Tuesday, January 12, 2010

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, Tuhan memang telah menggantikan kesedihan lalu dengan sesuatu yang teramat menggembirakan aku. Tawaran-tawaran yang diberikan kepada aku sungguh aku tak mampu menolaknya. Pertama, tawaran untuk membina sebuah masa depan sempurna. Tawaran yang menjadi idaman setiap insan termasuk aku sendiri.

Kedua, tawaran kerjaya yang aku dapat yang sekadar suka-suka untuk mencuba. Tawaran yang diberikan kepada aku dan dia. Dengan tawaran kedua ini, boleh lah kitorang sama-sama buat collection untuk menjamin masa depan tawaran pertama. Hehe..

Agak sukar untuk aku percaya, tapi inilah yang terjadi kepada aku. Kedua-dua tawaran ini membuatkan aku selalu tersenyum seorang diri. Ya Allah.. Kau sajalah yang tahu perasaan aku sekarang ni.

Aku bersyukur sangat-sangat dengan anugerah yang diberikan kepada aku. Anugerah yang sangat bermakna dan takkan ada yang sama dengannya. Kehilangan dulu digantikan dengan anugerah yang jauh berbeza.

3 comments:

  1. alhamdulillah...

    meh nak teka...tawarn pertama..tawaran kawen kot? hehehhe..

    tawaran kedua..job ler ape lg..job yg dpt untung..so that dpt tunaikan tawaran ke-2..hehhe

    ReplyDelete
  2. komen yg boleh dibuat disini adalah..:

    dpt job.. x sangke plak dpt.. kontrak bebas selama 1 tahun dgn sebuah company.. da sain kontrak da.. hehe..

    ReplyDelete