Monday, September 28, 2009

21 September 2009, 12.52 am.

Hari raya pertama.

Hari ni, aku menerima sebuah lagi kejutan yang tak disangka2. Semasa aku dengan family paksu, paklang dan achik pergi beraya kat kundur, kitorang pergi ke sebuah rumah yang aku x pernah tahu kewujudannya. My great grandmother. Bila aku terpandang dia buat kali pertama, aku teringat arwah wan aku. And surprisingly, dia masih ingat aku. Masa aku tengah salam dia, mula2 dia tanya siapa aku. Pastu aku cakap la aku ni cucu arwah wan Dara. Then, tiba dia tarik tangan aku, then cakap “dah bosa dah cicit nek ni! Dulu, nek ingat lagi wan kau jago kau kocik2 dulu”. Aku sentap! Bergenang sikit la air mata ni. Yelah, tak sangka sangat! Aku duduk je sebelah dia. Walaupun baru tahu perkara ni hari ni, tapi dia sedikit sebanyak mengubat rasa rindu aku kat arwah wan. Sebelum balik, aku cium pipi dia, aku bayangkan aku cium pipi arwah wan aku. Lgpun sebelum datang sana, kitorang semua pergi ziarah kubur arwah wan. Sempat jugak sedekah al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Kemeriahan raya kali ni better than tahun lepas. Aku happy kali ni. And still lg dapat duit raye.. hehe! 7 buah rumah aku kunjungi, 7 kali aku makan. Hah, gemuk lagi la nmpaknya. Tapi part yang paling ‘best’ sekali, aku lupa bawak camera! Damn it! Camne ley lupe, aku pun x taw la. Da excited sangat nak balik, sampai lupe benda paling penting. Dan, sekarang ni, ada tetamu yang tumpang tidur kat rumah.. iaitu, wan chu dan wan chek sekeluarga. Rumah aku dah penuh dengan manusia! Nasib baik rumah aku ni luas. Aku tak tau la kat mane abg Am dgn abg As tidur kat luar tu. Nasib baik aku kat dlm bilik ni. Haha!

Sekarang ni, mengikut senarai family yang belum datang lagi, just orang Seremban dengan orang Kundur. Tak lupe gak kat family Annie Natasha. Bile nak dtg ntah si Annie ni. Kato nak makan lomang dongan kotupat palas. Ado tu ha, keq dapor tu.. wah! Da speaking nogoghi da ni. Hehe. To stalker, i speaking nogoghi ni. Huerhuerhuer..

K la.. aku nak tido. Sok ade lg tetamu2 yang nak mengunjungi rumah aku ni. Biase la, time raye, port yang paling digemari ramai adalah kat rumah aku. Tang mane yang bestnye, aku pun x taw la. Mungkin ade 2 orang awek kot kat rumah ni. Anak sapo la tu yo? Haha!

(mungkin diorang tak tahan tengok kolam dalam bilik air tu kot.. hmmm...)

No comments:

Post a Comment