ads

Friday, June 14, 2013

Ride Makan Tengah Hari Nasi Beriani, Batu Pahat Johor

Salam








Oh well.. Perkara dah lama berlaku baru nak hapdet. That's me, unfortunately. Sigh*


Ride ni sehari sebelum Federal Election Malaysia, means 4 May 2013. Tujuan : Makan nasi beriani Batu Pahat untuk lunch. Wah wah, lunch je kot, sampai ke Batu Pahat! Dahsyat tak dahsyat.. Haha!


So, kitorang kumpul dulu ramai-ramai sebelum bertolak dalam pukul 9 pagi. Bila dah cukup orang, dalam pukul 10 pagi macam tu, bergoleklah tayar masing-masing menuju ke selatan tanahair. Weee!!



Ni Fara.



Fara ni power! Dia mampu bawak bike seberat 200++ kg tu! Dia bawak sendiri tau! Dia.. hebat.. laju.. Even Syamim punya top speed time tu lebih dari 200km/j pun, Fara still kat depan. Tunang dia jauh ketinggalan kat belakang. Dahsyat betul perempuan ni. Ok aku rasa diri aku kecik je sekarang -_-"


Kitorang sampai kat Batu Pahat around 12 to 12.30 pm. Cepat gila kan? Aku dah tak rasa kaki aku dah time Syamim tengah top speed. Pastu ada sebutir batu kecik terkena kat kaki aku, baru aku sedar aku masih ada kaki bhahahahahha! Sakit pulak tu terkena batu tu. Tskk T_T






Ni lah tempatnya. Kedai Makan Pokok Sena.




Makan kat sini berbaloi! Sepinggan nasi beriani kambing hanya RM6.50!! But aku tak makan kambing, Syamim yang makan. Aku makan nasi beriani ayam, RM5.50 sahaja.





Masing-masing muka bahagia + lapar + excited tunggu nasi beriani sampai ke meja.





Lepas makan, kitorang ambil gambar kat tugu Batu Pahat. Susun bike elok-elok (susun tu bajet macam tengah susun buku je pffttt..!), letak helmet cantik-cantik. Then, pose your rocking style! Yeah Baby!!








Lepas segala kejadian ini berlaku, aku dan Syamim bergerak balik ke kampung aku kat Rembau sebab aku mengundi kat sana. Time nak balik tu, mereka-mereka ni semua layan cornering pulak ikut jalan dalam.


Aku paling lemah bab cornering sebab aku menjerit-jerit kat belakang sorang-sorang. Kenapa sorang-sorang? Sebab, aku sorang je yang menjerit, yang lain tak. Lagi satu, aku sorang je yang tak reti bawak bike besau-besau. Tskk!







Till then. Assalamualaikum.. ^_^





p/s: Waktu paling banyak aku berzikir ialah waktu naik motor. Tak kira motor kecik atau besar. Sedih gila. Sekian. T_T







Wednesday, June 5, 2013

Running Man? Apakah?

Salam.





Aku bukanlah seorang peminat K-Pop. Sekadar mengetahui kewujudan K-Pop tu adalah. Drama-drama Korea pun aku hanya tengok tiga je, Full House, Boys Over Flower, dengan Sad Love Story. Tu je.. Sedih kan? Tskk..








Bila dalam timeline twitter mahupun facebook kawan-kawan aku kecoh dok bercerita pasal Running Man, aku tak rasa sedetik pun nak ambil tahu pasal rancangan tu. 

Sampailah pada satu ketika, masa tengah tergolek depan tv, keboringan tak tau nak tengok cerita apa, tukar channel tv randomly, aku pun terrrtonton channel OneHD dimana time tu Running Man tengah bersiaran. 

Dalam hati pada awalnya , "Owh ni ke Running Man yang budak-budak ni dok kalut tu..? Pffttttttt...!" bertukar kepada "OMG kelakar la diorang ni OMG OMG!" Ahh sudah..!



Jadi, walaupun aku lambat sangat tau pasal benda ni, sekarang aku merupakan peminat keras (hardfan) Running Man! Yay!








Antara ketujuh-tujuh ahli Running Man ni, yang paling aku minat ialah Lee Kwang Soo. Kepada yang masih belum mengenali, ini dia Lee Kwang Soo.





Tak, tak.. Jangan terpedaya dengan kecomelan dan ke-gwiyomi-an gambar Kwang Soo di atas. Aku suka dia sebab dia paling malang sekali dalam Running Man! Bhahahahahahah!


Sejak menjadi peminat tegar Running Man ni, banyak kali jugak la aku mimpi aku jadi jemputan diorang. Haaa over kann.. Yang peliknya, aku mesti akan team dengan Kang Gary. I don't know why -_-" Maybe sebab aku banyak dengar lagu-lagu dia kot.



Kang Gary



Leessang


Bagi yang tak tau, Gary ialah member dalam hip-hop duo, Leessang. Haaa rajin sangat google diorang ni tau! Sampai lagu-lagu diorang pun dah tau :P













Dengar ura-ura Running Man akan buat penggambaran di Malaysia. Betul ke? Kalau betul, aku nak jemput diorang kat KLIA sambil bawak sepanduk "I Love Kwang Soo and Kang Gary!!" kat depan Balai Ketibaan. Hey, bukan aku sorang je. Syamim pun minat jugak tau! Haaaaa... :P



So... Siapa minat Running Man, Lari!!!








Till then, Assalamualaikum..





Thursday, May 16, 2013

MM-M 6th Anniversary Dinner 2013

Salam






Dah hampir dua tahun aku kerja di Media Monitors Malaysia. Dan kali ni, sempena anniversary MM yang ke 6 di Malaysia, sambutan tahun ni lebih gah dari yang sebelum ni. Kalau tahun-tahun sebelum ni sambut kat Koi Pond depan office je, kali ni buat di Equatorial Hotel, Bangi. And of course, lebih formal dan bertema.

Untuk dinner malam tu, dress code dan theme yang telah dipilih ialah Smart Casual - Night of Colours. Bila dah bertema Night of Colours, dah tentu colourful je malam tu.



Colourful kan?


Nak dijadikan cerita... Aku merupakan salah seorang yang buat performance pada malam tu. That's why I've been busy jamming and practicing sampai tak sempat nak update blog. Huhh..




So... Yeah.. =_="


Aku and Syamim perform first sekali untuk malam tu. Lagu yang aku bawa ialah Taylor Swift - 22, Selena Gomes - Love You Like A Love Song, and Lady Gaga - Speechless.

Untuk lagu Selena Gomes, ada sedikit gimik di hujung-hujung lagu. Aku mash up sikit lagu tu dengan lagu Nobody - Wondergirls. Aku dapat idea tu secara kebetulan masa tengah practice lagu Love You Like A Love Song, tetiba ternyanyi lagu Nobody pulak. So, jadilah gimik yang aku rasa best! Alhamdulillah, time gimik tu, ramai yang macam terkejut and aku dengar sorakan and tepukan yang agak gemuruh. Ingatkan tak menjadi gimik tu. Thanks semua! <3 br="">


Owh! The dress tu aku beli from The Stylo Boutique di Shah Alam. Pergi terus kat kedai dia sebab aku tak pandai shopping online. Warna dan baju dipilih oleh Syamim and Syamim telah menjadi fashion advisor aku bhahahahaha! Thanks so much!




Perform dengan band.



 

Second performance dengan band pulak. Lagu yang kitorang perform ialah Careless Whisper - Seether. 


Dan beberapa band lain turut membuat persembahan.











Tunang orang tu pun ada buat persembahan jugak.. Dia terlupa lirik. Eh! :P





Paling kiri berbaju kuning is our General Manager, Michael Low.




Aza and Nazrin. Nazrin menang Male Best Dress Award. Sebab dia pakai topi Slash. Hahaha










Sekarang memang musim peplum. Kan Alifah?












Dalam banyak banyak gambar, aku rasa gambar ni paling Style! Kalau edit sikit, boleh jadi poster drama gangster Korea.







Malam tu meriah. Makanan pun sedap terutamanya Lamb Grill Black Pepper. Yums! Tapi tak bermakna makanan lain harus diketepikan!


Beberapa award telah diberikan kepada yang layak seperti Rising Star Award, Bright Star Award, dan North Star Award. Lucky Draw pun ada. So, tahniah kepada pemenang!





[Taken from Mike Powell, Vice President/International]



Last week it was the turn of our MM Malaysia operation in Cyberjaya, near Kuala Lumpur, Malaysia where - astonishingly - they were celebrating their sixth such event. Astonishing, because to me it seems like only yesterday that we were setting it up! With home-grown entertainment from MMM's own "house band" the event was topped by an award ceremony that recognized some of the wonderful qualities of our team there.

Whether it be Malaysia, India or the Dominican Republic, we are all extremely proud of our Media Monitors/AirCheck staff around the world. This spirit is also reflected on the RCS side of my division where I have witnessed so many examples of this fantastic team spirit that permeates our organization.







Till then, Assalamualaikum.







Wednesday, May 1, 2013

Homemade Strawberry Sauce Recipe

Salam.





Hello! Lama dah tak update blog. Jarang nak online dah sekarang ni, sebab hari tu ada annual dinner Media Monitors, aku ada buat performance sikit. So, tiap-tiap malam dok jamming and practice kat rumah dan studio. Bila bangun tidur, dah kena siap-siap pergi kerja. Nak masak kat rumah pun tak sempat. Ni tak lama lagi ada tournament badminton, aku masuk Women Double's Match. Dah nak kena practice dari sekarang.


Aku pulak bukan jenis yang reti pakai smartphone, tak reti nak update blog guna phone Syamim. T_T


Jadi, aku curi masa sikit just nak update satu resepi simple (eceeeehhhh) yang aku buat sendiri dan Syamim tengah gilakannya! It is Strawberry Sauce! Ahaks!


Actually tak lah gah mana pun resepi ni. Lagi pun aku just terfikir nak buat sendiri daripada beli strawberry sauce Heinz yang mahal tu T_T. 


Ok, let's start. Bahan yang aku gunakan ialah semangkuk strawberry dibelah 4, segelas air, setengah cawan gula, and sedikit perahan lemon. Simple kan?


Caranya senang sangat! 

1. Panaskan periuk atas api sederhana, masukkan strawberry dalam periuk and panaskan sebentar.
2. Strawberry tu dah agak-agak panas, masukkan gula pulak. Kacau bagi gula disolve sikit.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam periuk. Kacau.
4. Perah sedikit air lemon kedalam periuk. Kecilkan api.
5. Biarkan sos pekat sikit.
6. Rasa sos tu sikit, kalau kurang manis, boleh tambah gula sikit, or kalau pekat sangat tambah lagi sikit air, kasi adjust kepekatan.
7. Tutup api, biar sos sejuk ke suhu bilik.
8. Masukkan kedalam peti ais untuk sejukkan. Siap!





Sedap kalau makan dengan aiskrim vanilla!



Vanilla Ice Cream and Banana Slices with Homemade Strawberry Sauce. Voila!



Presentation comot sikit. Peduli apa kalau rasa dia awesome!




Sebenarnya banyak resepi aku nak share kat blog tapi tak ada gambar sebab aku terus ngap je bhahahahahaa! Lagipun tak ada masa nak update panjang-panjang. So, kalau ada rezeki dan kerajinan, aku share lah ye!





Till then. Assalamualaikum.







Friday, April 5, 2013

Hot Air Balloon 2013

Salam






Ini ialah tahun ketiga aku jejak kaki ke Hot Air Balloon Festival, means dah tiga tahun berturut-turut dah macam acara wajib untuk aku. Cuma kali ni aku pergi dengan Syamim. Dua tahun sebelum ni pergi dengan Tasha and Azmi. 

Bukan aku taknak pergi dengan diorang, tapi aku dapat tau festival ni last minute so takut aku tak sempat ajak diorang. Mana tau dah ada program lain. T_T

In Sya Allah tahun depan aku try untuk pergi berempat pulak dengan Syamim, Tasha and Azmi. Hehehe..

So, bila pergi pun last minute, semua jadi kelam kabut lah jawabnya. Dengan aku pakai baju nak ke pasar @ office @ balik kampung @ yang sewaktu dengannya. Memang last minute. Tapi tak kisah lah semua tu, nak jugak buat rombongan cik kiah ke Hot Air Balloon Festival dengan Syamim bhahahaha.





Api tu api real tau! Entah macam mana teredit jadi macam ni plak. -_-"




Time aku datang tu, hari baru lepas hujan. So, datang just pusing-pusing, tengok belon, tengok games yang ada kat situ, gelak-gelak, click click camera, pastu balik. So, gambar pun tak banyak.




Syamim ni suka salah fokus tau. Aku ntah mana, dengan blurr lagik.




Yeayy! Tittewww adewwww belonwwww!




Apa yang beza tahun-tahun sebelum dengan tahun ni? Yang berbeza ialah, tahun ni belon tu boleh lepas terbang tinggi! Tahun sebelum ni, siapa yang naik, bayar tiket sorang RM10, belon just naik takat tinggi bangunan 3 tingkat je! Tu yang aku terus cancel nak naik tu. Tapi tahun ni boleh pulak dok melayang tinggi-tinggi. Maybe yang terbang tinggi tu bukan untuk penumpang kot. So depa boleh terbang tinggi lama-lama mana pun tak kesah. Maybe laa..




Ku petik belon berbentuk sim card milik Tune Talk





Me: Belon hijau tu nak pergi mana?
Syamim: Belon tu dah nak balik dah. So, jomlah kita balik.
Me: Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... T_T






Thats all.


Till then. Assalamualaikum.