Monday, September 14, 2009

3.30 am, 8 September 2009..

KLCC tidak kelihatan malam ni. Menara TM pun sama. Udara tidak berapa jelas. Mungkin kesan daripada jerebu. Hanya pemandangan sekitar Shah Alam sahaja yang menjadi tatapan. Kelihatan masjid biru itu berdiri teguh, dihiasi sinaran rembulan yang mengambang penuh. Cantik. Malam terasa sunyi, adakala kedengaran bunyi kenderaan yang melewati jalanraya. Makin lama makin sayup, dan senyap semula. Sengaja aku biarkan pintu cermin di balkoni terbuka. Ingin merasa kedinginan malam.

Adakala, aku teringat tempat yang pernah aku jadikan “studio photography”. Rindu terhinggap di kalbu. Teringat kenangan2 disana. Kenangan yang pastinya takkan kembali.

Aku lontarkan pandangan ku kembali ke luar. Lampu2 jalan menghiasi kawasan perumahan. Aku mainkan lagu2 romantis sambil menikmati pemandangan waktu malam. Terhibur sedikit pabila mendengar lagu “ I’ll be there ”, nyanyian Jackson5. Sesuai dengan suasana malam ini. Tiba2 hatiku sakit. Sakit bila mengenangkan sesuatu. Perasaan benci mulai tumbuh difikiran. Benci! Tersedar, aku cuba membuang perasaan negatif itu. Aku tak sepatutnya berperasaan begini. Tapi, aku bukanlah manusia yang sempurna. Perasaan benci ini tetap ada walau positif mana fikiran aku.

Mencuba untuk lelap, tapi masih celik. Memikirkan perancangan hari esok, lusa dan seterusnya. Adakah aku harus pergi? Atau perlukah aku menunggu lagi? Kadangkala, aku letih menunggu. Tapi, aku masih ada sedikit harapan yang aku letakkan disudut hati. Namun, aku tidak mengharapkan harapan yang secebis itu menjadi kenyataan. Biarlah takdir yang menentukan. Jika ada yang berjaya membuatkan aku lupa pada harapan yang tak seberapa ada itu, aku terima.

Terima kasih, pada yang pernah dimiliki.

(suka dengar lagu “HoneyBee” Zee Avi. salah satu lirik.. “we can make our own honey..”)

No comments:

Post a Comment