ads

Tuesday, August 25, 2009

bulan puasa

Akhirnya bulan puasa tiba jua. Sebagai umat islam, aku tak terkecuali untuk berpuasa selama sebulan di bulan yang penuh keberkatan ini. Cewah! Harapan untuk puasa penuh tu mungkin tiada, tapi aku try untuk penuhkan. (dapat ke?)

Puasa kali ni aku dapat rasakan dah tak sehavoc masa aku kecik dulu. Yelah, masa dulu, aura bulan puasa tu terasa sampai raya. Kali ni macam dah suam2 kuku. Time raya je baru havoc sikit, tu pun bila dah jumpa sedara –mara. Sepupu2 pun dah besar2, dah tak boleh ajak main bunga api sama2 dah, dah tak boleh ajak kawan2 pergi raya satu kampung dah. Duit raya pun dah x dapat dah. Sedih siot! Pastu dah sampai plak turn aku bagi duit raya. Nasib baik aku tak kerja lagi, so tak boleh bagi lagi. Haha!

Bulan puasa kali ni? Macam biasa je. Pagi pergi class, petang balik class, malam tido, sebelum subuh bangun, makan sahur. Haha! Tu pun kalau aku bangun sahur lah. Kalau tak bangun, alamat kena tahan sampai berbuka. Bila aku bukak cerita pasal bulan puasa ni, aku teringat something yang berlaku pada aku masa bulan puasa. Something yang aku rasa macam baru semalam berlaku. Something yang kalau aku jaga dengan baik, mesti aku still ada sampai sekarang. Tapi nak buat macam mana, takdir menentukan segalanya. But, aku still mengharapkan dengan hadirnya bulan Ramadan yang mulia ini, aku dapat menyemai kembali bibit2 bunga yang pernah mekar satu ketika dahulu.

Akhir kata, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada mak ayah, Fazira, Haziq (jangan ponteng, haziq!), atuk; Kojang, Tomei, J-jeff (kucing2 aku ni pose ke?); Tasha, Jia, geng2 Congek sekalian, Nurin, Faisal Awiengs, Faisal Fazari, Farah Aqilah, semua student semester 5 group A dan B, semua lecturer Mass Communication; Joe, Fuzer, Jaja; Erik, Dilla, Dayah, Hanis, Tikah, Suhana (member2 baik sejak sekolah); insan yang aku sayangi; dan kepada semua yang mengenali diriku. Dengan harapan, semoga anda memperoleh kebahagiaan yang anda cari di bulan ini. Thanks.

No comments:

Post a Comment