ads

Tuesday, August 25, 2009

bulan puasa

Akhirnya bulan puasa tiba jua. Sebagai umat islam, aku tak terkecuali untuk berpuasa selama sebulan di bulan yang penuh keberkatan ini. Cewah! Harapan untuk puasa penuh tu mungkin tiada, tapi aku try untuk penuhkan. (dapat ke?)

Puasa kali ni aku dapat rasakan dah tak sehavoc masa aku kecik dulu. Yelah, masa dulu, aura bulan puasa tu terasa sampai raya. Kali ni macam dah suam2 kuku. Time raya je baru havoc sikit, tu pun bila dah jumpa sedara –mara. Sepupu2 pun dah besar2, dah tak boleh ajak main bunga api sama2 dah, dah tak boleh ajak kawan2 pergi raya satu kampung dah. Duit raya pun dah x dapat dah. Sedih siot! Pastu dah sampai plak turn aku bagi duit raya. Nasib baik aku tak kerja lagi, so tak boleh bagi lagi. Haha!

Bulan puasa kali ni? Macam biasa je. Pagi pergi class, petang balik class, malam tido, sebelum subuh bangun, makan sahur. Haha! Tu pun kalau aku bangun sahur lah. Kalau tak bangun, alamat kena tahan sampai berbuka. Bila aku bukak cerita pasal bulan puasa ni, aku teringat something yang berlaku pada aku masa bulan puasa. Something yang aku rasa macam baru semalam berlaku. Something yang kalau aku jaga dengan baik, mesti aku still ada sampai sekarang. Tapi nak buat macam mana, takdir menentukan segalanya. But, aku still mengharapkan dengan hadirnya bulan Ramadan yang mulia ini, aku dapat menyemai kembali bibit2 bunga yang pernah mekar satu ketika dahulu.

Akhir kata, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada mak ayah, Fazira, Haziq (jangan ponteng, haziq!), atuk; Kojang, Tomei, J-jeff (kucing2 aku ni pose ke?); Tasha, Jia, geng2 Congek sekalian, Nurin, Faisal Awiengs, Faisal Fazari, Farah Aqilah, semua student semester 5 group A dan B, semua lecturer Mass Communication; Joe, Fuzer, Jaja; Erik, Dilla, Dayah, Hanis, Tikah, Suhana (member2 baik sejak sekolah); insan yang aku sayangi; dan kepada semua yang mengenali diriku. Dengan harapan, semoga anda memperoleh kebahagiaan yang anda cari di bulan ini. Thanks.

Sunday, August 16, 2009

demam dan aku?

first, ayah aku kena..

then, fazira..

pastu fatin dan adiknya, ain..

haziq plak yang demam..

then fazira balik..

last skali, aku..

perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku adalah.. H1N1!! dah la aku demam bila dah sampai kat shah alam ni. pastu sekarang ni virus tu dah semakin membimbangkan.. dah ramai plak yang terkorban akibat virus tu.

papepun, thanks to tasha sebab jaga aku time aku demam. bagi aku makan ubat, aunty nora pun take care gak.. dan yang paling aku terharu sekali, ada satu malam tu, badan aku panas sangat (tapi aku tetap rasa sejuk), tasha rasa dahi aku panas, then dia basahkan tuala dan tuam atas dahi aku. hahaha!! aku tak tahu nak cakap apa tapi.. thanks annie!! sebab ko jaga aku dengan baik sampai aku dah ok sikit, kita dapat wat photoshoot yang gembak! hehe..

walaupun still rasa x sedap badan, tapi aku perlu lawan sakit tu supaya tak rasa sangat. jangan dilayan sangat demam ni, nanti lagi melarat. tapi nasib baik lah aku demam lepas register. risau gak tak lepas time register bila diorang ada scan suhu badan student sebab aku dah rasa x sedap badan sebelum bertolak ke ktm lg. means kat rumah pun dah mula rasa.

Thursday, August 13, 2009

ugutan

Post yang lepas2 aku ceritakan pasal zaman kecik2 aku. Now, aku nak cerita pasal kenangan yang aku x boleh lupa sampai sekarang.

Kejadian ni berlaku masa aku duduk kat rumah lama aku kat Sungai Way, PJ. Lebih kurang aku berumur 7-8 tahun la. Masa tu, aku tengah bermain kat tepi jalan dekat dengan rumah dengan kawan aku, jiran aku la kiranya. Nama dia Kak Ila. Masa kitorang tengah main hape ntah aku pun tak ingat,tiba2 ada sebuah kereta hitam berhenti depan kitorang. Lepas tu tingkap kereta tu pun terbuka. Kelihatan seorang lelaki, berbadan tegap, berjaket kulit hitam dan berkaca mata hitam. Semua serba hitam, dah macam Zorro dah aku tengok. Lepas tu, dia tanya Kak Ila,nama aku siapa. Kak Ila jawap lah yang nama aku Zaty. Lepas tu, lelaki tu panggil nama aku.. “Zaty..” tiba2 tangannya buat isyarat seperti mengelar leher. Macam ugutan bunuh. Aku dah mulai takut. Tiba2 lelaki tu hanya tersengih, dan pecut kereta dia dari situ. Aku hanya memandang Kak Ila dan terus berlari ke rumah.

Sampai kat pintu rumah, tiba2 mak aku panggil aku. Dia cakap dia nampak apa yang berlaku tadi. Sebab tadi mak aku berada di luar rumah. Mak aku hanya menenangkan aku dan cakap jangan main jauh2. Mak risau nanti. Mungkin sebab ugutan bunuh tu menjadi salah satu faktor kitorang pindah ke negeri sembilan. Entah, aku pun tak tahu. Agaknya, kalau aku masih stay kat sana, mungkin aku dah tak ada kat dunia ni kot. Haha! Mengarut je aku ni.

Hurm. Apa pun, aku bersyukur dapat bernafas lagi sampai sekarang.

Tersedar..

Sebelum aku balik ke n9, seorang hamba Allah buzz aku kat YM. Bertanyakan pasal paper exam masing2. Dan kemudian bertanya pasal subject sem depan. Dan beliau berkata sem depan adalah sem final beliau. Tiba2 aku tersentak. Sem final? Maknanya, mereka bakal meninggalkan Unisel awal tahun depan. Tiada lagi wajah2 itu akan kelihatan depan mata, tiada lagi kedengaran suara2 itu, tiada lagi hingar2 dan gelak ketawa mereka di fakulti. Semua itu bakal tiada. Semua itu bakal tiada di depan mata aku suatu hari nanti. Serius, hamba Allah itu telah membuat aku tersedar. Tersedar yang mereka bakal tiada di depan mata aku.

Then, lagi 2 sem, aku pulak yang akan meninggalkan Unisel. Dan sekali lagi aku akan kehilangan orang2 yang berada di sekeliling aku selama aku belajar disini. Tak kisah sama ada kawan rapat atau hanya sekadar tegur2. Pasti aku akan merindui saat2 aku dan mereka naik bas bersama2 pergi ke Unisel, suka duka, saat2 bergaduh atau gembira bersama2. Semua itu bakal tiada setelah aku dan mereka menduduki kertas peperiksaan terakhir sebagai student Unisel. Bakal tiada. Dan tak mungkin akan dilalui bersama lagi. Masing2 membawa haluan sendiri. Istilah benci dan suka menjadi satu, menjadi rindu. Rindu kerana orang yang aku benci mahupun yang aku sayang, bakal tiada di depan mata.

Anda, anda tidak merasakah kehilangan yang bakal kita hadapi tak lama lagi? Aku merasai kehilangan itu. Bukan sahaja anda yang aku jadikan teman, tetapi aku merasai kehilangan seluruh perkara yang selalu berada denganku. Tidakkah anda rasai? Tidah sedih kah anda dengan apa yang berlaku? Atau anda gembira setelah apa yang berlaku? Dan anda ternanti2kan saat kehilangan itu? Adakah anda tidak menghiraukan kehilangan itu?

Adakah harapan untuk aku melihat semua itu kembali? Aku x mahu semua, tapi aku mahukan kembali yang pernah menjadi milik aku dulu. Tapi, adakah terlalu payah harapan ini untuk aku kecapi? Atau, harapan ini terlalu tinggi aku letakkan? Dan satu lagi persoalan. Adakah sempat aku kecapi harapan itu? Yang aku mampu lakukan hanyalah, berserah...

Somebody, aku perlukan kekuatan. Please.