ads

Thursday, August 13, 2009

ugutan

Post yang lepas2 aku ceritakan pasal zaman kecik2 aku. Now, aku nak cerita pasal kenangan yang aku x boleh lupa sampai sekarang.

Kejadian ni berlaku masa aku duduk kat rumah lama aku kat Sungai Way, PJ. Lebih kurang aku berumur 7-8 tahun la. Masa tu, aku tengah bermain kat tepi jalan dekat dengan rumah dengan kawan aku, jiran aku la kiranya. Nama dia Kak Ila. Masa kitorang tengah main hape ntah aku pun tak ingat,tiba2 ada sebuah kereta hitam berhenti depan kitorang. Lepas tu tingkap kereta tu pun terbuka. Kelihatan seorang lelaki, berbadan tegap, berjaket kulit hitam dan berkaca mata hitam. Semua serba hitam, dah macam Zorro dah aku tengok. Lepas tu, dia tanya Kak Ila,nama aku siapa. Kak Ila jawap lah yang nama aku Zaty. Lepas tu, lelaki tu panggil nama aku.. “Zaty..” tiba2 tangannya buat isyarat seperti mengelar leher. Macam ugutan bunuh. Aku dah mulai takut. Tiba2 lelaki tu hanya tersengih, dan pecut kereta dia dari situ. Aku hanya memandang Kak Ila dan terus berlari ke rumah.

Sampai kat pintu rumah, tiba2 mak aku panggil aku. Dia cakap dia nampak apa yang berlaku tadi. Sebab tadi mak aku berada di luar rumah. Mak aku hanya menenangkan aku dan cakap jangan main jauh2. Mak risau nanti. Mungkin sebab ugutan bunuh tu menjadi salah satu faktor kitorang pindah ke negeri sembilan. Entah, aku pun tak tahu. Agaknya, kalau aku masih stay kat sana, mungkin aku dah tak ada kat dunia ni kot. Haha! Mengarut je aku ni.

Hurm. Apa pun, aku bersyukur dapat bernafas lagi sampai sekarang.

No comments:

Post a Comment