Wednesday, July 15, 2009

Bila sepupu-sepupu comelku mula bersuara..

Adik kesayangan aku yang otak gile2 tu, Fazira, bagitahu aku tentang gelagat dua orang sepupu comelku ni masa diorang balik kampung. Si Hazrien dengan Hazim.

Kisahnya bermula disini.. Hazrien tanya kat Fazira, “kakngah, kenapa makngah buat tangga baru?” yang si zira ni pulak jawap jawapan yang membuatkan budak tu nak tanya lagi.. “nanti senang kalau kak Zaty nak kahwin”

“betul ke kak zaty nak kawin??” Sudah, soalan itu yang terkeluar dari mulut diorang. Zira pulak lagi melayan.. “ye, kak zaty dah nak kawin. Tak caye? Gi tanya mama korang..”

Lantas, si Hazrien dan adiknya, Hazim, pergi mencari mamanya. Bila dah jumpa... “mama, mama!” “apenye korang ni?” “betul ke kak zaty nak kawin?” “entah la. Mama pun tak tahu. Betul lah kot..”

Siot tol.. masih tak puas hati, diorang suruh fazira call aku malam tu gak.
Shah alam. Lebih kurang pukul 9 malam. Ketika aku berada di CC, sedang melayari internet..

Kring!! Kring!!

‘Alamak, sape plak call aku ni... fazira? Aphal plak minah ni call aku? Rindu kat kakak kesayangan dia ni ke?’

“Hello?”

“ha, akak. Ni, hazrien nak cakap..”

Kedengaran suara comel si hazrien plak. “hello, kak! Betul ke akak nak kawin?”

Bayangkan keadaan aku kat dalam CC tu macam mana. Orang sebelah aku dah pandang2 aku dah, cite pasal kawin ni..

“along, mana kau dengar cite ni? Bile masa plak akak nak kawin?”

“yelah, makngah buat tangga baru. Pastu kak ngah cakap akak dah nak kawin.”

“mana ada! Kakngah tu tipu je.. apa lah korang ni..

“Owh. Ok lah. Tapi bila akak nak kawin?”

“lambat lagi lah, along. Pakwe akak pun baru je lari, takkan nak kawin sorang2 pulak.. hehe”

“kenapa pakwe akak lari?” banyak tanye pulak budak ni.

“sudah lah, along! Akak ade keje ni. Lain kali lah korang tanya akak ek. Nanti kalau akak balik kampung, kita borak panjang2 ek? Hehe”

Itulah gelagat sepupu kesayangan aku tu. Si hazrien, dan hazim. Dua beradik yang rasa cam nak tumbuk je muka diorang sebab banyak mulut! Tapi cute, macam akak sepupu dia ni. Hehe. Rindu kat diorang. Raya nanti lah nampaknya masa untuk spend together with the whole family.

No comments:

Post a Comment