ads

Thursday, June 24, 2010

one day with cousin

Semalam, aku ke Seremban dengan sepupu aku, Abg Hilmy. Dia jemput aku kat depan Seremban Parade then decide nak pergi mana coz aku lantik dia jadi tourise guide aku. hehe. So, dia ajak pergi Seremban Parade dulu. First, aku teman dia cari baju kerja dia memandangkan dia tengah tunggu jawapan dari tempat dia mintak kerja. Puas cari dalam Parkson tapi tak jumpa plak. Specification baju tu plak mesti wajib kemeja putih lengan pendek dan bertulang kat bahu. (Payah la nk cari baju lu ni der..) Then, minum jap kat food court sambil borak-borak. Al-maklum la, hari tu jumpa tapi tak lama coz dia nak tengok muvie. Boley plak dia pergi tunjukkan kerja2 & “artwork” dia kat aku time aku tengah makan, kan.. Memang aku nak muntah la bile terbayang benda2 tu. Sampai laa ni aku dok terbayang gambar2 dalam bilik bedah tu. Adoi..
After that, kitorang pergi karaoke kat KTV. Just 1 jam je coz tak larat nak nyanyi banyak2. Tapi memang la, pergh..! Suara sejibik kot dengan Pasha Ungu! Dasat tul la mamat sorang ni, tak padan dengan kerjaya langsung! Huhu. Da habis karok, aku ajak dia usha baju kerja dia kat Jusco Seremban 2 plak. Masuk kat Jusco, cari punya cari, keluar masuk kedai, hah! Jumpa pun. Tapi mahal la plak. Xpe, abg my, just nak usha je kan. Hehe.
Tetiba, aku plak yang shopping, bukan dia. Tapi aku just beli belt je la. Hehe. Then, tunggu kawan dia kejap sebab kawan dia pun nak join lepak. Wah, lagi meriah la jawapnye. Da la aku kena buli je ngan abg hilmy. Ish! Datang kawan dia, lagi teruk aku kena buli. Huhu  T_T. Then, kitorang merayau jap teman kan kawan dia, Ijam dan aweknya, Eifa. Then, diorang ajak aku main bowling plak. And again, kitorang pergi Seremban Parade lagi. Haha! Gile xde keje. Tapi memang best la coz diorg friendly. Time main bowling, abg hilmy mendahului mata diikuti kawan dia, ketiga Eifa, then last aku. Aduh, kalah teruk kot. And lagi sekali kena buli.
Habis game je, jam menunjukkan hampir pukul 8 malam. Cepat2 pergi solat maghrib. Then, kitorang pergi lepak mamak jap, makan. Sambil2 tu, layan la bola jap. Al-maklum la, dia punya gila bola sampai aku pun terikut2. Adeh! Dah kul 8.30 mlm, kitorg pun decide nak balik. Thanks so much to abg hilmy coz sanggup hantar adiknya ni dari seremban sampai shah alam. Hah! Hamek ko. Hope abg dapat kerja cepat la ek.. Banyak pesakit2 di malaysia ni memerlukan orang seperti anda. Majulah Sukan Untuk Negara!

 abg Hilmy (kanan, berbaju hitam) bersama kawannya(kiri, bermask)



 sedang bersedia nk g potong kepala org.. hahaha!!






p/s: sory bang, terpaksa curik pict anda di facebook..
hehe.. jgn marah ek.. 

No comments:

Post a Comment