Monday, September 28, 2009

September 23, 2009, 1.37 am

Hari raya ketiga

Hari ni, kitorang pergi ke tempat yang telah dirancangkan. Ke Jeram Gunung Datoh! Kitorang bertolak ke sane lebih kurang pukul 1 tengahari dengan 2 biji kereta. Sebelum sampai ke jeram, kitorang singgah kat tempat air gunung mengalir. Ramai gak kereta berhenti kat situ sebab nak ambil air gunung. Ada lebih kurang 5 punca air yang keluar dari bukit. Aku ada minum air tu. Rasanya agak payau2 tapi memang segar. Achik memang suka ambil air kat situ. Setiap kali lalu, mesti singgah. Lepas ambil air gunung, kitorang teruskan pendakian dengan menaiki kereta. Hehe.

Sampai je kat jeram, aku dengan Asyraf terus cari port yang best untuk lepak. Lepastu, apa lagi, terjun lah! Sejuk gile air jeram tu. Aku baru je masuk, dah menggigil. Tapi kali ni, arus jeram tu agak laju berbanding sebelum ni. Aku banyak kali gak dibawak arus tu. Kalau tersilap langkah dalam air, boleh jatuh. Batu2 dalam air plak ada yang tajam. Kaki aku luka gak la, Fazira pun sama. Tapi luka Fazira lagi teruk. Satu kat belakang badan dia, satu lagi ada batu kecil masuk kat tapak kaki. Aku just calar je kat kaki. Tapi luka camne pun, best mandi kat situ.

Asyraf dgn Aishah first time mandi kat sana. Diorang pun have fun tadi. Paklang dengan Achik pun join jugak lepas tak tahan tengok kitorang mandi. Ingat xnak join. Haha! Aku ada jumpa campfire, and aku try hidupkan unggun api sebab sejuk. Masalahnye, yang terbakar hanya kertas je. Kayu tak terbakar pun. Tapi sejuk punya pasal, kertas pun kertas lah. Lepas lebih kurang 2 jam kitorang mandi, kitorang pun balik la. Sampai je kat rumah, aku terus cari nasi. Lapar pulak lepas mandi ni. Bukan aku sorang je, Haziq dengan Nazmi pun same join aku. Haha! Then, letih punya pasal, semua tidur.

Ok, cerita hari raya keempat akan keluar dalam next post. Bye!

No comments:

Post a Comment