ads

Tuesday, January 12, 2010

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, Tuhan memang telah menggantikan kesedihan lalu dengan sesuatu yang teramat menggembirakan aku. Tawaran-tawaran yang diberikan kepada aku sungguh aku tak mampu menolaknya. Pertama, tawaran untuk membina sebuah masa depan sempurna. Tawaran yang menjadi idaman setiap insan termasuk aku sendiri.

Kedua, tawaran kerjaya yang aku dapat yang sekadar suka-suka untuk mencuba. Tawaran yang diberikan kepada aku dan dia. Dengan tawaran kedua ini, boleh lah kitorang sama-sama buat collection untuk menjamin masa depan tawaran pertama. Hehe..

Agak sukar untuk aku percaya, tapi inilah yang terjadi kepada aku. Kedua-dua tawaran ini membuatkan aku selalu tersenyum seorang diri. Ya Allah.. Kau sajalah yang tahu perasaan aku sekarang ni.

Aku bersyukur sangat-sangat dengan anugerah yang diberikan kepada aku. Anugerah yang sangat bermakna dan takkan ada yang sama dengannya. Kehilangan dulu digantikan dengan anugerah yang jauh berbeza.

Monday, January 4, 2010

Ibu..

Ibu..

Bila aku diduga dengan cabaran, ia sangat menyakitkan.. Bagai tiada ubat yang bisa merawat luka yg parah dalam hati ni.. Kerap sangat air mata ni keluar, mengalir secara tiba2, walaupun masa tu aku x mahu menangis.. aku x pernah menangis sebegini teruk..

Ibu..

Saat itu adalah saat yg sangat teruk aku rasakan.. Lagi teruk daripada kes yg berlaku pd pertghn 2007.. Aku sangat down, ibu.. Sangat.. Aku x pernah seteruk ini..

Ibu..

Aku percaya bahawa segala kejadian ada hikmahnya. Aku tahu, Tuhan hanya menarik sedikit kebahagiaan daria ku untuk digantikan dgn sesuatu yg lebih berharga. Tapi apakah yg akan Dia gntikan? Aku masih dalam kekecewaan yang telah lama berlalu..

skrg, Ibu..

Aku seperti bersemangat semula untuk meneruskan kehidupan bila ada sesuatu yg datang. Ia bagaikan anugerah yg tidak aku jangkakan akan datang kepadaku. Mungkin Tuhan telah menggantikannya dengan sesuatu yg lebih bermakna. Jika benar Tuhan telah menunaikan janjinya, aku bersyukur padaMu, Ya Allah.. Dia akan aku hargai, kerana dia menghargai aku. Dia banyak mengajar aku tentang kehidupan.. Tentang berterus terang.. Tentang erti air mata.. Tentang penantian..

Ibu..

Lama aku biarkan dia menunggu di luar pintu.. Benarkan aku membuka pintu itu.. Dia kesejukan di luar.. walaupun pondok yang aku sediakan itu indah, tapi aku mahu dia memasuki halaman ini, ibu.. Sudah lama dia menjadi katak kerana sumpahan itu..

"sabar lah sayang.. tunggu sedikit masa lagi.. kau perlu bersedia."

Baiklah, ibu.. akan aku dengar kata2 mu.. Tapi, izinkan aku memberi ucapan terakhir untuk kenangan lalu..

"apa dia, sayang..?"

Good bye.. Aku x rugi hilang ko..
And ko dah bg 1 jwpn yg sangat2 pasti..
Thank you Very Much..