hari tu kalau anda2 ada baca entry aku yang lepas2. Lepas tu, baru la aku balik sebab Nurin datang beraya kat rumah. Nasib baik la ayah aku ni pandai melayan, tak la boring Nurin menunggu aku.. (sorry nurin, lame tunggu) petang tu, Hilmy call aku sebab aku x bagitau dia aku datang rumah dia. Haha..!!

 
Ok, tu je yang aku dapat cerita untuk korang2 semua. Panjang sangat lah pulak cerita aku ni. Siapa yang dapat baca sampai habis entry kali ni, tahniah la aku ucapkan..! 




Last word: Raya kali ni memang best..! selamat hari raya.. (^o^)/





Thursday, September 2, 2010

Kenangan lama bertandang kembali


31.8.2010


Hari ni sepatutnya aku dan Faisal (my bestfriend) teman Nurin pergi ke Taman Rama-rama kat KL sebab dia mintak tolong aku amek gambar rama-rama untuk assignment dia. Tapi tak jadi coz hujan la pulak. So, kitorang pun pergi la jenjalan kat Times Square. Sempat gak la aku beli kasut untuk raya ni.. Ngee..~



Then, Nurin, Naim, Hayat,and Pawi tengok Step Up pulak tapi aku taknak sebab aku taknak mungkir janji ngan Tasha.. haha..!! So, aku dengan Faisal pun gerak balik shah alam.


On the way ke Shah Alam, memang kita akan lalu kat Petaling Jaya kan? Tetiba, aku teringin pulak nak singgah ke tempat aku membesar sejak kecil. Anda tau Sungai Way? Ha..!! Kat situ la aku tinggal dulu sebelum aku dan family berpindah ke Negeri Sembilan. Banyak kenangan aku kat situ. Walaupun dah lama meninggalkan tempat tu, tapi Alhamdulillah aku masih ingat jalan dengan baik skali. Aku ajak Faisal pergi sana and dia kata ok.



Aku tunjukkan sekolah cina yang aku pernah study masa sekolah rendah dulu kat Faisal. Haha..!! Dah banyak perubahan yang berlaku. Sekarang, aku tengok kawasan tempat tu dah jadi macam penempatan Indonesia dah. Agak menyedihkan gak la.. T_T



 jalan yang aku pernah berlari2 masa kecik2 dulu.. T_T

nama jalan tu..

Faisal parking kereta jauh sikit dari tapak rumah aku sebab jalan nak masuk kena blok sebab ada cina mati. So, kena menapak sikit la. Dari jauh, aku nampak tapak rumah aku tu. Sikit-sikit, kenangan masa aku kecik2 dulu terimbas kembali. Rasa sebak pun ada. T_T




Then, aku nampak seseorang yang masih aku kenali walaupun wajah dah dimamah usia. Cik Cah. Then nampak pulak anak dia, Kak ngah. Bila Cik Cah nampak aku, aku terus memberanikan diri untuk dekat dan salam dengan dia. Muka dia masa tu memang muka pelik la sebab tiba2 je aku datang salam. Haha..! Then, aku perkenalkan diri aku.


“Cik Cah kan? Saya Zaty. Anak Arifin. Dulu masa kecik2 duduk sini. Ingat?”


Alhamdulillah, dia kenal aku. Kakngah pun sama jugak. Diorang terkejut tengok aku datang. Then Cik Cah panggil Cik Shaari and Nadia. Nadia dah besar dah. Dulu kecik je budak tu. Haha..!! Mula lah diorang tanya macam2 kat aku pasal family aku. Tanya pasal mak, ayah, adik2 aku, atuk aku. Cik Cah cakap dah lama sangat tak jumpa mak aku. Kakngah siap nak tengok gambar adik aku, Fazira. Haha..!
cik cah


dulu ada tembok kat bawah pokok tu, tempat aku selalu main time petang2 tapi sekarang dah runtuh



Macam2 kitorang borak. Serius aku rindu diorang. Diorang taknak tinggalkan rumah tu sebab kenangan, sayang nak tinggalkan tapak tu. Bukannya tak ada rumah yang diperuntukkan untuk diorang, cuma tempat tu agak sentimental untuk ditinggalkan. Kalau aku jadi diorang pun aku taknak tinggalkan tempat tu.


meow..


Tapak asal rumah aku dan penghuni2 lain termasuk Cik Cah


kat atas bahagian ni lah dulu rumah aku



Lebih kurang pukul 6 petang, aku mintak kebenaran untuk beransur dari situ. Cik Cah and Cik Shaari kirim salam kat family aku. Diorang ajak aku datang raya nanti. InsyaAllah aku akan datang.

Ok, Faisal.. Ko x payah la nak tunjukkan ko happy dengar cerita time aku kecik2 dulu.. huhu..

satu yang xpernah berubah, kawasan ni banyaj kucing.. (^_^)







P/s: Rumah yang aku maksudkan ni terbakar pada April 1999, setahun setengah lepas aku berpindah ke Negeri Sembilan. Tapi masa tu ayah aku masih tinggal kat rumah tu sebab bekerja. Punca kebakaran disebabkan kecuaian salah sorang penghuni kat rumah tu. Rumah2 yang diperuntukkan untuk mangsa2 kebakaran adalah di Subang. Ada yang dah berpindah ke sana, ada yang masih tinggal di kawasan sekitar. Yang tinggal hanyalah tapak rumah dan dan saki baki rumah yang terbakar tu Cik Cah and family bina balik untuk jadikan tempat diorang satu family tinggal.