Monday, September 28, 2009

22 September 2009, 1.59 a.m

Hari raya kedua..

Hari ni, aku menunggu kedatangan tetamu dirumah. Semalam aku dah puas berjalan, so turn aku plak tolong mak kat dapur sambil layan tetamu. Paksu and family dah balik Perak plak. So, dah xde dengar suara bising si Hazrien dan si Kojim. Sunyi plak. Tapi bila ada diorang, sakit hati aku. Mane x nye, asyik aku je jadi mangsa si Kojim tu. Nak gi jalan la, kena cubit la. Ish2.. so, yang tinggal kat sini cuma si Asyraf, Aishah, dengan Nazmi dan kitorang adik beradik. Tapi kitorang ada plan esok. Nak mandi kat jeram. Haha! Rugi Hazrien dgn Kojim balik Perak awal.

Tetamu yang datang? Hari ni x la seramai semalam. Just orang Seremban, jiran sebelah rumah, paklong(ayah punya abang), Wan Tam and family, dan ade yang aku x kenal. Tetamu yang tidur kat umah semalam dah balik da pagi tadi. Abg As cakap “nnt kite jumpa kat shah alam ye!” Yelah, malam tadi borak2 panjang gak dgn dia. Seingat aku, dah lama sangat x borak dengan dia. ingat lagi masa kecik2 time aku duk kat PJ dulu. Selalu main sama2. Bila dah besar ni, masing2 dah malu. Sekali dah berborak balik, xnak berhenti plak. Haha! Tapi seronok la dapat mesra balik setelah sekian lama. Just dgn abg Am je aku x borak sebab aku x rapat dengan dia.

Plan esok? Mula2 ada dua cadangan. 1st, nak bermandi-manda kat Port Dickson (cadangan Pak Lang). 2nd, berkelah kat jeram kat Gunung Datoh (cadangan Achik). Bila discussion dimulakan, ramai yang menyokong untuk pergi ke jeram termasuk aku. Yelah, klo gi kat pantai, nnt berjemur plak. X best. Haha! So, sebulat suara bersetuju dgn cadangan Achik. So, esok kita ke Jeram! Ok, aku perlukan rehat untuk tenaga nak swimming sok. Tunggu cerita aku in next post!

(Aku memang menyesal sangat2 sebab lupa bawak camera. Menyesal!!! Lain kali aku kena buat note sebelum bergerak pergi mana2. Huhu..)

No comments:

Post a Comment