Sunday, June 27, 2010

"thumbelina in red" theatre and out day

 poster

Semalam adalah hari yg aku tunggu2 setelah sekian lama menanti.. Aku, Tasha, Aunt Nora, Nurin, my cousin abg Hilmy and his fren, Ijam, Anis Khalilah and her bf, Fuad. Kitorg ramai2 pergi menyaksikan Thumbelina in Red theatre kat Lim Kok Wing, Cyberjaya. Teater akan berlangsung pada jam 3petang. Dari Shah Alam, aku naik ngan abg Hilmy, Tasha plak ngan mama dia. Abg Hilmy follow dari belakang. Sampai Cyber je, Nurin tunggu kat depan LKW. 

Sampai2 je kat LKW, Anis ngan Fuad da tunggu kat dalam. Then, kitorang ramai2 menuju ke Hall of Fame dimana tempat teater tu berlangsung. Pintu masih belum terbuka lagi, so kitorg pun tunggu je la depan hall tu. Ramai gak la yang datang termasuk la si Dafi AF tu.. Si Acha plak aku x nampak. Nasa pun cakap Acha x dtg. Kempunan si Ijam nak jumpa Acha Septriasa.. hehe..

 dalam LKW

Akhirnya, pintu Hall of Fame terbuka akhirnya. Suasana dalam Hall of Fame tu mmg best, ala2 Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Setelah dapat tempat duduk, kitorang pun borak2 la each other. Aunt Nora xnak kalah, suruh kitorang panggil dia 'kakak' kat situ. Kitorang dah gelak2 dah. haha!

Teater pun bermula. Ada part yang agak menarik, ada part yang aku macam blur2 ckit, ada part yg agak boring. Tapi part yg munculnya witch, witch tu sengaja membetul2kan dadanya, al-maklum la , Niger.. (ops, sory!) So, dia x paham ciri2 ketimuran budaya kita. hehe. Terbeliak mata abg Hilmy tengok. (aku bagi taw maklong, abg.. huhu..) Abg cakap, jangan sampai dia naik pentas tu je.. Aku ngan tasha da gelak kikik2 da. 

 ketika teater berlangsung


Teater tu berlangsung selama 1 jam lebih, x dapat kepastian plak habis pukul berapa. Lepas habis, kitorang lepak2 jap dalam LKW, decide nk pergi mana lepas ni. So, kitorg pun setuju nk lepak Alamanda. Yang join, aku, abg Hilmy, Ijam, Nurin, Tasha, Nasa & Aunt Nora. Sampai je, pergi makan kat A&W. Aunt Nora byk tanya abg Hilmy tentang latar belakang. Tapi aku nampak, abg Hilmy seronok keluar ngan kitorang. Asyik gelak memanjang je dia tu. Tasha pun abg hilmy buli sampai menangis la tasha sebab tak tahan. (aku da cakap Tasha, dia ni suka buli org.. T_T)

Nasa n Tasha 

si sengal, abg Hilmy

aku dan Nurin

Around 9.00 pm, kitorg g karok kat atas. kitorg amek 2 1/2 jam untuk karok. Mula lah pemilihan lagu2 untuk dinyanyikan. First sekali Tasha membuka tirai dgn menyanyikan lagu 'ku tak sanggup'. And, mcm biasa, part yg tinggi je, bagi aku.. haha! Tiba je time abg Hilmy nyanyi lagu 'terima kasih cinta', Tasha da jerit2 da. Aunt Nora apetah lagi.. Adoi, sakit perut aku tergelak! Memang best la karok ramai2 macam ni, nyanyi ramai2 da macam konsert plak. Tetiba, aku nampak something.. "Kelepap!" sekali Nasa jatuh kerusi daa.. Kitorang dok pakat gelak ramai2 la time tu.. hahaha!! Sory Nasa.. hehe..

 muke terkejut tasha lepas dengar suara pasha ungu hilmy

x sedar pun gmbr ni di ambil..

 dari kiri: Ijam, Abg Hilmy, Aunt Nora, Tasha

 tengah tunggu turn

Nurin kena balik awal dari kitorang sebab ayah dia dah panggil balik. So, yang tinggal ni meneruskan nyanyian masing2 sampai habis masa yang diberi. Hehe. Akhirnya, dalam pukul 11.30 malam, masa pun habis. Masing2 dah tak larat nak nyanyi da, hanya yang dapat bertahan ialah abg Hilmy je, nyanyi lagu "kenanganku" and "siti haida" sebagai penutup. Tergelak kitorang tengok abg dengan gaya tarian ala2 Jefrydin. Haha! Suara aku pun da koyak sikit, high note punya pasal. Then, kitorang pun decide nak balik. Thanks to Nasa sebab sudi meluangkan masa ngan kitorang walaupun ko penat menguruskan teater. hehe. 
Abg Hilmy pun drive la menuju ke Shah Alam dengan tujuan nak hantar aku balik. Tapi boleh sangkut plak kat Sidewalk kat bintang. Masa tu, baru pukul 12.30 mlm. Ok, lepak la kejap. Time ni aku pun dok borak la dengan kawan dia, Ijam sebab masa kat putrajaya tadi, dia ni pemalu la sgt..! Ok la, dia ni just amek masa sikit nak get along, tapi masuk air gak dia ni. Tak sangka minat Korea plak tu. Terkejut aku. Ingat kan mamat rock la sangat.. Ye la, mane x nye, dia selalu jamming ngan abg Hilmy lagu2 hardcore, sekali dapat taw nangis2 tengok cite Boys Over Flower! Hah, cengeng.. haha! 

Abg hilmy menceritakan pasal kerjaya dia sedikit sebanyak kat aku. Aku still ingat lagi la subject Bio kat sekolah dulu. Habis sume cite pasal trachea, paru2, macam mana dia sambut baby lahir, semua keluar. Then aku cerita la sikit yang aku selalu pitam sampai x sedar yg aku jatuh, kepala terhentak kat bucu kerusi. Sedar2 je, aku dah terbaring, mak ngan adik2 aku dah keliling aku dah. Then abg hilmy ckp, maybe tekanan darah aku rendah, kurang hemoglobin, atau anemia. Memang tekanan darah aku rendah. So, dia nasihat kan aku cara2 mengatasi pitam ni. Pemakanan pun kena jaga. (alamak, sekali doktor dah bersuara daa..) Baik bos! Tetiba masuk plak bab awek2 ni. Dia cerita la pasal awek2 dia dulu. Al-maklum la, sebelum ni aku mane nak amek taw pasal tu semua. Haha! Aku pun dengar je la. Tapi dia ni bagus taw. Dia sayang awek dia betul2 tu and jenis yg setia. Bodoh la awek2 yg tinggalkan dia. Rugi sungguh! Maybe just bcoz of busy, awek2 dia semua lari. Mybe coz diorg x paham kot ngan kerja abg mcm mne.. Huhu.. Sedih aku dengar.. T_T 

Sedar2 je, dah pukul 5.30 pagi! Punya la lama panjang gila borak. Then, kitorang pun decide la nak balik. Lagipun abg Hilmy ngan kawan dia nak drive ke Seremban. Penat kot. Apepun, thanks abg Hilmy coz hantar aku balik. Ade ke nak hantar aku sampai depan pintu rumah. Aku cakap x pyh la susah2.. Kat depan lift cukup la.. haha! Risau bebeno.. Apepun, aku memang enjoy semalam. Lama gila x rasa free macam ni. Thanks guys! Luv u all so damn much!!!!!!




gambar curi dari :
facebook nurin.. (hehe)

No comments:

Post a Comment