Tuesday, June 2, 2009

30.5.2009

Pada tarikh 30.5.2009, maka dengan ini, berakhir sudah ikatan perhubungan yang selama 8 bulan terjalin mesra. Ikatan diakhiri dengan persetujuan masing-masing dan akan meneruskan kehidupan sebagai kawan biasa, membawa hala tuju masing-masing. Walaupun sangat pedih untuk menerima, terpaksa jua ditempuhi.
Aku hanya menunggu masa untuk membawa diri, merantau ke tempat orang. Mungkin melanjutkan pelajaran ke negara lain adalah jalan terbaik untuk aku lupakan dia. Aku ingin jauh. Berada di tempat sama dengan dia membuatkan aku sesak. Aku cuba untuk menjadi kawan, tapi masih tak dapat terima keadaan itu. Aku cuba untuk lari, tapi aku rimas begitu, seperti takut untuk berdepan dengan masalah. Mungkin aku perlukan masa. Peruntukan masa pula tidak pula diketahui sampai bila. Mungkin seminggu dua, berbulan atau bertahun.
Adakala aku merasa seperti orang bodoh. Bodoh kerana tidak mengetahui atau kurang jelas dengan punca secara spesifik yang menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Aku juga dapat merasa seperti orang hilang punca. Dalam masa 4-5 selepas dapat mesej dari dia, aku serabut. Luar dan dalam. Bukan makanan lagi untuk dijamah, tetapi air mata.
Thanks untuk adik aku, Fazira, kerana sudi mendengar luahan dan tangisan aku selama sebulan aku bercuti dirumah. Dia sangat memahami dan seorang pendengar yang baik yang pernah aku jumpa. Semangat yang diberi membuatkan aku kembali menjalani hari-hari mendatang. Walaupun aku tak setabah ibu kesayangan, tapi aku cuba untuk berdiri semula dengan segala kudrat yang ada. Aku menyedari bahawa aku masih lagi ada ramai orang yang menyayangi aku. Family, kawan-kawan, even kucing kesayangan. Tapi walau apapun, aku masih menyayangi dia. Biarlah begitu, biarlah walaupun aku seorang sahaja yang hanya punya perasaan itu. Biarlah sakitnya aku seorang sahaja yang rasa. Dan aku sembunyikan kesakitan itu dengan memaparkan senyuman walaupun itu adalah kepura-puraan.

No comments:

Post a Comment