ads

Sunday, June 21, 2009

Kali ini, aku ingin berbicara tentang perkara yang selalu bermain difikiran, perkara yang kadang-kala naik jelak bila diteliti, perkara yang aku ingin lakukan tapi tak lepas-lepas, perkara yang membahagiakan dan mengecewakan, perkara yang dah lepas, dan perkara yang belum lepas..

Aku bukanlah seorang yang complicated, dan aku tak suka orang anggap aku ni complicated. Sebab aku berkata begini? The word “Complicated” akan menyebabkan aku stress. Stress adalah salah satu punca penyakit-penyakit berbahaya di dunia. Contoh? Strok. Stress akan menyebabkan tekanan pada otak dan saraf. Akibat jika stress tahap melampau, saraf akan terjejas dan kemungkinan fungsi saraf akan terjejas dan mengakibatkan kegagalan otak untuk mengesan sebarang respon daripada reseptor-reseptor yang terlibat. Hal ini menandakan sistem saraf tidak lagi dapat berfungsi dengan baik dan akan mengakibatkan strok. Oleh itu, aku selalu berpegang pada kata-kata ini: “Hidup ini mudah, melainkan seseorang itu yang menjadikannya sukar”. So, kalau nak hidup lama, janganlah jadikan hari-hari anda sukar dengan tindakan-tindakan lalu yang anda lakukan. Aku tak tujukan pada sesiapa, cuma peringatan untuk diri sendiri.

Sorry kalau ada unsur-unsur sains dalam blog yang aku post kali ini. Kadang-kadang aku terlupa yang aku bukan lagi science student. Tapi, walaupun bukan lagi student sains, aku suka menerapkan unsur-unsur sains dalam kehidupan. Jika aku masih meneruskan pelajaran aku dalam bidang sains hayat dulu, mungkin sekarang ni aku salah seorang bakal Dietitian yang aku cita-citakan sejak sekolah menengah.
Cabaran. Bagi aku, tanpa cabaran, kita takkan tahu sama ada kita mampu untuk melakukan sesuatu atau tidak. Aku suka akan cabaran asalkan yang tidak melampaui batas. Dan aku sedaya upaya untuk tidak mengangap cabaran itu sesuatu yang “complicated”. Sekarang ni aku cuba untuk menbusykan diri kerana aku rasa tercabar untuk melakukannya. Ternyata, kehadiran “penat” membuatkan aku berjaya dalam menyahut cabaran. Aku juga selalu menjadikan orang lain sebagai benchmark, mencabar diri sendiri untuk jadi seperti mereka atau lebih. Semua ini aku lakukan dengan harapan, dapat membuka mata pihak-pihak yang telah mengenepikan aku selama ini.

Penipu? Apa yang ingin aku luahkan disini adalah anda tak perlulah menjadi penipu semata-mata untuk meraih simpati daripada orang lain. Dan anda silap jika anda menipu dengan orang yang pernah menghadapi situasi sebenar seperti yang anda nyatakan. Itu menunjukkan anda masih belum profesional dalam bidang tipu-menipu. Sepatutnya, buat kajian dahulu tentang perkara itu dan ‘consequences’nya sebelum menipu. Ternyata tekaan anda salah terhadap aku..

Kesemakmuran. Faham dengan perkataan yang baru dinyatakan? Jika faham, tahniah kerana anda tidak tergolong dalam golongan yang lampi. Perkataan “kesemakmuran” ini aku tujukan kepada makhluk-makhluk yang mengganggu kerjaya aku selama ini. Jika anda rasa diri anda profesional, sila jangan ganggu kerja yang sedang berjalan dengan lancar, atau sebaliknya, hasil kerja akan jadi tidak memuaskan langsung! Aku dibayar, anda juga dibayar. Hanya lakukan kerja anda dan aku jalankan kerja aku dengan sebaik mungkin.

Post aku kali ini berbeza. Kali ini aku meluahkan isi hati dengan tidak menggunakan perkataan atau ayat-ayat yang berbunga bak corak vintage yang meleret. Penggunaan ayat kali ini adalah simple, direct dan berlapik. Itu adalah aku, mungkin diri aku yang sebenarnya. Aku tidak berapa suka menilai diri sendiri, dan tidak berapa suka dinilai secara luaran. Kerana luaran hanyalah temporary.

Terima kasih kerana sudi membaca hingga akhir post kali ini. Dan tahniah kepada yang berjaya memahami maksud post aku. Kredit untuk anda.

No comments:

Post a Comment