Thursday, December 23, 2010

takut.. T_T

Semalam, 22.12.2010, aku pergi Unisel kejap dengan Tasha sementara nak tunggu Pecai habis class sbb nak pergi melawat Jia kat hospital. Then pada hari itu ade kempen menderma darah. Aku bab2 derma darah ni memang suka. So, aku pun menuju ke dewan serbaguna Unisel itu dengan Tasha. After isi form semua, aku pun menuju ke Medical Officer (MO) yg kat kaunter berhampiran utk buat Blood Test la.. 

Lepas jari tengah tangah kiri aku dicucuk jarum, MO pun amek la sample darah aku mcm biasa.. Then after beberapa ketika, dia kata aku xley derma darah. Atas sebab kekurangan sel darah merah.. 

Macam agak pelik, sebab selama ni aku derma darah, xde plak dia kata aku kekurangan sel darah merah. So, utk find out ape berlaku, aku google la pasal kekurangan sel darah merah ni.. 

And, ini hasil yang aku dapat..


"KEKURANGAN sel darah merah atau anemia adalah keadaan darah merah mempunyai kiraan sel darah merah yang rendah.
Ia juga berlaku jika kandungan hemoglobin sel darah merah tidak mencukupi.
Hemoglobin ini adalah protin kaya zat besi yang memberikan wana merah kepada darah.
Ia juga membantu sel darah merah untuk membawa oksigen dari paru-paru ke keseluruhan tubuh.

 sel darah merah 
 (credit to google)

 Oleh itu, seseorang yang mengalami anemia selalunya menunjukkan beberapa simptom dan tanda seperti
kelesuan, pucat, sejuk tangan dan kaki dan sesak nafas.
Anemia yang teruk dan berpanjangan boleh merosakkan jantung, otak dan organ tubuh yang lain.
Secara umumnya, anemia boleh dikategorikan mengikut tiga mekanisme utama iaitu
kehilangan darah, penurunan penghasilan sel darah merah dan peningkatan kadar pemusnahan sel darah merah.
Antara puncanya adalah pendarahan akibat
kemalangan,kekurangan vitamin dan mineral, kanser, penyakit buah pingang, penyakit keturunan dan ubat-ubatan.


Matlamat anemia dirawat adalah untuk meningkatkan jumlah oksigen yang boleh dibawa oleh darah.
Caranya adalah dengan meningkatkan jumlah sel darah merah atau hemoglobin.
Selain itu, punca atau keadaan yang menyebabkan anemia tersebut perlu juga dirawat.
Tindakan ini dapat menghalang berlakunya anemia dari berulang.

Kebanyakan jenis anemia adalah ringan, pendek tempohnya dan mudah dirawati.
Beberapa jenis dalam kumpulan ini boleh dicegah dengan pemakanan yang sihat.
Paras vitamin atau zat besi di dalam tubuh yang rendah biasanya boleh menyebabkan beberapa jenis anemia.

Paras rendah ini selalunya berkaitan dengan amalan permakaan yang kurang elok atau keadaan penyerapan pada usus yang menurun.
Untuk meningkatkan paras vitamin atau zat besi ini
selalunya ahli farmasi atau pengamal perubatan akan menasihatkan anda untuk mengubah corak permakanan dan mengambil
suplemen zat besi dan vitamin seperti vitamin B12 dan asid folik.
Ada kalanya, vitamin C juga diberikan supaya penyerapan zat besi dapat dipertingkatkan.

Badan kita memerlukan zat besi ini untuk membina hemoglobin. Zat besi ini biasanya diberikan sebagai suplemen mineral.
Ia dicampurkan dengan multivitamin dan mineral lain untuk membantu tubuh menyerap zat besi tersebut.
Vitamin B12 dan asid folik pula membekalkan komponen utama dalam pembentukan sel darah merah dan menghalang permusnahan sel darah tersebut.

Terdapat juga jenis anemia yang teruk, panjang tempohnya dan boleh menjadi bahaya kepada nyawa jika tidak dikenal pasti dan dirawat.
Dalam keadaan ini, pemindahan darah mungkin diperlukan. Anemia yang melibatkan keturunan pula tidak boleh dicegah tetapi terdapat rawatan yang dapat membantu keadaan ini.

Contoh anemia jenis ini adalah anemia sel sabit. Jika punca anemia adalah disebabkan oleh ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat sesetengah penyakit,
ubat tersebut mingkin diberhentikan dan digantikan dengan yang lain.
Ubat-ubat ini mungkin terdiri daripada beberapa jenis antibiotik,
ubat kanser dan segolongan kecil ubat darah tinggi.

Sebagai kesimpulan, biasanya, anemia boleh dirawat dan dikawal.
Jika anda mempunyai simptom atau tandanya,
dapatkan nasihat, diagnosis dan dapatkan rawatan dengan segera.
Dengan rawatan yang betul, kebanyakan jenis anemia adalah ringan dan pendek tempohnya."
 




Err.. adakah aku mengalami anemia? Sebab aku ada simptom2 yang macam artikel ni tulis: lesu, pucat, sejuk kaki dan tangan, and aku kadang2 sakit dada time nak tasik nafas. Adakah aku perlu jumpa doktor? Agak2, kalau betul aku anemia, anemia jenis ape ek? yg ringan ke, atau yang teruk? hmm.....

Tuesday, November 30, 2010

Kojang..


Aku ada kucing, nama dia Kojang. Hampir dua tahun aku and family bela dia. Kojang special. Apa yg mmbuatkan aku kata dia special ialah:- 
  • dia ada time aku sedih
  • aku slalu main kejar2 ngan dia
  • pandai pose kalau aku amek gmbar dia
  • independent cat 
  • nakal
  • bila dia mengiaw seolah2 dia macam bercakap ngan aku
  • Selalu tido atas katil aku
  • pandai kejutkan aku tido
  • selalu mintak aku tangkapkan cicak untuk dia
  • seekor kucing yang aktif
  • Bila main kejar2 tu, slalunye Kojang la yang kejar aku. Ngee..!  
  • Favourite food dia ikan bilis. Setiap kali aku bukak peti ais, mesti dia berlari datang kat aku sebab nak ikan bilis. Comel..!


kojang ketika baru berusia beberapa bulan


Sampai la pada suatu hari, dia tak balik2 rumah. Puas aku jerit2 nama dia sebab nak bagi makan, tapi tak muncul2. Aku dah risau, sebab kelakuan dia tak balik rumah ni sama macam kelakuan kucing2 aku yang dulu iaitu meninggalkan rumah pada saat2 nak mati. 


 didukung Fazira

Kojang tak kelihatan pada hari2 seterusnya. Adeh, mane la si kojang ni?? Aku and Fazira agak sedih sebab rindu gile kat Kojang. Whiskas dia yang kat dapur tu, kitorang bagi kucing kitorang yang lagi sekor, namanya Blackey. 


Mak aku cakap, dia rasa Kojang dah mati. Aku pun rasa macam tu gak. T_T ini adalah perkara yang menyedihkan bagi aku.


Malam sebelum Kojang hilang, aku gurau2 dengan dia. Selalu nye dia akn gigit tangan aku. Ala, gigitan manja, tak sakit pun. Tapi malam tu, dia tak gigit. Kojang terkam tangan aku sambil aku bersedia untuk digigit tapi sebaliknya, dia jilat2 tangan aku. Sungguh2 dia jilat. Tetibe terasa syahdu plak. Boleh rasa kasih sayang tu beb..! (T_T) Dia mcm bagi petanda yang dia akan pergi. (T_T)


Kojang, i love you. Rest in peace..




 love you so much, Kojang.. T_T




Friday, November 12, 2010

Paramore Live in KL (fan takes the mic)


F**king H**l la jelez dengan mamat ni..!!!!!!!!!! dpt nyanyi lagu fav aku ngan band fav aku.. PARAMORE..!! siot..!!!! mamat tu x ley bla x hafal lirik! Tang chorus plak tu..!!!! Serius aku nak nyanyi part chorus tu dgn Hayley..!!!




Tuesday, November 2, 2010

kelantan vs negeri sembilan

Tahniah diucapkan kepada Kelantan yang memenangi Piala Malaysia tahun ni.. Walaupun Negeri Sembilan kalah tahun ni, tahun depan boleh cuba lagi.. ^_^

Aku pergi ke Stadium Bukit Jalil dengan Hilmy, Ijam and Ayn.. Best..!! Diorg ni jaga aku bagai binatang minyak yang penuh.. eh2, menatang.. haha..!! Sayangnye Tasha terpaksa cancel plan dgn kitorang atas hal2 tertentu.. T_T

First time aku tengok bola kat Bukit Jalil, final plak tu.. Memang pengalaman baru untuk aku.. Slalu tengok bola kat tv je.. Kira ok la tu.. ^_^

Thanks to my bro, Hilmy yang blanje aku tiket, jersy and .... err.... ape ntah.. haha..!!

 semangat!!



luak rembau pun datang tau..!

 ijam dah jadi Perak murtad.. haha!

 penuh dengan red warrior

 pose candid masing2..

 jumlah penyokong n9 kalau nak dibandingkan dengan..........

 ...penyokong kelantan..!! mak aih, x macam lebih dari separuh plak kan.. huhu..

 merah..

 muka bosan sementara nak tunggu game start

 i love n9.. aku pun memakai sticker yg sama

pengadil bersalam dengan kapten..

sempat amek yang 1-0 je.. time 2-1, dah x sanggup nak amek dah.. hahaha..!!








p/s: hope tahun depan dapat tengok bola lagi.. ^_^

Wednesday, October 13, 2010

keinginan melonjak-lonjak..!!


Eh, nanti dulu!! Jangan salah paham.. Ni bukan keinginan yang bukan2, ok.. Hehe.. Ni tentang keinginan aku yang dari dulu aku simpan tapi sampai sekarang tak dapat2 aku tunai kan disebabkan kurangnya kepercayaan parents and masalah kewangan.. And sekarang, aku harap, habis je aku study ni, aku akan dapat tunaikan impian aku ni walaupun x seberapa.

Keinginan yang aku maksudkan ni adalah impian aku untuk travel sorang2 ke satu tempat yang mendamaikan and relaxing. Aku dah jumpa satu tempat ni. Tempat ni pun aku x pernah terpikir pun sebelum ni. Tempat ni pun kebetulan ada family aku yang baru bekerja kat sana. So, alang2 nak melawat dia, aku tunaikan impian aku sekali.

Setelah meng"google", aku tertarik dengan panorama yang cantik lagi indah. Memang sesuai la kalau aku tajamkan skill photography aku kat sana. ni lah hasil "google" yang aku dapat. hope akan dapat amek gambar sendiri.. ^_^






















all pictures credited by google



Nama tempat ni? x perlulah aku bagitau.. x surprise la.. tapi kalau korang dapat agak tempat ni kat mana, kira ok la tu.. senyap2 je taw..!

Wednesday, September 29, 2010

a night with Docs


28.9.2010

"Docs" yang aku maksudkan ialah Hilmy dan kawannye, Fad..  Thanks so much sebab singgah jenguk aku.. Mereka ondaway balik ke Taiping setelah cuti selama beberapa hari.


First skali, lepak Kamal's Corner sebab diorang nak bershisha dahulu. Tepat pukul 12, pergi karaoke kat Bintang Gemilang je. Malas nak pergi jauh2, lagi pun Fad masuk keje pukul 7 pagi tu. Karok selama 1 jam sahaja. Aku x puas nyanyi. (T_T)

Lepas karok, Hilmy ajak pergi jumpe ex-gf dia. haha..!! Date x hengat..!! Siap main kejar2.. Sampai aku dan Fad pun dilupakan.. Aku dok borak2 dengan Fad.. kira macam sesi suai kenal la ni.. Fad kata aku garang.. Apakah?? Bukan garang la, Fad.. kasar je.. tapi hati lembut maa.. ngee~ Nk dekat 1 jam gak la hilmy jumpa ex-gf dia. Agak2 dalam kul 2 mcm tu, baru la kitorg gerak balik.

Comel la ex-gf abg aku tu.. (^_^) 
Tapi sayangnya cinta tak kesampaian.. T_T 
Namun, dalam hati masing2, siapa yang tahu..
(tiba2 kedengaran lagu Masih Cinta dari kumpulan Kotak.. cewah2..!!)
Fad..! abg aku tu dah la hati lembut..
Kalau dia nangis, ko pandai2 la pujuk.. aku jauh nak pujuk dia.. haha..!!

Balik rumah, abg aku sanggup hantar sampai tinggat 7, depan pintu rumah aku. 
Nak jaga keselamatan adik la kononnye ni..
Aku nak panjat pagar belakang tu, tak bagi.. hehe..

Anyway, thanks you guys sebab sudi singgah shah alam walaupun fad keje beberapa jam kemudiannya.. 
Kerja elok2 ye..! Hospital Taiping meriah dengan kehadiran anda berdua.. 
Bertambah ramai aweks2 jatuh sakit hanya kerana mahu berjumpa anda..
hahaha..!! dah2, jangan nak perasan.. =_="

Fad sedang memilih lagu

Hilmy



ketinggiannya adalah tipu semata2 setelah pakai selipar aku.. huh..!

setelah dia berlalu, hilmy sempat lagi menoleh kebelakang sambil mengenang kenangan2 dahulu.. cewah..!!

ur so gay.. thanks a lot..!!

Sunday, September 19, 2010

wedding fatin & azrul..

gambar2 raya..

nazmi..!! hidung cover sikit....!!!!


makan nasi lemak di hari raya..

tersandar kekenyangan

maklong ana a.k.a mak hilmy

himly, aku tertarik sungguh dengan keindahan pokok kaktus ini.. nak boley..??

nurin farhana.. sampai jua akhirnya..

ewah2.. kenyit2 mata plak..

Harirayaaidilfitrimuliamuahahahaha...!


Assalamualaikum.. Selamat hari raya ye kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Aku nak share la sikit pengalaman raya tahun ni kat anda2 yang sudi baca blog aku yang x seberapa ni.

Hari khamis, sehari sebelum raya, aku balik Negeri Sembilan dengan Nurin. Bertolak pagi, lebih kurang pukul 9.30 dari Serdang. Sampai kat kampung aku pukul 10.30 pagi. First time Nurin datang rumah aku yang x seberapa ni. Hehe. Part yang best sekali time aku bawak Nurin jalan2 kat kampung aku tetibe topi dia terbang. Aku patah balik and nurin berlari2 seperti kanak2 riang ketika mendapatkan topinya kembali.. haha..!!! Yang lain2 part, tengah tengok skill ayah aku masak lemang, skill mak aku masak rendang, dan skill aku buat ketupat. Nurin akhirnya berjaya belajar membuat sebiji ketupat hasil tunjuk ajar sifu Zaty Arifin.. hahaha..!! ok, itu over.

 
Hari raya pertama: Tiada apa yang lebih indah daripada laungan takbir dari masjid dan kaca TV di pagi hari raya. Tapi sayang aku tak boleh pergi solat sunat raya..!! (T_T) Itu yang aku bengang sikit tu. huh..! Tapi xpe. Hehe. Lepas solat jumaat, aku, Zira, Haziq, Nazmi(cousin), cik Zai dan cik Nani gerak pergi ke Kundur untuk beraya. Kitorang pergi 5 buah rumah je tahun ni sebab tak larat nak raya banyak2 rumah. Lagipun mak cakap ramai yang datang rumah aku masa kitorang pergi beraya. Hari raya pertama tak ramai sangat yang datang. Still boleh layan lagi la..

 
Hari raya kedua: Pergh..!! Hari ni sumpah tak tipu ramai gilak yang datang aku penat nak layan..! Family wan chu, wan tam, wan chik, maklong fauziah, family2 belah ayah aku (x kenal). Hari raya kedua baru aku dapat camera daripada arip(classmate) sebab kampung dia dekat je ngan umah aku. Hari kedua ni baru la meriah. Then malam tu pulak aku pergi beraya ke rumah adik beradik ayah aku. Malam tu balik je rumah, terus main bunga api sebab baru beli kat Azim (cousin). Al maklum la, time dah bosa ni dah jarang main bunga api. Sekali dapat main, amek ko perangai budak2 kembali lagi..!

 
Hari raya ketiga: Aku pergi beraya ke Seremban. Mula2 rumah maklang. Ok, Ain dah kurus aku jeles.. (T_T) Dah lama aku tak datang rumah tu. Agak2 nye last skali aku datang time sekolah dulu kot..? hmm.. Lepas rumah Maklang, pergi pulak rumah Maklong Ana atau pun senang cite rumah abang aku ni lah, si Hilmy Aslam. Setelah sekian lama aku x menjejakkan kaki kat rumah Hilmy, akhirnya sampai gak. Seingat aku last skali aku datang masa aku darjah dua. Yang tak bestnye, Hilmy xde. Kojo kek spita Taiping. Yang ada maklong, paklong, Dalia and Faiz. Eleh Faiz malu2 plak. Hehe. Last2 aku pakse gak dia amek gmbar dengan Zira. Soo sweett..!! Lepas rumah Hilmy, rumah maklong Fauziah plak. Ala, rumah kak malziana yang wedding hari tu kalau anda2 ada baca entry aku yang lepas2. Lepas tu, baru la aku balik sebab Nurin datang beraya kat rumah. Nasib baik la ayah aku ni pandai melayan, tak la boring Nurin menunggu aku.. (sorry nurin, lame tunggu) petang tu, Hilmy call aku sebab aku x bagitau dia aku datang rumah dia. Haha..!!

 
Ok, tu je yang aku dapat cerita untuk korang2 semua. Panjang sangat lah pulak cerita aku ni. Siapa yang dapat baca sampai habis entry kali ni, tahniah la aku ucapkan..! 




Last word: Raya kali ni memang best..! selamat hari raya.. (^o^)/





Thursday, September 2, 2010

Kenangan lama bertandang kembali


31.8.2010


Hari ni sepatutnya aku dan Faisal (my bestfriend) teman Nurin pergi ke Taman Rama-rama kat KL sebab dia mintak tolong aku amek gambar rama-rama untuk assignment dia. Tapi tak jadi coz hujan la pulak. So, kitorang pun pergi la jenjalan kat Times Square. Sempat gak la aku beli kasut untuk raya ni.. Ngee..~



Then, Nurin, Naim, Hayat,and Pawi tengok Step Up pulak tapi aku taknak sebab aku taknak mungkir janji ngan Tasha.. haha..!! So, aku dengan Faisal pun gerak balik shah alam.


On the way ke Shah Alam, memang kita akan lalu kat Petaling Jaya kan? Tetiba, aku teringin pulak nak singgah ke tempat aku membesar sejak kecil. Anda tau Sungai Way? Ha..!! Kat situ la aku tinggal dulu sebelum aku dan family berpindah ke Negeri Sembilan. Banyak kenangan aku kat situ. Walaupun dah lama meninggalkan tempat tu, tapi Alhamdulillah aku masih ingat jalan dengan baik skali. Aku ajak Faisal pergi sana and dia kata ok.



Aku tunjukkan sekolah cina yang aku pernah study masa sekolah rendah dulu kat Faisal. Haha..!! Dah banyak perubahan yang berlaku. Sekarang, aku tengok kawasan tempat tu dah jadi macam penempatan Indonesia dah. Agak menyedihkan gak la.. T_T



 jalan yang aku pernah berlari2 masa kecik2 dulu.. T_T

nama jalan tu..

Faisal parking kereta jauh sikit dari tapak rumah aku sebab jalan nak masuk kena blok sebab ada cina mati. So, kena menapak sikit la. Dari jauh, aku nampak tapak rumah aku tu. Sikit-sikit, kenangan masa aku kecik2 dulu terimbas kembali. Rasa sebak pun ada. T_T




Then, aku nampak seseorang yang masih aku kenali walaupun wajah dah dimamah usia. Cik Cah. Then nampak pulak anak dia, Kak ngah. Bila Cik Cah nampak aku, aku terus memberanikan diri untuk dekat dan salam dengan dia. Muka dia masa tu memang muka pelik la sebab tiba2 je aku datang salam. Haha..! Then, aku perkenalkan diri aku.


“Cik Cah kan? Saya Zaty. Anak Arifin. Dulu masa kecik2 duduk sini. Ingat?”


Alhamdulillah, dia kenal aku. Kakngah pun sama jugak. Diorang terkejut tengok aku datang. Then Cik Cah panggil Cik Shaari and Nadia. Nadia dah besar dah. Dulu kecik je budak tu. Haha..!! Mula lah diorang tanya macam2 kat aku pasal family aku. Tanya pasal mak, ayah, adik2 aku, atuk aku. Cik Cah cakap dah lama sangat tak jumpa mak aku. Kakngah siap nak tengok gambar adik aku, Fazira. Haha..!
cik cah


dulu ada tembok kat bawah pokok tu, tempat aku selalu main time petang2 tapi sekarang dah runtuh



Macam2 kitorang borak. Serius aku rindu diorang. Diorang taknak tinggalkan rumah tu sebab kenangan, sayang nak tinggalkan tapak tu. Bukannya tak ada rumah yang diperuntukkan untuk diorang, cuma tempat tu agak sentimental untuk ditinggalkan. Kalau aku jadi diorang pun aku taknak tinggalkan tempat tu.


meow..


Tapak asal rumah aku dan penghuni2 lain termasuk Cik Cah


kat atas bahagian ni lah dulu rumah aku



Lebih kurang pukul 6 petang, aku mintak kebenaran untuk beransur dari situ. Cik Cah and Cik Shaari kirim salam kat family aku. Diorang ajak aku datang raya nanti. InsyaAllah aku akan datang.

Ok, Faisal.. Ko x payah la nak tunjukkan ko happy dengar cerita time aku kecik2 dulu.. huhu..

satu yang xpernah berubah, kawasan ni banyaj kucing.. (^_^)







P/s: Rumah yang aku maksudkan ni terbakar pada April 1999, setahun setengah lepas aku berpindah ke Negeri Sembilan. Tapi masa tu ayah aku masih tinggal kat rumah tu sebab bekerja. Punca kebakaran disebabkan kecuaian salah sorang penghuni kat rumah tu. Rumah2 yang diperuntukkan untuk mangsa2 kebakaran adalah di Subang. Ada yang dah berpindah ke sana, ada yang masih tinggal di kawasan sekitar. Yang tinggal hanyalah tapak rumah dan dan saki baki rumah yang terbakar tu Cik Cah and family bina balik untuk jadikan tempat diorang satu family tinggal.