Monday, September 28, 2009

September 24, 2009. 8.04 pm

Hari raya ke empat dan kelima

Hari raya yang keempat xde apa sangat yang menarik, just kawan2 sekolah lama aku datang: Suhana dan Faiz. Da lame gila aku x jumpa si faiz. Lain gak la daripada dulu. Seronok jumpa diorang. Banyak benda kitorang borak. Tapi, kalau ada Dayah, Hanis, Tikah dengan Dilla mesti lagi best. Rindu gile kat diorang.

Hari raya kelima, iaitu hari ni, kawan2 kelas aku masa sekolah Lubuk China pulak datang. Havoc! Ramai gila. Dah lame kot tak jumpa diorang, kebanyakannya sejak sebelum aku masuk sekolah teknik lagi. Tapi si Erik tak payah cite la, dah selalu aku jumpa. Thanks to Erik, Zamri, Azim, Kudin, Azhar, Nizam, Firdaus, Ali, Hafeq, Rahman, and Imran. Tu pun nasib baik aku still ingat name korang lagi. Mula2 Erik cakap, ade sekali girls. Tapi entah kenape, sampai turn rumah aku, diorang terus xde transport. Xpe la. Biar la yang si jejaka2 kelas 5 Sains Tulen yang datang ek. Tu pun ada yang x datang tu. Xpe2. Janji ada wakil, tu sudah kira baik! Aku risau gak kalau2 air x cukup. Nasib baik la cukup je.

Aku sempat gak borak2 dengan yang duduk dekat dengan aku td. Kudin buat praktikal kat Terengganu, Zamri kat UniKL, Azim kat Uitm Shah Alam. Yang lain aku x sempat tanya. Aku cakap dengan Kudin, ingat x masa sekolah rendah dulu, aku ada belasah dia. dia cakap ingat. Tu la, Kudin. Siape suruh usik aku. Haha! Kelakar kot bila ingat balik. hehe. Aku agak ganas masa sekolah dulu. Semua orang aku nak belasah.
Bila masing2 dah jumpa balik masa berumur 20 tahun ni, aku tengok banyak yang dah berubah selain dari rupa, iaitu dari segi perangai. Contoh nya macam si Kudin ni la. Cara dia bercakap tadi pun aku rasa “dah besar dah budak ni. Dulu macam budak2..” Azim pun same. Dulu pendek je masa form 1, sekarang dah tinggi sikit da. Tapi aku pelik sikit dengan Zamri. Macam budak2 sikit. Haha! Jangan marah, ye. Apepun, ko tetap comel cam dulu gak. Hehe.

Kepada kawan2 yang datang tadi yang ada terjumpa dan terbaca blog aku yang x seberapa ni, thanks sebab datang. Aku happy sangat dapat jumpa korang setelah beberapa tahun x ketemu. Wah! Cam salam perantau plak, kan. Love u all!

No comments:

Post a Comment