Monday, September 28, 2009

September 24, 2009. 8.04 pm

Hari raya ke empat dan kelima

Hari raya yang keempat xde apa sangat yang menarik, just kawan2 sekolah lama aku datang: Suhana dan Faiz. Da lame gila aku x jumpa si faiz. Lain gak la daripada dulu. Seronok jumpa diorang. Banyak benda kitorang borak. Tapi, kalau ada Dayah, Hanis, Tikah dengan Dilla mesti lagi best. Rindu gile kat diorang.

Hari raya kelima, iaitu hari ni, kawan2 kelas aku masa sekolah Lubuk China pulak datang. Havoc! Ramai gila. Dah lame kot tak jumpa diorang, kebanyakannya sejak sebelum aku masuk sekolah teknik lagi. Tapi si Erik tak payah cite la, dah selalu aku jumpa. Thanks to Erik, Zamri, Azim, Kudin, Azhar, Nizam, Firdaus, Ali, Hafeq, Rahman, and Imran. Tu pun nasib baik aku still ingat name korang lagi. Mula2 Erik cakap, ade sekali girls. Tapi entah kenape, sampai turn rumah aku, diorang terus xde transport. Xpe la. Biar la yang si jejaka2 kelas 5 Sains Tulen yang datang ek. Tu pun ada yang x datang tu. Xpe2. Janji ada wakil, tu sudah kira baik! Aku risau gak kalau2 air x cukup. Nasib baik la cukup je.

Aku sempat gak borak2 dengan yang duduk dekat dengan aku td. Kudin buat praktikal kat Terengganu, Zamri kat UniKL, Azim kat Uitm Shah Alam. Yang lain aku x sempat tanya. Aku cakap dengan Kudin, ingat x masa sekolah rendah dulu, aku ada belasah dia. dia cakap ingat. Tu la, Kudin. Siape suruh usik aku. Haha! Kelakar kot bila ingat balik. hehe. Aku agak ganas masa sekolah dulu. Semua orang aku nak belasah.
Bila masing2 dah jumpa balik masa berumur 20 tahun ni, aku tengok banyak yang dah berubah selain dari rupa, iaitu dari segi perangai. Contoh nya macam si Kudin ni la. Cara dia bercakap tadi pun aku rasa “dah besar dah budak ni. Dulu macam budak2..” Azim pun same. Dulu pendek je masa form 1, sekarang dah tinggi sikit da. Tapi aku pelik sikit dengan Zamri. Macam budak2 sikit. Haha! Jangan marah, ye. Apepun, ko tetap comel cam dulu gak. Hehe.

Kepada kawan2 yang datang tadi yang ada terjumpa dan terbaca blog aku yang x seberapa ni, thanks sebab datang. Aku happy sangat dapat jumpa korang setelah beberapa tahun x ketemu. Wah! Cam salam perantau plak, kan. Love u all!

September 23, 2009, 1.37 am

Hari raya ketiga

Hari ni, kitorang pergi ke tempat yang telah dirancangkan. Ke Jeram Gunung Datoh! Kitorang bertolak ke sane lebih kurang pukul 1 tengahari dengan 2 biji kereta. Sebelum sampai ke jeram, kitorang singgah kat tempat air gunung mengalir. Ramai gak kereta berhenti kat situ sebab nak ambil air gunung. Ada lebih kurang 5 punca air yang keluar dari bukit. Aku ada minum air tu. Rasanya agak payau2 tapi memang segar. Achik memang suka ambil air kat situ. Setiap kali lalu, mesti singgah. Lepas ambil air gunung, kitorang teruskan pendakian dengan menaiki kereta. Hehe.

Sampai je kat jeram, aku dengan Asyraf terus cari port yang best untuk lepak. Lepastu, apa lagi, terjun lah! Sejuk gile air jeram tu. Aku baru je masuk, dah menggigil. Tapi kali ni, arus jeram tu agak laju berbanding sebelum ni. Aku banyak kali gak dibawak arus tu. Kalau tersilap langkah dalam air, boleh jatuh. Batu2 dalam air plak ada yang tajam. Kaki aku luka gak la, Fazira pun sama. Tapi luka Fazira lagi teruk. Satu kat belakang badan dia, satu lagi ada batu kecil masuk kat tapak kaki. Aku just calar je kat kaki. Tapi luka camne pun, best mandi kat situ.

Asyraf dgn Aishah first time mandi kat sana. Diorang pun have fun tadi. Paklang dengan Achik pun join jugak lepas tak tahan tengok kitorang mandi. Ingat xnak join. Haha! Aku ada jumpa campfire, and aku try hidupkan unggun api sebab sejuk. Masalahnye, yang terbakar hanya kertas je. Kayu tak terbakar pun. Tapi sejuk punya pasal, kertas pun kertas lah. Lepas lebih kurang 2 jam kitorang mandi, kitorang pun balik la. Sampai je kat rumah, aku terus cari nasi. Lapar pulak lepas mandi ni. Bukan aku sorang je, Haziq dengan Nazmi pun same join aku. Haha! Then, letih punya pasal, semua tidur.

Ok, cerita hari raya keempat akan keluar dalam next post. Bye!

22 September 2009, 1.59 a.m

Hari raya kedua..

Hari ni, aku menunggu kedatangan tetamu dirumah. Semalam aku dah puas berjalan, so turn aku plak tolong mak kat dapur sambil layan tetamu. Paksu and family dah balik Perak plak. So, dah xde dengar suara bising si Hazrien dan si Kojim. Sunyi plak. Tapi bila ada diorang, sakit hati aku. Mane x nye, asyik aku je jadi mangsa si Kojim tu. Nak gi jalan la, kena cubit la. Ish2.. so, yang tinggal kat sini cuma si Asyraf, Aishah, dengan Nazmi dan kitorang adik beradik. Tapi kitorang ada plan esok. Nak mandi kat jeram. Haha! Rugi Hazrien dgn Kojim balik Perak awal.

Tetamu yang datang? Hari ni x la seramai semalam. Just orang Seremban, jiran sebelah rumah, paklong(ayah punya abang), Wan Tam and family, dan ade yang aku x kenal. Tetamu yang tidur kat umah semalam dah balik da pagi tadi. Abg As cakap “nnt kite jumpa kat shah alam ye!” Yelah, malam tadi borak2 panjang gak dgn dia. Seingat aku, dah lama sangat x borak dengan dia. ingat lagi masa kecik2 time aku duk kat PJ dulu. Selalu main sama2. Bila dah besar ni, masing2 dah malu. Sekali dah berborak balik, xnak berhenti plak. Haha! Tapi seronok la dapat mesra balik setelah sekian lama. Just dgn abg Am je aku x borak sebab aku x rapat dengan dia.

Plan esok? Mula2 ada dua cadangan. 1st, nak bermandi-manda kat Port Dickson (cadangan Pak Lang). 2nd, berkelah kat jeram kat Gunung Datoh (cadangan Achik). Bila discussion dimulakan, ramai yang menyokong untuk pergi ke jeram termasuk aku. Yelah, klo gi kat pantai, nnt berjemur plak. X best. Haha! So, sebulat suara bersetuju dgn cadangan Achik. So, esok kita ke Jeram! Ok, aku perlukan rehat untuk tenaga nak swimming sok. Tunggu cerita aku in next post!

(Aku memang menyesal sangat2 sebab lupa bawak camera. Menyesal!!! Lain kali aku kena buat note sebelum bergerak pergi mana2. Huhu..)

21 September 2009, 12.52 am.

Hari raya pertama.

Hari ni, aku menerima sebuah lagi kejutan yang tak disangka2. Semasa aku dengan family paksu, paklang dan achik pergi beraya kat kundur, kitorang pergi ke sebuah rumah yang aku x pernah tahu kewujudannya. My great grandmother. Bila aku terpandang dia buat kali pertama, aku teringat arwah wan aku. And surprisingly, dia masih ingat aku. Masa aku tengah salam dia, mula2 dia tanya siapa aku. Pastu aku cakap la aku ni cucu arwah wan Dara. Then, tiba dia tarik tangan aku, then cakap “dah bosa dah cicit nek ni! Dulu, nek ingat lagi wan kau jago kau kocik2 dulu”. Aku sentap! Bergenang sikit la air mata ni. Yelah, tak sangka sangat! Aku duduk je sebelah dia. Walaupun baru tahu perkara ni hari ni, tapi dia sedikit sebanyak mengubat rasa rindu aku kat arwah wan. Sebelum balik, aku cium pipi dia, aku bayangkan aku cium pipi arwah wan aku. Lgpun sebelum datang sana, kitorang semua pergi ziarah kubur arwah wan. Sempat jugak sedekah al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Kemeriahan raya kali ni better than tahun lepas. Aku happy kali ni. And still lg dapat duit raye.. hehe! 7 buah rumah aku kunjungi, 7 kali aku makan. Hah, gemuk lagi la nmpaknya. Tapi part yang paling ‘best’ sekali, aku lupa bawak camera! Damn it! Camne ley lupe, aku pun x taw la. Da excited sangat nak balik, sampai lupe benda paling penting. Dan, sekarang ni, ada tetamu yang tumpang tidur kat rumah.. iaitu, wan chu dan wan chek sekeluarga. Rumah aku dah penuh dengan manusia! Nasib baik rumah aku ni luas. Aku tak tau la kat mane abg Am dgn abg As tidur kat luar tu. Nasib baik aku kat dlm bilik ni. Haha!

Sekarang ni, mengikut senarai family yang belum datang lagi, just orang Seremban dengan orang Kundur. Tak lupe gak kat family Annie Natasha. Bile nak dtg ntah si Annie ni. Kato nak makan lomang dongan kotupat palas. Ado tu ha, keq dapor tu.. wah! Da speaking nogoghi da ni. Hehe. To stalker, i speaking nogoghi ni. Huerhuerhuer..

K la.. aku nak tido. Sok ade lg tetamu2 yang nak mengunjungi rumah aku ni. Biase la, time raye, port yang paling digemari ramai adalah kat rumah aku. Tang mane yang bestnye, aku pun x taw la. Mungkin ade 2 orang awek kot kat rumah ni. Anak sapo la tu yo? Haha!

(mungkin diorang tak tahan tengok kolam dalam bilik air tu kot.. hmmm...)

Thursday, September 17, 2009

raya dan raya..

gengs, aku raye dulu ek.. hehe.. paham2 je la ek..

tahun ni, tema hari raya family aku adalah biru yg lembut2 gitu.. hehe.. sok aku balik n.9 dengan ayah aku.. tahun ni, aku harap x jadi macam tahun lepas la.. tahun lepas, raya yang paling hambar bagi aku.. so, harapan aku tahun ni, raya yang meriah dengan gelak ketawa dan baju raya..( baju raya?) ehehehe.. yang penting, aku x sabar nak anyam ketupat.. wah!!!!!

hari tu, annie masuk wad.. disebabkan luka di abdomen perut.. tu la, makan pedas masa berbuka lagi.. hehe.. yang risau ni, aku gak.. cewah! tp betul la.. risau gak aku.. urut2, x jalan.. g 2 klinik yang berlainan pun, x ok2 gak.. last2, g KPJ, baru la dapat tau... huuhu.. tapi papepun, alhamdulillah la, annie da keluar wad.. sempat la dia beraya tahun ni.. ingat annie, jangan makan pedas2 dalam masa 3 minggu ni.. doktor da warning da.. hehe..

lepas je gi melawat annie kat hospital, aku, att, jia, nana, dgn afiey g pas.. shopping.. tp, yang nak shopping nye, aku sorang je.. tukang pilih baju, semua yang mengikut.. tp best la ade diorabg.. suruh aku try baju2 yang diorang amek.. banyak plak tu.. pastu semalam pun shopping lagi.. g SACC plak dengan nana, reen dengan arip.. aku bli kasut.. Vincci.. haha!! seronok la shopping dengan diorang.. haha!!

ok, memandangkan aku da post pasal raye ni, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam yang menjalankan ibadah puasa ni.. yang x puasa tu, kim salam je la,, hehe.. dan aku nak meminta maaf kepada sesiapa yang follow blog aku ni..x kisah la officially follower ke atau yg "follow senyap2".. hehe.. jeng3.. stalker la korang.. hehe.. dan x lupe kpd kawan2 unisel, kawan2 sekolah, kawan2 yang x sengaja terkawan.. haha!! semoga raya kali ni meriah.. haha!! and lastly, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin..

Monday, September 14, 2009

9.9.2009

9.9.2009.. tarikh dimana kitorang beramai2 berbuka puasa dengan mmber2. Aku, annie, nana, reen, combi, iera, pong, tikah kecik, err... sape lg ek? Ramai sangat la. Da macam rumah terbuka dah, sedangkan berbuka puasa je. Kitorang berbuka kat rumah sewa nana dan reen. Dalam ramai2 tu, aku tengok reen dah lulus ujian ibu mentua. Dia yang paling beria2 senduk nasi, lauk dan tuang air. Kira dia pandai melayan tetamu la. Untung siapa yang dapat dia. Upss!! Hehe..

Seronok makan ramai2. Ingat kan lauk2 x cukup, rupanya banyak lebih. Pong masak lauk ayam masak cili api dengan puding buah2an. Puding dia sedap! Banyak gila aku makan malam tu. Lepas tu, biasa la, when girls met their girlfriends, bukan main banyak gosip yang keluar. Aku tak terkecuali. Hehe. Lepas berbuka, kitorang ramai2 pergi kelas Audio Video Production malam tu. Berkonvoi gitu. Haha! Apepun, hari tu adalah hari berbuka puasa paling best selama aku berada kat Unisel ni. Best, best!!

Rasanya kalau ada peluang lagi, nak buat lagi la buka puasa beramai2. Aku pulak nak masak untuk diorang. Hehe..

3.30 am, 8 September 2009..

KLCC tidak kelihatan malam ni. Menara TM pun sama. Udara tidak berapa jelas. Mungkin kesan daripada jerebu. Hanya pemandangan sekitar Shah Alam sahaja yang menjadi tatapan. Kelihatan masjid biru itu berdiri teguh, dihiasi sinaran rembulan yang mengambang penuh. Cantik. Malam terasa sunyi, adakala kedengaran bunyi kenderaan yang melewati jalanraya. Makin lama makin sayup, dan senyap semula. Sengaja aku biarkan pintu cermin di balkoni terbuka. Ingin merasa kedinginan malam.

Adakala, aku teringat tempat yang pernah aku jadikan “studio photography”. Rindu terhinggap di kalbu. Teringat kenangan2 disana. Kenangan yang pastinya takkan kembali.

Aku lontarkan pandangan ku kembali ke luar. Lampu2 jalan menghiasi kawasan perumahan. Aku mainkan lagu2 romantis sambil menikmati pemandangan waktu malam. Terhibur sedikit pabila mendengar lagu “ I’ll be there ”, nyanyian Jackson5. Sesuai dengan suasana malam ini. Tiba2 hatiku sakit. Sakit bila mengenangkan sesuatu. Perasaan benci mulai tumbuh difikiran. Benci! Tersedar, aku cuba membuang perasaan negatif itu. Aku tak sepatutnya berperasaan begini. Tapi, aku bukanlah manusia yang sempurna. Perasaan benci ini tetap ada walau positif mana fikiran aku.

Mencuba untuk lelap, tapi masih celik. Memikirkan perancangan hari esok, lusa dan seterusnya. Adakah aku harus pergi? Atau perlukah aku menunggu lagi? Kadangkala, aku letih menunggu. Tapi, aku masih ada sedikit harapan yang aku letakkan disudut hati. Namun, aku tidak mengharapkan harapan yang secebis itu menjadi kenyataan. Biarlah takdir yang menentukan. Jika ada yang berjaya membuatkan aku lupa pada harapan yang tak seberapa ada itu, aku terima.

Terima kasih, pada yang pernah dimiliki.

(suka dengar lagu “HoneyBee” Zee Avi. salah satu lirik.. “we can make our own honey..”)

Tuesday, September 1, 2009

offer..?

Lame x update blog.. Kpd followers, sorry la ek.. Kind of busy lately..

aku dapat offer untuk wedding bulan 10 ni.. cam biasa, dibantu oleh tasha.. wedding ni wedding adik kepada en.mazni hj nawawi(papa tasha) iaitu aishah @ intan. kali ni, akan membawa aku ke negeri yang berada di utara semenanjung malaysia, perak. Sabtu, 29.8.2009, aku mengikuti tasha dan family ke kampar,perak untuk meninjau kawasan dan persekitaran disana. maklumlah, aku dah lama x pergi perak.

perjalanan ke kampar amat menarik perhatian aku. sawah2 padi yang terbentang luas membuatkan aku x tido sepanjang perjalanan. hurm.. layanan family tasha? ok!sangat ok.

err.. aku xde idea lg la nk tulis ape.. nnt aku post lagi ek.. bye!!