ads

Thursday, August 13, 2009

Tersedar..

Sebelum aku balik ke n9, seorang hamba Allah buzz aku kat YM. Bertanyakan pasal paper exam masing2. Dan kemudian bertanya pasal subject sem depan. Dan beliau berkata sem depan adalah sem final beliau. Tiba2 aku tersentak. Sem final? Maknanya, mereka bakal meninggalkan Unisel awal tahun depan. Tiada lagi wajah2 itu akan kelihatan depan mata, tiada lagi kedengaran suara2 itu, tiada lagi hingar2 dan gelak ketawa mereka di fakulti. Semua itu bakal tiada. Semua itu bakal tiada di depan mata aku suatu hari nanti. Serius, hamba Allah itu telah membuat aku tersedar. Tersedar yang mereka bakal tiada di depan mata aku.

Then, lagi 2 sem, aku pulak yang akan meninggalkan Unisel. Dan sekali lagi aku akan kehilangan orang2 yang berada di sekeliling aku selama aku belajar disini. Tak kisah sama ada kawan rapat atau hanya sekadar tegur2. Pasti aku akan merindui saat2 aku dan mereka naik bas bersama2 pergi ke Unisel, suka duka, saat2 bergaduh atau gembira bersama2. Semua itu bakal tiada setelah aku dan mereka menduduki kertas peperiksaan terakhir sebagai student Unisel. Bakal tiada. Dan tak mungkin akan dilalui bersama lagi. Masing2 membawa haluan sendiri. Istilah benci dan suka menjadi satu, menjadi rindu. Rindu kerana orang yang aku benci mahupun yang aku sayang, bakal tiada di depan mata.

Anda, anda tidak merasakah kehilangan yang bakal kita hadapi tak lama lagi? Aku merasai kehilangan itu. Bukan sahaja anda yang aku jadikan teman, tetapi aku merasai kehilangan seluruh perkara yang selalu berada denganku. Tidakkah anda rasai? Tidah sedih kah anda dengan apa yang berlaku? Atau anda gembira setelah apa yang berlaku? Dan anda ternanti2kan saat kehilangan itu? Adakah anda tidak menghiraukan kehilangan itu?

Adakah harapan untuk aku melihat semua itu kembali? Aku x mahu semua, tapi aku mahukan kembali yang pernah menjadi milik aku dulu. Tapi, adakah terlalu payah harapan ini untuk aku kecapi? Atau, harapan ini terlalu tinggi aku letakkan? Dan satu lagi persoalan. Adakah sempat aku kecapi harapan itu? Yang aku mampu lakukan hanyalah, berserah...

Somebody, aku perlukan kekuatan. Please.

No comments:

Post a Comment