ads

Wednesday, July 22, 2009

Cerita..

Hello! Aku disini menulis sebab aku punya suka lah! Hheehehe.. Gurau2 je. Tujuan aku menulis blog ni adalah aku nak menyatakan isi hati dan aktiviti2 harian aku selama aku hidup ni. Meh sini aku ceritakan diri aku dan kehidupan waktu kecil aku.

Aku? Nama? Nur Izzatti bt Arifin. Just call me Zaty. Lahir kat Hospital Assunta, PJ. Dijaga selepas lahir oleh atuk dan arwah wan kat Negeri Sembilan selama 4 tahun. Kendian, aku berhijrah ke PJ balik dan bersekolah tadika kat sekolah cina. Sekolah rendah pun kat sekolah cina, kat Sungai Way. Aku benci betul dengan Guru Besar sekolah tu sebab garang sangat. Dan aku suka buli budak2 cina kat kelas aku. Ehehe.. Then, umur aku 9 tahun, aku pindah N9 balik sebab mak nak jaga atuk. Dan aku masuk sekolah kebangsaan. Dan kat situ jugak lah aku kena buli dengan budak2 melayu. (tu lah, sape suruh buli budak..)

Adik beradik? Aku anak sulung dari 3 orang. Yang kedua adalah Fazira dan terakhir ialah Haziq. Masa kecik, budak dua orang nilah budak yang paling comel yang pernah aku jumpa. Yang si Fazira ni, sangat comel dan kulit dia putih melepak. Haziq pulak, sedara2 aku sume panggil dia ‘handsome boy’. Menyampah. Macam lah aku ni tak comel masa kecik. Tapi diorang ni comel masa kecik je. Dah beso, lagi2 si Fazira tu, tak pandai jaga muka, tumbuh jerawat dah. Pastu berjemur je. Maklumlah, aktif kat sekolah. Kawad lah, khemah la, balapan lah. Si Haziq pun sama. Makan je kerja, kan dah gemuk. Hahaha! Kakak dia ni jugak yang maintain. Pape pun, aku sayang budak dua ekor tu. I lap you both lah!

Dulu masa kecik2, aku dengan Fazira ni selalu gaduh. Pukul sana, pukul sini, tarik rambut, baling2 barang. Sekarang, dialah adik yang paling rapat dengan aku. Apa2 masalah, kitorang kongsi each other. Dan dia ambil minat aku dalam lukisan sebagai jalan hidup dia. Kira dia ni sambung cita2 aku lah kononnya. Hehe. Yang amik alih tempat aku gaduh dengan Fazira ialah Haziq. Budak dua ekor ni selalu gaduh. Aku tak paham dengan diorang ni. Asal aku balik je, mesti aku dengar suara petir si Zira... “HAZIQ!! Bla, bla, bla...!!!” hurm.. lantak la korang.

Yang Haziq ni pulak, pun sama je minat dengan aku dan Zira. Melukis jugak. Tapi yang aku tak fahamnye, xde benda lain yang dia nak lukis selain lori pasir, bajak padi, jentera gali tanah tu, dan yang sewaktu dengan benda alah tu lah. Bukan lukis saje2, tapi sangat detail lukisan dia. Entah lah adik aku sorang ni. Nak jadi arkitek jentera berat kot.

Persamaan aku dengan adik beradik aku? Yang aku dapat kesan dari dulu lagi adalah minat kitorang dalam melukis. Kira kitorang ni bertangan seni la. Hehe. Tapi mana dapat darah seni ni pun, aku tak tahu. Sebab mak ayah aku bukannya berseni sangat. Darah pahlawan ada lah. Tapi pakcik aku pandai melukis. Entah2 dari dia kot. Pape pun, aku sayang adik2 aku. Diorang je tak tau. Hehe..

To Nur Fazzira bt Arifin and Mohd Haziq bin Arifin, tunggu kepulangan akak mu yang cute ni ek! Rindu kat korang. Kalo korang gaduh maso den balik, den pelangkung kopalo sorang2. Haha! Den nak makan masak lomak cili api omak den. Dah lamo x makan. Rindu raso. Eh, nogori plak. Hehehe.. Sekian.

Another word to say…

Ni, mata aku bengkak lagi. Bukan sebab kena tumbuk he hape, tapi melalak depan Tasha. Sampai hati ko Tasha, ko gelakkan aku nangis. Aku tau la aku menangis meraung melalak macam budak kecik, tapi jangan la gelakkan aku. Lagi la menjadi-jadi tangisan aku ni bila ko ketawa. Tapi anyway, thanks sebab ko sudi dengar tangisan aku and buat aku ketawa balik.. Ketawa balik dengan mata bengkak2 ni. Huh!

Bila dah menangis ni, rasa lega sikit. Macam lepas tensyen la kiranya. Rasa lega bila aku dah luahkan tangisan aku kat seseorang. Bukan apa, aku teringat ‘dia’. ‘Dia’ yang pernah buat aku menangis depan adik aku 1 hari 1 malam tanpa henti dan serabut selama seminggu.

Dah lah! Cite lain. Dah nak habis sem. Sem depan dah masuk semester 5. Subject makin susah. ‘Bila aku grad ni..’ bisik suara dalam hati. Fikir, aku nak buat apa lepas ni. Adakah aku akan terus study dalam degree atau kerja dulu atau kerja sambil study? Kang, kalau aku buat bisnes sendiri kang, aku nak buat bisnes ape? Bak kata Nurin, “Zaty, apa kata kalau kau bukak kedai kat tepi2 Central Market kat KL tu, ko lukis potrait orang yang lalu lalang kat situ. Aku tengok ko buat painting ni pun menjadi je.” Hurm.. Bukak kedai lukisan? Kalau macam tu, buat penat je la aku study masscomm.

“Nurin, aku nak mencuba sesuatu yang baru. That’s why aku amek masscomm..” hehe. Sketch, painting, even lukisan2 komik yang aku buat, aku jadikan sebagai hobi. Bukan sebagai mata pencarian dalam hidup. Aku melukis sebab passion aku dalam melukis. Pernah orang tanya “ Zaty, ko taknak jual ke lukisan ko ni?” Jawapan aku.. “Nope!” Artwork aku bukan untuk dijual. Artwork aku adalah aku. Bukan untuk sesiapa. Hanya orang yang aku sayang sahaja boleh simpan artwork aku. Tanpa bayaran. Sebab mereka adalah sebahagian dari hidup. Contoh, mak ayah aku, adik beradik, kawan2 rapat, and insyaallah my future husband. Siapa jadi laki aku nanti, padan lah muka sebab rumah akan dipenuhi dengan cat2 air, pelbagai jenis berus, pensel2 yang pelbagai jenis kepekatan dan canvas2 yang bersepah2. Senang cite, dah boleh buat pameran dah. Hehe..

Thursday, July 16, 2009

bersama congek2







pict2 teater dan lepak bersama geng congek..

Ni adalah sebahagian dari gambar2 yang nurin tangkap pada malam Teater Muzikal Purbawara Sultan Mahmud.







sheqal sebagai sultan mahmud








Thanks Nurin, Aunt Nora, Wiwie, and Nizam for coming. I’m glade to see you that night. And thanks kepada pujian yang diberi kepada kitorang semua. I’m really appreciate it. Yang penting sekali, pujian kepada si ‘Sultan Mahmud’ tu dari Aunt Nora.. huh!!

1 hari selepas teater, aku dan Tasha bersama Nurin dan geng2 Congek lepak di daratan Shah Alam sambil menjamu selera makanan yang dibeli di pasar malam. Macam ni lah yang dikatakan student life. Lepak bersama member2 universiti dan bergurau senda cara student. Bukan cara orang matured or tua or buat2 matured, ok. Hehe.. betol tak kawan2??

Well, time2 camni lah nak luangkan masa dengan member2. Kat sape lagi kita nak lepak sama2 kalau bukan member2 camni. Aku duk Shah Alam ni pun bukannya lama lagi. So, spend time dengan congek ni lah antara masa yang paling berharga buat aku. Thanks for all my friends for support me. And x lupa gak kat Eda. Happy birthday for you my dear. Hehe.. semoga kau dapat apa yang kau nak dalam hidup. Tak kisah la kau yakin dapat ke tak, tapi berusahalah menuju ke arah itu. Faham maksud aku kan? Hehe.. and semoga cepat sembuh dari penyakit yang anda hidapi. Tabah dalam hidup, ok!

purbawara sultan mahmud

teater? aku sangat seronok dengan performance kitorang malam tadi. sangat happening!! dan aku rasa aku nak join teater lagi. memang penat gile dengan semua latihan2 tapi penat tu berbaloi dengan sorakan dari penonton2. dan aku rasa terhatu dengan kehadiran aunty nora iaitu mama tasha pada malam tu. kira aku anggap aunty nora macam mak aku.

kepada budak2 tarian asmaradana, sorry kalau aku marah korang petang semalam. tapi aku marah ada sebab, sebabnya aku nak perfect malam teater tu. aku xnak korang kena gelak malam tu. so, thanks sebab korang dah buat yang terbaik malam semalam. aku hargai sangat2. skali lagi kalau ada yang terasa dengan aku. aku marah bukan sebab aku suka2 nak marah, tapi untuk korang gak. so, maafkanlah segala kesalahan aku ek..
hehe..

dalam kegembiraan aku malam semalam, dalam masa yang sama, aku sedih. sedih sebab aku meletakkan harapan yang tinggi. dan bila harapan tang tinggi itu musnah, ia jatuh bagaikan WTC kat New York tu runtuh. sakit sangat. sampai dah xde air mata nak keluar lagi. yelah, sem ni lah air mata aku paling banyak keluar. semalam pun keluar lagi. thanks Eda sebab nampak kesedihan aku semalam. cam ne ko ley taw aku nangis.. hehe..

ok2, xnak cite sedih2. aku nak happy je.. x semestinya harapan aku tu musnah camtu je. boleh bina balik kan? hehe.. and thanks to kawan2 yang ada time aku sedih dan gembira. aku hargai korang.

Wednesday, July 15, 2009

Bila sepupu-sepupu comelku mula bersuara..

Adik kesayangan aku yang otak gile2 tu, Fazira, bagitahu aku tentang gelagat dua orang sepupu comelku ni masa diorang balik kampung. Si Hazrien dengan Hazim.

Kisahnya bermula disini.. Hazrien tanya kat Fazira, “kakngah, kenapa makngah buat tangga baru?” yang si zira ni pulak jawap jawapan yang membuatkan budak tu nak tanya lagi.. “nanti senang kalau kak Zaty nak kahwin”

“betul ke kak zaty nak kawin??” Sudah, soalan itu yang terkeluar dari mulut diorang. Zira pulak lagi melayan.. “ye, kak zaty dah nak kawin. Tak caye? Gi tanya mama korang..”

Lantas, si Hazrien dan adiknya, Hazim, pergi mencari mamanya. Bila dah jumpa... “mama, mama!” “apenye korang ni?” “betul ke kak zaty nak kawin?” “entah la. Mama pun tak tahu. Betul lah kot..”

Siot tol.. masih tak puas hati, diorang suruh fazira call aku malam tu gak.
Shah alam. Lebih kurang pukul 9 malam. Ketika aku berada di CC, sedang melayari internet..

Kring!! Kring!!

‘Alamak, sape plak call aku ni... fazira? Aphal plak minah ni call aku? Rindu kat kakak kesayangan dia ni ke?’

“Hello?”

“ha, akak. Ni, hazrien nak cakap..”

Kedengaran suara comel si hazrien plak. “hello, kak! Betul ke akak nak kawin?”

Bayangkan keadaan aku kat dalam CC tu macam mana. Orang sebelah aku dah pandang2 aku dah, cite pasal kawin ni..

“along, mana kau dengar cite ni? Bile masa plak akak nak kawin?”

“yelah, makngah buat tangga baru. Pastu kak ngah cakap akak dah nak kawin.”

“mana ada! Kakngah tu tipu je.. apa lah korang ni..

“Owh. Ok lah. Tapi bila akak nak kawin?”

“lambat lagi lah, along. Pakwe akak pun baru je lari, takkan nak kawin sorang2 pulak.. hehe”

“kenapa pakwe akak lari?” banyak tanye pulak budak ni.

“sudah lah, along! Akak ade keje ni. Lain kali lah korang tanya akak ek. Nanti kalau akak balik kampung, kita borak panjang2 ek? Hehe”

Itulah gelagat sepupu kesayangan aku tu. Si hazrien, dan hazim. Dua beradik yang rasa cam nak tumbuk je muka diorang sebab banyak mulut! Tapi cute, macam akak sepupu dia ni. Hehe. Rindu kat diorang. Raya nanti lah nampaknya masa untuk spend together with the whole family.

tujukan khas untuk...

Lagu ni aku tujukan kepada sesiapa yang rasa-rasanya sayang aku. Sebab aku akan sayang korang balik. Sayang korang!!! Tapi kalau tak sayang tu, tak payah la ada hati nak baca lirik lagu ni. Sebab lirik ni hanya kepada yang sayang aku je. Hehe..

There's some things we don't talk about
Rather do without
and just hold the smile
Falling in and out of love
Ashamed and proud of
Together all the while

You can never say never
Why we don’t know when
Time and time again
Younger now than we were before

Don't let me go
don’t let me go
don’t let me go

Picture you're the queen of everything
As far as the eye can see
under your command
I will be your guardian
when all is crumbling
Steady your hand

You can never say never
why we don’t know when
Time, time and time again
Younger now then we were before

Don't let me go
don’t let me go
don’t let me go

We're pulling apart and coming together again and again
we’re growing apart but we pull it together, pull it together, together again

Don't let me go
don’t let me go
don’t let me go

Friday, July 10, 2009

enjoyable moment..

thanks to aunt nora sebab bwk aku n tasha g burgerking.. best..

aku nk share something ni.. aku rasa bahagia kot.. hehehe.. nak taw knape? rasanya xley bgtw skarang.. tgu bila semua selesai dan pasti, then baru aku bagitaw.. hehe.. tapi aku x meletak harapan tinggi la.. tkut jatuh gedebuk nnt, sape sakit? aku gak.. huhuhuhuhuhuhuhuhhu..

lg satu perkara yang aku cakap enjoyable.. best giller lepak dgn wiewie si tasha tu dgn nizam.. even baru kenal pun, tp ley wat aku tergelak la... tp x tahan tu, tasha wat aku sakit perut sbb tergelak dgn lawak dy.. bukan lawak je, dgn mimik2 muka skali!! siyes best la that moment..

byk lgi best moment sejak kebelakangan ni.. tp nnt2 la aku post.. hehe.. wanna hava another enjoyable time sat lagi.. yela, dari aku ngumpat kat sini, xdpt pape, baik aku ngumpat kat luar.. g wat cite kat orang lain ke, kutuk habis2 ke, ehehehehe... xde la.. gurau je.. xkan aku nak wat btol2.. aku bukan orang camtu k.. hehe.. bye!!

Thursday, July 9, 2009

no comment..

haha!! untuk kali keduanya, aku post pada hari yang sama.

aku rasa aku agak melampau dengan post2 aku yang lepas.. sorry for that.. i didn't mean to be so rude to anybody. aku just dah pening dengan ape dah berlaku sekarang ni. and, aku just wanna say that semua ada salah masing2, and kita kenalah mengaku salah kita. jangan terlalu mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain. kalau pentingkan diri untuk family atau kebahagiaan sendiri dan tidak mengganggu emosi orang lain, itu kira lepas.

and now, aku nak tukar topik. kali ni, sape nak terasa, lantak la.. aku bukan ape, just annoying dengan seorang penipu ni. dah la menipu, tak pandai tipu lak tu. pastu adelah benda yang dia pernah tuduh aku dulu. adelah benda yang dia tuduh aku. takkan aku nak cakap plak kan? takut dituduh penjaja cerita plak. kang tak pasal2 dituduh penagih simpati orang.

ok2, berbalik pada cerita tadi. ha! lepas tuduh aku, ley plak try nk add aku kat somewhere..

satu je aku nak cakap. anda tak malukah jika aku katakan disini bahawa anda meludah ke lantai, then anda jilat balik? kalau anda jenis tak tahu malu, memang patut aku cakap seperti diatas.. hehe..

sape makan cili, xkan nak rasa durian plak kan?