ads

Wednesday, July 22, 2009

Another word to say…

Ni, mata aku bengkak lagi. Bukan sebab kena tumbuk he hape, tapi melalak depan Tasha. Sampai hati ko Tasha, ko gelakkan aku nangis. Aku tau la aku menangis meraung melalak macam budak kecik, tapi jangan la gelakkan aku. Lagi la menjadi-jadi tangisan aku ni bila ko ketawa. Tapi anyway, thanks sebab ko sudi dengar tangisan aku and buat aku ketawa balik.. Ketawa balik dengan mata bengkak2 ni. Huh!

Bila dah menangis ni, rasa lega sikit. Macam lepas tensyen la kiranya. Rasa lega bila aku dah luahkan tangisan aku kat seseorang. Bukan apa, aku teringat ‘dia’. ‘Dia’ yang pernah buat aku menangis depan adik aku 1 hari 1 malam tanpa henti dan serabut selama seminggu.

Dah lah! Cite lain. Dah nak habis sem. Sem depan dah masuk semester 5. Subject makin susah. ‘Bila aku grad ni..’ bisik suara dalam hati. Fikir, aku nak buat apa lepas ni. Adakah aku akan terus study dalam degree atau kerja dulu atau kerja sambil study? Kang, kalau aku buat bisnes sendiri kang, aku nak buat bisnes ape? Bak kata Nurin, “Zaty, apa kata kalau kau bukak kedai kat tepi2 Central Market kat KL tu, ko lukis potrait orang yang lalu lalang kat situ. Aku tengok ko buat painting ni pun menjadi je.” Hurm.. Bukak kedai lukisan? Kalau macam tu, buat penat je la aku study masscomm.

“Nurin, aku nak mencuba sesuatu yang baru. That’s why aku amek masscomm..” hehe. Sketch, painting, even lukisan2 komik yang aku buat, aku jadikan sebagai hobi. Bukan sebagai mata pencarian dalam hidup. Aku melukis sebab passion aku dalam melukis. Pernah orang tanya “ Zaty, ko taknak jual ke lukisan ko ni?” Jawapan aku.. “Nope!” Artwork aku bukan untuk dijual. Artwork aku adalah aku. Bukan untuk sesiapa. Hanya orang yang aku sayang sahaja boleh simpan artwork aku. Tanpa bayaran. Sebab mereka adalah sebahagian dari hidup. Contoh, mak ayah aku, adik beradik, kawan2 rapat, and insyaallah my future husband. Siapa jadi laki aku nanti, padan lah muka sebab rumah akan dipenuhi dengan cat2 air, pelbagai jenis berus, pensel2 yang pelbagai jenis kepekatan dan canvas2 yang bersepah2. Senang cite, dah boleh buat pameran dah. Hehe..

No comments:

Post a Comment