ads

Wednesday, July 22, 2009

Cerita..

Hello! Aku disini menulis sebab aku punya suka lah! Hheehehe.. Gurau2 je. Tujuan aku menulis blog ni adalah aku nak menyatakan isi hati dan aktiviti2 harian aku selama aku hidup ni. Meh sini aku ceritakan diri aku dan kehidupan waktu kecil aku.

Aku? Nama? Nur Izzatti bt Arifin. Just call me Zaty. Lahir kat Hospital Assunta, PJ. Dijaga selepas lahir oleh atuk dan arwah wan kat Negeri Sembilan selama 4 tahun. Kendian, aku berhijrah ke PJ balik dan bersekolah tadika kat sekolah cina. Sekolah rendah pun kat sekolah cina, kat Sungai Way. Aku benci betul dengan Guru Besar sekolah tu sebab garang sangat. Dan aku suka buli budak2 cina kat kelas aku. Ehehe.. Then, umur aku 9 tahun, aku pindah N9 balik sebab mak nak jaga atuk. Dan aku masuk sekolah kebangsaan. Dan kat situ jugak lah aku kena buli dengan budak2 melayu. (tu lah, sape suruh buli budak..)

Adik beradik? Aku anak sulung dari 3 orang. Yang kedua adalah Fazira dan terakhir ialah Haziq. Masa kecik, budak dua orang nilah budak yang paling comel yang pernah aku jumpa. Yang si Fazira ni, sangat comel dan kulit dia putih melepak. Haziq pulak, sedara2 aku sume panggil dia ‘handsome boy’. Menyampah. Macam lah aku ni tak comel masa kecik. Tapi diorang ni comel masa kecik je. Dah beso, lagi2 si Fazira tu, tak pandai jaga muka, tumbuh jerawat dah. Pastu berjemur je. Maklumlah, aktif kat sekolah. Kawad lah, khemah la, balapan lah. Si Haziq pun sama. Makan je kerja, kan dah gemuk. Hahaha! Kakak dia ni jugak yang maintain. Pape pun, aku sayang budak dua ekor tu. I lap you both lah!

Dulu masa kecik2, aku dengan Fazira ni selalu gaduh. Pukul sana, pukul sini, tarik rambut, baling2 barang. Sekarang, dialah adik yang paling rapat dengan aku. Apa2 masalah, kitorang kongsi each other. Dan dia ambil minat aku dalam lukisan sebagai jalan hidup dia. Kira dia ni sambung cita2 aku lah kononnya. Hehe. Yang amik alih tempat aku gaduh dengan Fazira ialah Haziq. Budak dua ekor ni selalu gaduh. Aku tak paham dengan diorang ni. Asal aku balik je, mesti aku dengar suara petir si Zira... “HAZIQ!! Bla, bla, bla...!!!” hurm.. lantak la korang.

Yang Haziq ni pulak, pun sama je minat dengan aku dan Zira. Melukis jugak. Tapi yang aku tak fahamnye, xde benda lain yang dia nak lukis selain lori pasir, bajak padi, jentera gali tanah tu, dan yang sewaktu dengan benda alah tu lah. Bukan lukis saje2, tapi sangat detail lukisan dia. Entah lah adik aku sorang ni. Nak jadi arkitek jentera berat kot.

Persamaan aku dengan adik beradik aku? Yang aku dapat kesan dari dulu lagi adalah minat kitorang dalam melukis. Kira kitorang ni bertangan seni la. Hehe. Tapi mana dapat darah seni ni pun, aku tak tahu. Sebab mak ayah aku bukannya berseni sangat. Darah pahlawan ada lah. Tapi pakcik aku pandai melukis. Entah2 dari dia kot. Pape pun, aku sayang adik2 aku. Diorang je tak tau. Hehe..

To Nur Fazzira bt Arifin and Mohd Haziq bin Arifin, tunggu kepulangan akak mu yang cute ni ek! Rindu kat korang. Kalo korang gaduh maso den balik, den pelangkung kopalo sorang2. Haha! Den nak makan masak lomak cili api omak den. Dah lamo x makan. Rindu raso. Eh, nogori plak. Hehehe.. Sekian.

3 comments:

  1. waahh..weyh.kau pun lahir dkt assunta hospital ea??sme la kite kan.tp kau lahir dl.hee

    ReplyDelete
  2. hahahah..
    zaty berani cite ttg mase ko kecik2 eh..?
    hahahaaa
    kirim salam aku kat adik ko...hahhaha(fazira tau..bkn haziq..)
    :-)

    ReplyDelete
  3. stay kt sg way dlu???
    area mane ek??? ss brape??
    sy pown duk cna gak..
    tp x skola cina...
    =)

    ReplyDelete