Monday, February 22, 2010

15 February, 2010

Zira, Haziq, Nazmi, Achik Zai dan Cik Nani datang jemput aku kat stesen bas Rembau. Pastu kitorg terus bawak aku g Hutan Lipur Gunung Datok sbb nk survey tempat utk picnic esok. Hmm.. Not bad, tp x best sgt la coz air terjunnye xberapa menraik perhatian aku. Tp klo utk aktiviti mendaki gunung tu, maybe ok. Lepas survey tempat utk picnik esok, kitorg decide just pegi kat tempat yg biase kitorg pergi tu je la, jeram di Kuala Pilah.

Kitorg singgah kat istana Raja Melewar kat Astana Raja. Time ni, aku belajar balik adat resam org Minangkabau. Rupanya ada 12 suku dalam adat perpatih. Hanya tiga dari 12 suku ni yg original dari tanah melayu. Yang lain adalah dari seberang. Aku pulak dari suku Tanah Datar dan Tiga Nenek, kedua2nya dari seberang. Aku dapat tahu yg perkahwinan sesama suku tidak dibenarkan dalam adat perpatih. Ada juga yang melanggar adat ini dan dikenakan hukuman, contohnya dibuang daerah sementara. Adat ini sebahagiannya masih kuat diamalkan sehingga ke hari ini seperti pembahagian harta, pemilihan ketua suku yg dipanggil “buapak” dan adat2 dalam perkahwinan.

Kebanyakan pangkat2 yang tinggi dalam adat perpatih ini diturunkan kepada suku Biduanda. Aku difahamkan suku Biduanda adalah suku tertinggi dalam adat perpatih ini dan Biduanda adalah berasal dari Tanah Melayu. Sebab itulah Suku Biduanda diberi keutamaan untuk untuk memegang jawatan2 tinggi dalam Negeri Sembilan.
Raja Melewar dipilih menjadi raja di negeri sembilan setelah baginda berjaya melepasi ujian2 pemilihan. Ujian itu diadakan di seberang, iaitu di tempat asal minangkabau, Pagar Ruyung, Sumatera Indonesia.

Rasa seronok bila aku belajar balik adat2 kat istana hari tu. Banyak benda yang aku tak tahu. Dan baru la aku tau yg aku bukan orang Tanah Melayu. Aku gak dapat baca perundangan perpatih walaupun x faham sbb perundangan tu dalam bahasa minang. Yang aku faham hanyalah ayat ini, tu pun sbb fully bahasa melayu.. “biar mati anak, jangan mati adat”.. hehe.. Tapi, masihkah kita mengamalkan adat2 kesopanan kita walaupun dari segi cara kita berkomunikasi? huhu.. mcm da nk pupus je..

No comments:

Post a Comment